Keesokkan harinya, empat gadis ejen itu sedang dalam perjalanan menuju ke markas rahsia di tengah-tengah bandar yang kurang sibuk itu. Van biru gelap meluncur laju di atas jalan yang sedikit lenggang
Sesampai sahaja di hadapan bangunan, mereka pun sama-sama turun daripada kenderaan empat roda itu
"Korang masuk lah dulu. Aku nak pergi cafe sekejap. Korang ada nak pesan apa-apa?" Tanya si ketua kumpulan seraya memandang 3 orang rakannya
"Iced mocha with whipped cream please" pesan Layla yang matanya masih melekat pada skrin telefon pintar miliknya
"Noted. Kau Eri?"
"Buy me strawberry smoothie"
"Okay. Sha?" Adelia memandang Shawara
"Aku ikutlah"
"Tak payah lah. Aku orderkan sekali je"
"Alahhh aku ikut. Takde takde" Shawara lalu menyilangkan tangannya dengan tangan Adelia. Adelia hanya mengeluh dengan perangai Shawara yang seakan-akan kebudak-budakkan itu
"Kitorang pergi dulu" dengan itu 4 gadis itu berpisah haluan. Layla dan Putri masuk ke dalam bangunan manakala Adelia dan Shawara berjalan menuju ke cafe yang hanya berdekatan saja dengan bangunan mereka
Loceng kecil berbunyi apabila berlanggar dengan pintu apabila dibuka oleh dua gadis itu. Pelayan menyapa mereka dengan senyuman
"Hai! Order?"
"Hey, one iced mocha with whipped cream, one strawberry smoothie, one hot cup of cappuccino and.. kau Sha?"
Shawara tidak menjawab malah hanya menundingkan jarinya ke arah beberapa botol susu di belakang pelayan
"Susu?"
"Yes!"
"Dengan sebotol susu tu"
"Dessert?"
Adelia memerhati menu yang berada di hadapannya. Satu pencuci mulut menarik perhatiannya
"2 sets of chocolate fondue please"
"That will be RM40.90sen"
Kad kredit dihulur. Selesai sahaja pembayaran dibuat, pelayan meminta mereka untuk duduk sebentar sementara pesanan disediakan. Tempat duduk di sebelah cermin besar lut sinar dipilih
"Lia, malam tadi aku ada terfikir. Ada betulnya juga keputusan abang Aqil tentang kumpulan kita ni.." Shawara membuka mulut. Sejak dari malam itu dia asik memikirkan tentang keputusan abang Aqil untuk menambahkan ahli kumpulan mereka yang telah sedia ada
"Kau memang saja je kan nak ikut aku"
"Takde lah. Kau kan ketua, bagi aku keputusan ketua adalah yang sebaiknya. Maksud aku, kau kan tau. Ketua kumpulan lah yang tentukan hampir kesemuanya dalam sesuatu kumpulan"
"Jadi, kau okay lah dengan keputusan tu?"
"Aku takde lah okay sepenuhnya. Ada juga serba sedikit rasa dalam hati aku yang aku tak nak ada ahli kumpulan baru lagi-lagi kalau lelaki"
"Jadi?"
"Jadi bagi aku, kalau kita bekerjasama hanya untuk misi-misi aku rasa okay je"
"Tapi tulah, Ela je lah sekarang yang nak kena dipujuk. Susah lah kalau nak pujuk minah tu. Macam ada batu sebesar alam duduk dalam kepala dia. Keras kepala betul" membebel Adelia yang kemudiannya memuncungkan bibirnya
"Alah kau ingat tak, masa kita semua pertama kali masuk dalam agensi ni?"
◤ FLASHBACK ◢
YOU ARE READING
𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]
Action𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 4 𝐠𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮. 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚�...