Chapter 3

19 2 0
                                        

Chihaya Natsume berjalan sambil menguap. Ketika ini dia sedang meronda kawasan sekolah barunya. Senang kalau lepas ni dia mahu ke mana-mana. Tidak perlulah dia bertanya.

'Kelab apa yang best ya...' desis Chihaya Natsume.

Di sekolah lamanya dia tidak menyertai sebarang kelab. Kerana malas mahu stay back dari sekolah. Kali terakhir dia menyertai kelab ialah pada tahun akhir di sekolah menengah rendah. Kerana sesuatu yang terjadi, Chihaya Natsume keluar daripada kelabnya.

Chihaya Natsume berhenti apabila sampai di perpustakaan. Seperti ada sesuatu yang membuatkan hatinya tertarik untuk masuk ke pusat sumber. Tak pernah dalam seumur hidup Chihaya Natsume menjejakkan kaki ke dalam pusat sumber. Baginya pusat sumber sangat membosankan.

Walaupun Chihaya Natsume amat menggemari buku tetapi dia tidak pernah meminjam. Kerana dia lebih suka membeli buku. Boleh menambah koleksi bukunya di rumah. Namun hari ini berbeza. Dia bakal menjejakkan kakinya ke pusat sumber sekolah.

'Apa yang nak ditakutkan. Pusat sumber je. Lagi pun aku tengah free. Apa salahnya kalau aku masuk. Bukannya kalau masuk pusat sumber kena tangkap.' Chihaya Natsume membebel kepada dirinya dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat orang ingat gila pulak.

Masuk sahaja ke dalam pusat sumber, apa yang di lihat di depan matannya ialah gadis yang telah dia selamatkan rehat tadi. Juga merupakan teman sekalasnya.

Tanpa di ketahui Chihaya Natsume bergerak menghampiri Sasagawa Sakura yang duduk di meja hujung menghadap tingkap. Chihaya Natsume hanya baru tersedar apabila dia berada di hadapan Sasagawa Sakura.

'Ack, macam mana aku boleh sampai ke sini?' Chihaya Natsume bermonolog. Tapi kelihatan gadia di depannya tidak menyedari kehadirannya.

Chihaya Natsume mengambil pilihan untuk pergi ke rak buku. Meninjau kalau-kalau terjumpa dengan buku yang memikat hatinya. Chihaya Natsume meneliti satu persatu. Dia berhenti di satu rak bahagian sejarah.

'Buku ni tak silap aku baru keluar hari ni. Cepatnya pusat sumber ni kemas kini buku terkini.' desis Chihaya Natsume teruja apabila menjumpai buku yang di minatinya di pusat sumber. Chihaya Natsume mengambil buku itu dan membuat keputusam untuk duduk sebentar di pusat sumber.

Chihaya Natsume duduk membelakangi Sasagawa Sakura tanpa sedar. Akibat terlampau teruja Chihaya Natsume tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya yang mula membisik antara satu sama lain.

Tiba-tiba Chihaya Natsume juga mereka yang berada di dalam pusat sumber menoleh ke arah yang sama apabila terdengar seperti ada barang jatuh. Rupanya barang kepunyaan Sasagawa terjatuh. Chihaya melihat orang sekelilingnya.

'Aik, takkan tak ada orang yang nak tolong dia?' Chihaya Natsume penuh tertanya-tanya. Akibat tiada siapa yang menolong, dia dengan rela hatinya menolong Sasagawa Sakura.

"Tak perlu tolong aku."

Chihaya Natsume terkedu apabila Sasagawa Sakura berkata sedemikian. Pergerakannya terhenti. Setelah selesai mengumpul barang yang terjatuh, Sasagawa Sakura beredar pergi. Meninggalkan Chihaya Natsume tertanya-tanya.

"Um, awak rapat ke dengan Sasagawa-san?" tanya seorang pelajar. Mungkin pengawas pusat sumber kerana dia memakai tag.

"Saya pelajar baru. Kebetulan saya satu kelas dengan dia. Kenapa?" jawab Chihaya Natsume kemudia dia pula mengajukan soalan kepada pengawas pusat sumber.

"Owh, tak ada apalah. Cuma saya dengar Sasagawa-san tak suka didekati." kata pengawas pusat sumber.

"Tak suka? Kenapa?"

"Itu saya tak tahu dan tak ada siapa yang tahu."

Kata-kata pengawas pusat sumber membuatkan Chihaya Natsume lebib tertanya.

My Throbbing HeartTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang