Chapter 5

17 1 0
                                    

"Saya dah pulang."

"Selamat pulang." ucapku dengan ayah serentak. Kami menyambut ibu di depan seperti biasa.

"Erm... sedapnya bau. Sakura masak eh?" duga ibu, Sasagawa Kyoko.

Aku menganggukan kepala. Ibu tersenyum lalu memelukku erat. Apabila ayah ingin memeluk kami, ibu segera melepaskanku. Membuat pergerakan ayah terhenti.

"Busuk." kata ibu sambil menutup hidung. Wajah ayah sudah berubah.

Aku membisikkan sesuatu di telinga ibuku. Selesai sahaja aku membisik aku beredar ke dapur meninggalkan ayah dan ibu. Aku mula menghidangkan makanan. Dalam aku menghidangkan makanan aku mengintai ibu dan ayah aku.

Kelihatan ibu sedang mencekak pinggangnya dan mendongak ke atas. Almaklumlah, ayah lebih tinggi daripada ibu. Ayah sudah berpeluh-peluh.

"Kan saya dah cakap tak payah masuk dapur. Dapur tu kawasan saya dan Sakura. Awak tak boleh masuk. Saya tahu awak nak tolong. Niat awak baik. Tapi masakan awak selalu tak menjadi. Nak masuk boleh tapi kena ada saya. Sakura ni lembut dengan awak. Sebab tu dia bagi awak tolong." bebel ibu. Inilah akibat bila masuk ke kawasan ibu.

Aku duduk di tempatku di meja makan yang mampu memuatkan enam orang. Keluarga aku tak besar. Cuma ada empat orang. Seorang lagi abang aku. Sekarang dia ada di Tokyo. Menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti Tokyo. Kami tinggal di Kyoto. Di sebabkan itu abang menyewa sebuah apartmen.

Aku menunggu ibu dan ayahku di meja makan. Aku mengintai lagi ibu dan ayahku. Kelihatan mereka sedang berpelukan. Agaknya dah baik lah tu. Mereka menghampiri aku yang berada di meja makan. Aku menyeduk nasi ke dalam mangkuk nasi.

"Erm...bau masakan Sakura buat ibu makin lapar." kata ibu sambil tersenyum. Tiada butir bicara yang keluar dari mulutku. Aku meneruskan pemakananku.

Ibu dan ayah hanya melihat antara satu sama lain. Mungkin kerana perlakuanku. Aku sendiri tidak tahu sejak bila sikapku ini bermula. Ibu dan ayah pernah beri tahu sewaktu aku kecil aku sentiasa tersenyum.

Namun, tanpa sebab aku berubah. Menjadi seorang yang pendiam. Aku banyak termenung. Tiada lagi senyuman di bibirku. Ayah dan ibu kata senyumanku seperti plastik. Nampak ikhlas tetapi tidak. Bila aku fikirkannya, dadaku sakit. Air mata mula bergenabg di birai mata. Apakah perasaan ini? Aku harap akan ada insan yang sudi membantu aku untuk mengenal semua perasaan ini.
~~~
"Selamat pagi." Tegur satu suara dari belakang.

Aku hanya mengangguk.

"Awak budak barukan? Saya Hajime Takeru." Kata empunya diri sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut.

"Selamat berkenalan. Harap dapat jadi kawan baik."
~~~
"Kau duduk sebelah Sasagawa Sakura kan?" Tanya Hajime Takeru.

"Ya. Kenapa?" Soal aku balik. Tadi bukan main formal. Sekarang cakap macam dah kenal lama.

"Kau tak rasa yang dia tu pelik ke?"

Pelik? Sejujurnya ya aku rasa dia pelik.

"Aku baru je sehari kat sini. Jadi aku tak boleh kata yang dia tu pelik." Jawabku. Takkan nak cakap apa yang aku fikir.

"Berdasarkan pemerhatian aku, Sasagawa tu macam halimunan. Dia ada ke tak ada ke sama saja." Kata Hajime Takeru. Lagaknya seperti detektif.

"Mana kau tahu?" Soalku.

"Aku sekelas denga dia dari tahun satu. Aku tak pernah nampak dia bersembang dengan orang. Dia selalu pandang kat luar tingkap. Kalau dia tak datang, tak ada siapa yang perasan dia sampailah cikgu datang ambil kehadiran." Jawab Hajime Takeru panjang lebar.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tiada komen untuk jawapan itu.

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now