Chapter 4

15 1 0
                                    

Aku berjalan pulang. Tanpa mengalihkan pandanganku. Orang di sekeliling tidak aku hiraukan. Tiba-tiba seorang wanita yang berusia linkungan 30-an menegurku.

"Baru balik sekolah, Sakura-chan?"

Aku hanya mengangguk. Wanita ni merupakan senior merangkap teman sekerja ibunya, Takamura Hinata. Hanya dari wajahnya menampakkan bahawa wanita ini seorang yang lembut. Mungkin di sebabkan dia merupakan teman ibu dan wajahnya yang lembut membuatkan aku mudah mendekatinya.

"Saya pergi dulu ya. Sampaikan salam saya kepada ibu." kata Takamura Hinata sambil melambaikan tangannya dan berlalu pergi.

Aku membalas lambaian itu. Kemudia aku menyambung perjalananku. Aku berasa senang apabila berada dekat dengan Takamura Hinata. Dia bagaikan ibu keduaku.

Sampai sahaja si rumah, aku terlihat sepasang kasut yang amat aku kenali. Aku membetulkan kasut itu. Kasut itu milik ayah.

"Saya dah pulang." kataku. Aku masuk walaupun tidak mendapat balasan. Mungkin sedang berehat setelah 3 hari tidak pulang. Sebelum aku menaiki tangga, aku terbau sesuatu berbau hangit. Aku pergi ke pintu dapur.

Sebelum aku masuk ke dapur, ayahku menghalang jalanku. Aku memandang ayah. Dia tersenyum. Tapi dalam senyumannya aku terbau sesuatu yang mencurigakan. Aku cuba masuk tapi masih di halang.

"Awal kamu balik." kata ayah.

Awal? Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Kalau ibu pasti sudah gelabah akibat risau. Aku melihat ayahku yang memakai apron. Aku merenung matanya.

Akhirnya ayah mengalah. Dia mengalihkan badannya dan aku pun masuk ke dalam dapur.

Aku melihat keadaan sekeliling dapur. Kemudian aku keluar melihat ayahku yang menggaru kepalanya. Dia tersengih apabila menyedari aku melihatnya.

Keadaan sangat teruk. Barang yang bersepah. Masakan yang tidak menjadi dan hangit menjadi punca bau. Telur yang pecah berterabur di tambah pula dengan tepung.

Inilah akibatnya apabila ayah masuk ke dapur. Macam reban ayam. Aku hanya menggeleng. Dengan segera aku menaiki tangga dan menyalin pakaianku. Kemudian turun untuk memulakan operasi mengemas. Ayahku hanya melihatku. Saat ayahku ingin menghulurkan bantuan...

"Mari ayah tolong."

Aku menahan ayahku dan menggeleng.

"Ayah duduk kat depan rehat. Dah siap Sakura panggil."

Ayahku hanya menuruti arahanku. Ada juga terdengar keluhan yang terbit dari mulut ayahku. Tapi hanya itu saja caranya untuk menyiapkan kerja ini dengan cepat. Ibu balik agak lewat. Jadi sempatlah aku kemas. Kalau ibu lihat keadaan dapur ni mesti boleh pengsan.

Semasa mengemas aku dapat merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikanku. Aku menoleh ke belakang. Seperti yang aku jangka. Ayah di belakang mengintai aku melakukan kerja.

Aku mengeluh. Akhirnya aku membenarkan ayah aku membantu. Aku memberikan kain buruk. Ayah aku menyambut. Tampak senyuman yang mekar di bibirnya membuatkan aku turut tersenyum. Hanya dengan senyuman ayah aku mampu tersenyum selalu. Mungkin kerana aku lebih rapat dengan ayah, Sasagawa Hatori.

"Ayah lap lantai dengan meja. Ambil penyebur sembur lepas lap. Baru hilang bau hanyir." kataku.

Ayahku membuat tabik di depanku. Aku ketawa nipis. Walaupun aku tidak mengerti apakah perasaan ini. Orang kata ni perasaan gembira atau lucu yang membuatkan kita tersenyum. Tapi kenapa walaupun sedih dan menangis masih lagi mampu tersenyum. Inilah yang menyebabkan aku tidak mengerti akan semua ini.

Hampir satu jam kami mengemas akhirnya dapur menjadi sedia kala. Aku mula mengeluarkan bahan masakan untuk memasak. Walaupun jan sudah menunjukkan jam 6.30 petang, ibu masih belum pulang. Hari sudah pun gelap. Mungkin masih banyak yang perlu diuruskan atau sedang dalam perjalanan pulang.

"Ayah pergi ke depan. Tunggu ibu." kataku. Ayahku hanya menuruti.

Aku mula memulakan kerja. Lagi cepat aku mula lagi cepat perut dapat diisi. Perut sudah lapar!

My Throbbing HeartWhere stories live. Discover now