I

288 22 2
                                    

ıllıllı  10:40 a.m. ıllıllı

"Ni? Sekolah tu?" Seorang gadis yang lengkap dengan pakaian seragam sekolah putih bersama dengan tiga lagi rakan perempuannya yang lain berdiri di hadapan sekolah yang dibina megah

"Ye lah kut. Tapi tak sama pun dengan apa yang papa kita gambarkan?" Gadis yang dihujung pula berbicara

"Alah, tak pe lah. Lagipun bukannya lama kita dekat sini. Nanti kita pindah lagi" jawab gadis yang lagi seorang. Seorang lagi gadis yang berdiri dihujung hanya menenung nama dan logo sekolah itu 'boleh tahan juga sekolah ni'

"Dah lah jom, panas juga. Matahari dah nak terpacak atas kepala ni" ajak salah seorang dari mereka. Mereka bersetuju lalu melangkah masuk ke dalam pagar sekolah yang masih terbuka

"Assalamualaikum pakcik!"

"Waalaikumsalam. Ye nak? Baru sampai? Dah lambat nak masuk kelas ni" Pengawal yang berusia separuh abad itu ingin berjalan keluar dari pondok pengawal. Salah seorang dari empat gadis itu memintanya hanya duduk di dalam pondok disebabkan sinaran matahari yang kuat membakar

"Eah tak pakcik. Kami pelajar baru. Harini hari pertama di sekolah ni" jawab yang memintanya untuk tinggal di dalam pondok itu. Pengawal itu tersenyum lalu membuat mulut berbentuk 'O' tanda mengerti

"Oohh baiklah. Anak-anak masuk lah. Panas ni. Jalan terus dan toleh ke kanan dekat situ boleh nampak pejabat sekolah. Nanti boleh tanya kerani dekat sana ye?" Kata pengawal itu sekali memberi arah laluan ke pejabat yang di mana mereka perlu pergi dahulu sebelum masuk ke kelas

"Baik pakcik. Terima kasih. Jangan lupa minum banyak air ye. Panas lit lit ni" gurau seorang gadis lalu tertawa perlahan sebelum mereka berempat berjalan meninggalkan pondok pengawal selepas memberi salam kepada pengawal

Pengawal itu menjawab salam sambil memandang empat orang gadis itu berjalan meninggalkan pondok. Sebaris senyuman terukir di bibir kering si tua. Sudah lama dia tidak dilayan sebaik itu..

◌ D̲̅I̲̅ P̲̅E̲̅J̲̅A̲̅B̲̅A̲̅T̲̅ S̲̅E̲̅K̲̅O̲̅L̲̅A̲̅H̲̅ ◌

"Assalamualaikum" salam diberi seraya sebelah kaki melangkah masuk ke dalam pejabat. Tiga pelajar perempuan itu lalu berdiri di hadapan kaunter manakala lagi seorang mendaftar nama mereka

"Budak baru?" Tanya seorang kerani yang sedang duduk dihadapan gadis yang sedang menulis segala isi maklumatnya. Gadis itu tersenyum lalu mengangguk tanda ya

'Dah terang-terang kitorang datang sini nak isi maklumat'

Kemudiannya, kerani memandang ke belakang gadis itu. Melihat tiga orang pelajar perempuan yang berdiri tegak. Seakan-akan sedang dalam perbarisan askar. Mereka memandang ke arah kerani itu dan menunjukkan senyuman yang manis. Kerani itu membalas senyuman mereka dengan ikhlas tak ikhlas saja sebelum menjeling kan matanya

Kemudian kerani itu mengalihkan pandangannya ke arah gadis yang sudah lengkap menulis maklumat. Kerani yang sedang mengunyah gula-gula getah itu sekali sekala dia akan membuat belon daripada gula-gula getah itu dan membuat bunyi yang sangat kuat apabila belon itu meletup

"Wait a minute" kata si kerani sebelum berlalu dengan kertas yang berisi maklumat mereka di tangan

Gadis yang berdiri dekat dengan kaunter pejabat itu memandang ke arah tiga orang rakannya. Dia mengangkat bahunya sebelum pusing memandang ke arah dalam pejabat. Matanya melilau ke setiap sudut pejabat

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now