Sudah setahun setengah telah berlalu, tetapi khabar berita tentang Layla masih lagi tiada. Operasi mencari pun sudah lama berhenti. Perlahan-lahan nama Ejen Ruby hilang dalam ingatan setiap ejen dalam agensi tersebut. Kes tentang pembunuhan atas air itu pun sudah tidak menjadi buah mulut orang ramai
Shawara, Putri dan Adelia pula sudah lama tidak menyertai misi. Mereka dibekukan sementara daripada terus mengikuti misi-misi disebabkan misi mereka sebelum ini hampir gagal kerana kecuaian masing-masing
Selama setahun setengah selepas kehilangan Layla, mereka keluar masuk bangunan hanya duduk di dalam bilik saja. Paling paling pun mereka hanya menolong ahli kumpulan mereka iaitu Shah, Naufal, Hariz dan Lutfy menjalankan misi mereka
Sama ada mereka mencarikan maklumat, membentangkan idea ataupun hanya menolong melalui earbuds saja
Shawara banyak meluangkan masa di dalam bilik latihan. Dia masih rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan Layla semasa kejadian setahun yang lepas. Memori itu masih lagi kuat dalam otaknya. Jadi mulai itu, dia terus melatih diri untuk menjadi lebih kuat. Tidak mahu kejadian yang tidak diingini itu diulangi pada ahli kumpulannya yang lain pula
Disebabkan masa yang terbuang begitu saja, Putri membina banyak alatan canggih yang mempunyai macam-macam fungsi. Semuanya begitu canggih sehinggakan tiada tempat untuk dia menyimpan alatan-alatan canggih yang diciptanya lagi
Adelia pula, hanya akan membantu ahli kumpulan lelakinya. Semakin lama mereka semakin mahir dalam melakukan misi mereka. Disebabkan mereka mulai mahir, jadi tiada apa lagi yang dapat dibantu. Sama ada Adelia akan menemani Shawara berlatih ataupun membantu Putri untuk menyiapkan alatan-alatan canggihnya
Shah, Naufal, Hariz dan Lutfy pun sudah selesa dalam dunia ejen. Kini mereka adalah salah satu kumpulan cemerlang dalam agensi mereka. Walaupun terpaksa melupakan hasrat untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan perempuan mereka, mereka tetap perlu teruskan tanggungjawab itu
Jeti yang dulunya menjadi tempat terakhir mereka menjalankan misi bersama Layla dikunjungi oleh Adelia. Setiap seminggu sekali pasti dia akan pergi ke jeti itu. Dia akan meluangkan masa disitu dalam beberapa jam kemudian pulang ke agensi semula atau terus ke rumah mereka
Hari ini, Adelia tidak berseorangan. Dia bersama Putri dan Shawara pula. Dihujung jeti, mereka duduk sebelah-menyebelah. Kaki dibiarkan berayun di udara. Angin yang meniup sepoi-sepoi itu terasa dingin
Mereka mengeluarkan sesuatu di dalam poket masing-masing. Sehelai kertas seorang satu. Kertas-kertas yang dijumpai di dalam bilik masing-masing dengan nama mereka tertulis di atas kertas itu sehari selepas pertelingkahan mereka dengan Abang Aqil
Mereka tidak berani lagi mahu membaca pada hari itu. Tetapi sekarang, mereka sudah terima apa yang telah berlaku. Jika benar Layla sudah tiada, mereka terima saja pemergian dia. Tetapi memori bersama dengan Layla tidak akan dilupakan
"Siapa nak baca dulu?"
"Aku lah" Adelia ingin memulakan dulu. Lipatan surat dibuka perlahan. Sebaik saja lipatan telah terbuka, tulisan tangan yang panjang itu mula disebut maksudnya
"Untuk ketua kumpulan.."
