Ketika sedang melalui hadapan bilik Layla yang sudah lama ditinggalkan, Adelia terasa seperti mahu melihat suasana bilik itu sekejap. Tombol pintu yang tidak dikunci, dipulas sekali gus membuka papan pintu itu
Walaupun ditinggalkan, mereka telah mengupah seseorang untuk mengemaskan bilik itu. Barang-barang yang berada di dalam bilik itu dibiarkan saja ditempatnya, tidak dialihkan atau diminta untuk buang
Katil saiz queen dengan kain cadar berwarna kelabu gelap itu dihampiri. Adelia duduk di atas katil yang empuk itu. Sekali sekala dia belai kain lembut itu
Ruangan bilik tidur itu ditatap keseluruhannya. Barang-barangan Layla yang masih tersusun rapi di tempat yang sepatutnya, koleksi-koleksi mainan lego yang Layla bina sendiri dipandang dengan penuh kenangan disebaliknya
"Ela!" Sergah Adelia yang muncul disebalik pintu
"Opocot!" Terkejut Layla yang sedang menyambungkan bongkah-bongkah lego kepunyaannya. Nasib baik tidak terpelanting
"Haaaa buat apa tuuu"
"Tengah masak haaa, tak nampak ke" jawab Layla yang tangannya sedang ralit mencari bongkah-bongkah lego
"Kelakar nyaaa aduhhhh sakit perut aku!"
Gadis berambut pendek itu menjelingkan mata. Dah nampak dia sedang buat apa, pergi tanya lagi
"Nak aku tolong tak?" Pelawa Adelia seraya duduk bersila di hadapan gadis yang berambut pendek itu
"Tak payah lah. Kang lain pula jadi bentuk dia"
"Elehhhh ingat aku tak pandai ke nak sambung-sambungkan benda ni. Aku reti okeyy" tangan Adelia mula mencapai beberapa bongkah plastik lego itu, dia sambung saja mana yang dia rasa sesuai
"Woi woi. Kata pandai, mende kau buat tu?" Bongkah yang telah dicantumkan itu dicapai, lalu dicabut semula satu persatu
"Haaa haaaa buat apa tuuuu" datang pula dua orang lagi gadis yang mereka cukup kenali
"Haaa Eri, Sha, meh sini meh. Kita tolong Ela sambungkan benda-benda ni"
"Wahhhhh macam best! Nak nak!" Shawara teruja betul apabila dipelawa sedemikian. Begitu juga dengan Putri yang kemudian sama-sama masuk ke ruangan bilik milik Layla
"Ha sudahhh, memang tak siap ah benda ni"
"Alahhh kita buat sama-sama, mesti siap punya"
"Cehhh kalau tak jadi macam mana bentuk dia yang betul, sorang satu, belanja aku stabak" kata Layla
"Elehhh benda senang jeee. Okey okey" lengan baju di tarik sehingga ke paras siku. Bongkah-bongkah plastik lego itu mula dicapai satu persatu
Sepanjang membina lego, gelak ketawa memenuhi bilik Layla. Sehinggakan ada yang terbaling lego entah ke mana. Mereka tetap seperti gadis-gadis biasa diluar sana, walaupun sebenarnya mereka adalah ejen-ejen rahsia
Adelia tersenyum. Mengimbas semula memori-memori mereka bersama sepanjang mereka bersama-sama menjadi satu kumpulan ejen yang terbaik. Sekarang, itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang tak akan pudar dari memori
YOU ARE READING
𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]
Action𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 4 𝐠𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮. 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚�...