XXV

12 1 0
                                    

Nafas diambil dan sebelum sempat perkataan pertama diucapkan, ketua kumpulan itu memulakan perbualan terlebih dahulu

"Aku minta maaf.." ucap Adelia kemudian sudu dan garfu di tangan diletakkan di pinggan. Kepalanya tegak, matanya memandang sayu ke arah Shawara, bibirnya yang pucat tersenyum sedikit

"K-Kenapa kau minta maaf dekat aku?" Shawara terkejut dengan kelakuan Adelia yang tiba-tiba sehingga soalan yang keluar daripada mulutnya tergagap

"Aku minta maaf sebab tak jadi ketua yang kau harapkan. Aku minta maaf sebab aku lemah. Aku minta maaf sebab tak jaga kumpulan kita ni betul-betul. Aku minta maaf sebab jadi ketua kumpulan yang teruk. Dan aku minta maaf sebab bawa kau terlibat sekali dengan segala benda yang berlaku ni" Matanya kekal memandang Shawara dan bibirnya tidak berhenti-henti mengucapkan kata 'maaf' yang tidak layak dia ucapkan untuk situasi yang telah berlaku ini. Bukan kelayakkan dia untuk mengucapkan kata 'maaf' kepadanya kerana segala yang berlaku ini dia letakkan segala kesalahan di atas bahunya seorang. Bukan ketua kumpulannya itu yang sepatutnya menuturkan kata 'maaf' kerana tiada satupun kesalahan yang dia lakukan kepada kumpulan ini

"Berhenti salahkan diri kau. Kita sama-sama dalam ni, jadi kita hadap ini sama-sama. Tiada istilah kau libatkan aku atau kau jadi ketua kumpulan yang teruk. Kau ketua kumpulan paling terbaik kitorang pernah ada dan kita terlibat sama-sama dengan situasi ni" Shawara tidak menujukan kepada dirinya saja, tetapi kepada semua ahli kumpulannya. Adelia adalah seorang ketua kumpulan yang terbaik mereka pernah ada dan tiada sesiapa yang boleh mengatakan sebaliknya. Dia seorang ketua kumpulan yang paling kuat, bertanggungjawab dan yakin dalam setiap rancangan misi yang pernah mereka laksanakan bersama. Shawara pasti yang Adelia tiada gantinya, dan ahli kumpulannya pasti turut berfikir yang sama

"Aku tak kuat, sumpah aku dah tak kuat. Ada masanya aku tak kuat untuk hadap semua ini seorang, aku dah tak larat untuk berlakon jadi kuat" tambah Adelia lagi. Dia tidak mahu jatuh di hadapan ahli kumpulannya kerana pasti mereka bersandar pada dirinya sepenuhnya. Tanggungjawab yang dia pegang ketika ini adalah yang paling besar pernah dia sandang sehingga kini

Saat pertama kali mereka perlu memilih siapakah ketua kumpulan ejen mereka dan mereka tanpa berfikir panjang memilih Adelia sebagai ketua kumpulan yang mereka percaya. Seorang ketua kumpulan yang bagus dalam setiap misi mereka dan seorang sahabat rapat yang mereka anggap sebagai adik-beradik mereka sendiri. Gadis yang tekad dengan apa yang ingin dia lakukan dan sentiasa memikirkan segalanya demi untuk memberi yang terbaik kepada Shawara, Layla dan Putri. Dia begitu kuat, sehingga setiap ejen di agensi mereka begitu memandang tinggi terhadap Adelia

Adelia yang dahulu dan Adelia yang kini tiada bezanya, cuma Adelia yang kini dia mengejar apa yang begitu penting baginya, sehingga dia tidak sedar dengan akibat yang bakal dia terima yang boleh menghalang laluannya. Dalam masa dia ingin mencapai kegembiraan, pasti akan yang menghalang dirinya untuk merasai erti kata sebenar gembira itu

"Tak salah untuk kau rasa macam tu, sebab kau pun manusia juga. Sekurangnya kau dah meluah apa yang selama ni tersimpan dalam benak hati kau. Aku pun minta maaf kalau semua ni terlalu berat untuk kau hadap sendiri dan kitorang tak pernah fikir untuk tanya keadaan kau. Kau simpan dan pendam segalanya terlalu baik sehinggakan kitorang tak perasan yang kau perlahan-lahan semakin tenggelam dalam apa yang kau lalui" Shawara sedar yang selama ini dia dan yang lain tidak pernah bertanyakan soal mental Adelia kerana gadis itu berjaya menyimpan dan menyembunyikannya tanpa ahli kumpulannya pernah meragui keadaannya

