"Cikgu ambil kehadiran untuk hari ini. Bila cikgu sebut nama sila cakap 'saya'." Kata guru kelas.
Satu per satu nama di sebut.
"Sasagawa Sakura-san?" Namaku di sebut.
Aku mengangkat tangan tanpa mengeluarkan suara. Semua pelajar yang lain berbisik dan memandangku dengan pandangan yang tidak puas hati.
Chihaya Natsume, hanya dia yang tidak memberi sebarang riaksi.Setelah cikgu selesai mengambil kehadiran, cikgu memulakan homeroom.
"Tak lama lagi musim panas. Kalau musim panas maksudnya school festival dah nak dekat. Untuk persiapan awal, kita rancang aktiviti yang bakal kamu semua lakukan. Saya jemput ketua dan penolong kelas untuk mengendalikan mesyuarat ini. Saya tak dapat bersama kamu semua kerana ada mesyuarat mengejut. Sekian." Kata cikgu lalu melangkah kaki meninggalkan kelas. Ketua dan penolong ketua kelas mula mengambil peranan.
"Untuk tahun ni, batch kita hanya di benarkan untuk membuat pameran dan persembahan. Untuk aktiviti rumah hantu dan kafe diberikan kepada pelajar tahun 3." Kelihatan ramai pelajar yang tidak berpuas hati.
"Mana adil macam ni."
"Meraka jelah yang untung."
Pelbagai suara melontarkan kata-kata ketidak puas hatian. Mengapa perlu berbalah untuk perkara yang remeh seperti ini. Jika ini keputusan pihak sekolah kita sebagai pelajar apa yang mampu kita lakukan. Kita hanya mampu menurut. Umpama alat permainan yang mempunyai kawalan. Hanya menurut keinginan yang memegang alat kawalan. Tidak jauh beza seperti boneka.
Sasagawa Sakura tidak berminat untuk ketahui lebih lanjut lalu mengalihkan pandangan keluar tingkap. Chihaya Natsume memerhati gelagat Sasagawa Sakura.
Sementara itu ketua kelas sedaya upaya menenangkan keadaan yang huru-hara.
"Time Capsul..." Sasagawa Sakura berkata perlahan namun masih dapat didengari oleh Chihaya Natsume.
Chihaya Natsume yang terdengar mula mendapat idea untuk festival sekolah.
"Apa kata kita buat Time Capsul. Sambil tu kita boleh jual gula-gula dan buat photo booth." Cadang Chihaya Natsume. Semua yang mendengar senyap seketika.
"Bagus juga idea tu. Ada bantahan?" Ketua kelas sudah mula bersemangat dengan cadangan Chihaya Natsume. Semua pelajar bersetuju dengan cadangan Chihaya Natsume.
~~~Kringg!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba.Hampir ke semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke kantin. Ada juga yang membawa bekalan dari rumah dan menikmati bekalan di dalam kelas. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan untuk melepak dan meluangkan masa bersama kekasih.
Aku seperti biasa membawa bekalanku ke bumbung sekolah.
"Dia tu tak ada perasaan ke?"
"Tak ada kut. Tadi masa kita bincang untuk jualan festival tadi dia tengok luar je. Tak bagi perhatian langsung."
"Satu je kita boleh kata pasal dia..."
"Lonely. Hahaha." Serentak mereka berkata. Sasagawa Sakura hanya berlalu tanpa memberi sebarang riaksi.
Chihaya Natsume yang secara kebetulan berada di situ terdengar perbualan mereka, tiga orang budak perempuan kelasnya.
"Kalau nak mengumpat tengok sekeliling dulu. Dia buat bodoh tak ke korang yang malu sendiri." Kata Chihaya Natsume.
Tiga orang pelajar perempuan sekelasnya agak terkejut dengan kehadiran Chihaya Natsume.
"Betul apa yang kami cakap. Awak budak baru, apa yang awak tahu? Daripada awak kisahkan pasal dia baik awak kisahkan kami ni." Tanaka Nene, salah seorang daripada mereka berkata sambil tersenyum. Kononnya ingin menarik hati Chihaya Natsume.
"Maaf, saya tak berminat dengan perempuan macam awak." Ucap Chihaya Natsume ringkas tapi padat. Tanaka Nene agak terkejut dengan kata-kata Chihaya Natsume lalu merengus geram. Kawan-kawannya sudah mentertawakannya.
Chihaya Natsume berlalu pergi. Mencari tempat yang aman dan tenang untuknya menikmati juadah. Hanya satu tempat yang bermain di dalam fikirannya. Bumbung sekolah!

YOU ARE READING
My Throbbing Heart
FanficSasagawa Sakura budak yang aneh. Tidak mengenali apa itu bahagia, gembira, marah, sedih, takut dan bermacam-macam lagi. Kehadiran si Dia mengubah segala-galanya. Jantungnya berdegup kencang tatkala bersama. Ikuti Sasagawa Sakura mengenali dunia.