by the time kau buka kertas ni, maka aku dah tak ada dengan korang lagi. Aku minta maaf sebab buat keputusan macam ni, dan aku tak berani nak bagitau kau ataupun yang lain. Terima kasih selama kau jaga aku dan kumpulan kita. Pertama kali aku jumpa kau dekat rumah Mak Dija, aku dah pasti yang kau lah orang paling baik dalam dunia ni. Kau jaga aku dekat sana. Selalu dengan aku. Waktu tu aku rasa gembira sangat sebab dapat rasa macam mana rasanya kalau ada kakak. Ye, aku dah anggap kau macam kakak aku sendiri. Walaupun kita sama umur, tapi aku anggap kau macam akak aku. Kau ketuai kumpulan kita dengan baik sekali. Kau seorang yang bertanggungjawab, dan aku respect pasal tu. Selama aku tak ada ni, aku harap kau masih boleh jaga kumpulan kita ni tau. Aku yakin yang kau boleh terus ketuai walaupun sekarang ni kumpulan kita kurang seorang ahli. Tapi takpe lah kan, sebab dah ada ahli kumpulan baharu. And aku harap diorang tak menyusahkan lah eh. Kalau ye, kau bagitau aku, aku tumbuk muka sorang-sorang. Akhir kata, terima kasih sebab jaga aku dari kita kecik sampai sekarang. Log off, Ejen Ruby ★
Habis saja ayat terakhir, surat itu dibawa rapat ke dada. Matanya ditutup, menghalang daripada air mata terus menitik. Tapi rasa rindunya pada Layla, air mata turun ke pipi tanpa berhenti
Giliran Shawara pula membaca isi surat itu
Wassup mok. Terima kasih mok selama menjadi kembar aku. To be honest, kau lah manusia yang paling annoying aku pernah jumpa masa kita pertama kali jumpa tu. Bising dengan suara kau, lawak kau yang sememangnya lah hambar. Aku mesti akan rindu nak bergaduh dengan kau. Rindu nak bertumbuk dengan kau, rindu nak peluk badan kau yang montel tu. Selama aku dah takde ni, kau pergi lah berlatih, kuatkan stamina diri. Mana tau lepas ni kau boleh jadi lagi kuat daripada aku kan? Mana lah tahu en, cakap je hehe. Yang selama ni kau jadi kepak kanan kumpulan kita, aku harap kau boleh jadi kepak kanan dan kiri pula. Tolong jagakan ketua kumpulan kita tu, dengan si budak tu tau. Kau je lah fighter perempuan dalam kumpulan kita. Tolong kalahkan Shah dengan Naufal untuk aku. Nak sangat tumbuk muka diorang tu. Kau memang penghibur hati sejati aku Sha. Chaw dulu! ★
Air mata menitik, senyuman terukir di bibir. Kata-kata Layla yang kelakar tapi ada juga tersirat kata-kata yang dia susah nak cakap selama ini. Dibiarkan saja air mata menitik sedikit demi sedikit
Melihat ahli kumpulannya menangis, terasa berat hati dia untuk membaca surat yang tertulis namanya di atasnya. Tiba-tiba dia terasa tidak kuat. Namun dipaksa diri untuk baca juga
Princess! Jangan sedih-sedih. Aku tau kau hati tisu, tapi nak juga lah buat kau sedih untuk aku. Bukannya selalu pun kan hehe. Duhai tuan Putri, bak kata lelaki buaya, jika bidadari itu wujud, kau lah bidadari itu. Ceh wah gitu. Jujur aku cakap, kau memang comel doh. Dengan pipi gebus kau tu, nak gigit je rasa. Terima kasih Eri, kau lah hacker paling terbaik. Semua benda yang kau cipta, semua berguna. Aku dah minta tolong Sha untuk jagakan kau dengan ketua kumpulan kita, kalau dia tak jaga, kau report lah dekat aku, aku hentam minah tu. And thanks sebab jadi adik aku. Walaupun aku tak suka budak-budak, tapi kalau kau aku terima je hehe. Jangan pendiam sangat awak, buat banyak kawan-kawan tau! Walaupun kau lagi sesuai dengan komputer riba kau tu, tapi kau lagi sesuai kalau dengan aku /mengchia chia. Jangan lupa aku tau. Walau dekat mana pun aku berada, aku akan tetap ingat kau, Sha dengan Lia. Korang lah keluarga aku yang paling the best. Patik mengundur diri dahulu ye wahai tuan Putri. Bye! ★
Surat itu ditatapkan pada muka, walaupun sebelum ini mereka tak pernah rapat, tapi semakin mereka bersama semasa menjalankan misi, mereka seperti isi dan kuku. Susah nak dijauhkan walaupun hanya 3 meter
Pada setiap surat, diselitkan sekali gambar mereka berempat sewaktu kecil. Layla yang berada di tengah dengan muka yang seperti dipaksa untuk senyum, Shawara yang berada di belakang membuat jari peace yang diletakkan di belakang kepala Layla membuat seperti telinga, Adelia dan Putri yang tersenyum lebar disisi. Gambar itu diselitkan sekali sewaktu mereka menyambut ulang tahun Layla yang ke-11 tahun
Petang itu, jeti yang kosong itu hanya penuh dengan sayup-sayup tangisan dan esakkan 3 orang gadis. Banyak impak yang berlaku setahun setengah yang lalu. Mereka cuma mengharapkan segalanya akan kembali pada asal
𝔹𝔼ℝ𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌ℕ𝔾!
Jadi macam mana part kalini, okay? Jangan lupa vote dan comment untuk support kami dalam meneruskan penulisan cerita ini! ♡
YOU ARE READING
𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]
Akcja𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 4 𝐠𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮. 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚�...