Kini dia tahu dan sedar yang setiap daripada mereka sekumpulan sedang terseksa dalam situasi ini. Bukan hanya Layla yang masih lagi hilang tanpa jejak mahupun Putri yang sedang di dalam genggaman bapa ayam, tetapi Adelia iaitu ketua kumpulan mereka dan dirinya sendiri. Penyeksaan yang cukup pedih ini tanpa mereka sedari sedang memakan diri secara perlahan-lahan

Shawara berdiri daripada kerusinya, dengan hanya beberapa langkah dia menghampiri Adelia lalu diri lemah si ketua dipeluk ke dalam dakapannya. Dia tahu pelukkan ini adalah apa yang diinginkan oleh gadis itu ketika ini. Sebuah pelukkan yang suam untuk Adelia tahu bahawa dia masih lagi seorang yang boleh diharap dan dipercayai. Pelukkan ini pasti memberikan keselesaan padanya setelah terseksa dengan situasi yang sedang mereka hadapi sekarang ini

»»-----  -----««

Setelah mereka menghabiskan sarapan pagi, Adelia kembali ke biliknya semula untuk sambung berehat. Berkat sarapan pagi Shawara yang mengenyangkan perut, dapatlah dia kembali merehatkan diri dengan penuh keselesaan. Namun itu, otaknya masih lagi ligat memikirkan tentang keselamatan Putri. Apa yang terjadi masih lagi terngiang-ngiang dalam layar otaknya. Walaupun setelah melihat yang Putri masih lagi dalam keadaan yang baik-baik saja, namun itu dia masih lagi risau dan resah dengan apa saja yang boleh terjadi kepada gadis kecil itu

Apa yang dia lihat, hadapi dan dengar semalam itu sedikit sebanyak membuatkan dia tidak senang duduk. Kawalan yang dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal yang bukan calang-calang tetapi ahli-ahli gusti yang dibayar untuk mengawal keselamatan bangunan kelab malam haram itu daripada diceroboh oleh pihak yang tidak berkenaan dengan senjata api yang digenggam secara terbuka. Entah-entah senjata api itu pun dibeli dan diseludup masuk secara haram ke negara ini

Suara sayu Putri memanggil ketua kumpulan ini masih lagi dapat dia dengari walau ketika itu tidak berapa jelas. Suara sayu dan kuyu itu memanggil-manggilnya dengan harapan dirinya dapat dibawa keluar daripada tempat yang tidak ingin dia berada itu

Kemudian entah daripada semangat yang masuk ke dalam dirinya, dia berdiri lalu berjanji kepada dirinya yang dia akan pastikan Putri kembali ke agensi mereka dan kumpulan mereka dengan selamat. Dia akan pastikan tiada secalit luka pun yang akan ada pada badan Putri. Dia berjanji dia akan mengembalikan semula ahli kumpulannya dan tidak akan meninggalkan walau seorang pun di belakang. Selagi masih ada harapan untuk menjumpai Layla dia akan terus mencari, dan selagi ada peluang untuk Putri keluar daripada genggaman bapa ayam itu, dia akan bawanya keluar daripada trauma yang boleh meinggalkan kesan itu

Tuk tuk tuk!

"Lia!" Shawara menyerbu masuk ke dalam biliknya setelah ketukan pintu yang ketiga. Panggilan telefon yang baru saja diterimanya tadi memberikan satu maklumat baru

"Ada orang pecah masuk ke markas kita malam tadi!" Maklum Shawara setelah pendail disebalik panggilan telefon itu memberitahu yang rakaman litar tertutup CCTV agensi mereka telah merakam satu figura yang berjaya menyelinap masuk ke dalam bangunan dan markas rahsia mereka

Segera mereka bersiap lalu menuju ke bangunan agensi. Kenderaan empat roda itu memecut di atas jalan raya yang agak sesak sehinggalah tiba di hadapan bangunan

Sedang kedua ejen rahsia itu menuruni kenderaan, di hujung lorong Adelia terlihat ada seseorang yang mengenakan hud hitam munutupi kepala dengan penutup mulut sedang berdiri dan memandang ke arah mereka sambil kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket baju hudnya. Dia berdiri dan memerhatikan mereka untuk beberapa saat kemudian memalingkan badannya dan berjalan pergi lalu hilang disebalik kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang

"Lia, kenapa?" Shawara perasan yang Adelia sedang seperti memerhatikan sesuatu atau seseorang. Adelia kemudian menggelengkan kepalanya lalu dia dan Shawara berjalan bersama memasuki agensi

















𝔹𝔼ℝ𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌ℕ𝔾!

Jadi macam mana part kalini, okay? Jangan lupa vote dan comment untuk support kami dalam meneruskan penulisan cerita ini! ♡

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now