"Pendrive yang kau bagi, aku dah serahkan kepada unit pengecaman untuk buat penelitian jika ada cap jari atau apa-apa yang berkaitan" maklum Ejen Zia kepada Ejen Moonraker selepas alat elektronik itu bertukar tangan untuk dibuat investigasi
"Ada apa-apa maklumat dalam tu?" Soalan di ajukan dengan harapan ada beberapa maklumat penting yang boleh mereka gunakan untuk terus menjejaki lokasi Ejen Ivory
"Buat masa ni biar unit yang bertanggungjawab buat investigasi secara fizikal dulu, jika ada apa-apa aku terus maklum dekat kau" Ejen Zia ingin mendahulukan sebarang bukti yang boleh mereka dapati daripada permukaan alat elektronik itu supaya tidak hilang jejaknya
"Baiklah, aku percaya dekat kau. Terima kasih" Ucap Ejen Moonraker. Ejen Zia tersenyum dengan kata-kata ikhlas yang diucapkan oleh gadis dihadapannya
Mereka bekerjasama dalam operasi ini sejak selepas Ejen Zed merayu kepada dia. Dia sedar betapa pentingnya setiap daripada ahli dalam sesuatu kumpulan tersebut. Walaupun dia bergerak secara sendiri, namun dia tahu bahawa setiap satu ejen-ejen yang berada di bawah organisasi ini adalah sangat berharga
Ejen Zed kemudian mengundurkan diri meninggalkan Ejen Moonraker. Ejen-ejen yang lain kemudian menghampirinya
"Kau macam mana? Okey?" Soal Ejen Moonraker sejurus melihat Ejen Black yang telah diserang ketika di bangunan lama itu
"Aku okey, cuma luka sikit je. Kau tak perlukan rawatan?" Risau jika ada bahagian pada tubuh Ejen Moonraker yang tercedera. Ejen Moonraker memeriksa sebentar sebelum menggeleng. Walaupun lehernya sedikit terasa sakit kerana dicekik separuh mati, asalkan dia tidak mengalami kecederaan melainkan hatinya yang tidak senang dengan setiap patah perkataan yang diucapkan penyerang tadi masih bermain di kepala
"Ada dapat apa-apa info?" Ejen Zed mencelah setelah melihat Ejen Moonraker seperti tidak apa-apa
"Ejen Zia dah serahkan pendrive pada unit atasan, mereka nak periksa jika ada bukti yang boleh mereka dapati. Maklumat tersimpan dalam pendrive tu kita tak boleh nak lihat lagi. Selepas mereka puas hati dengan apa-apa bukti yang boleh mereka dapat, baru mereka akan serahkan semula pendrive tu pada kita" Setiap satu yang dibincangkan bersama Ejen Zia sebentar tadi dilontarkan
Mereka hanya mengangguk. Tidak ada apa yang mereka boleh lakukan selain menunggu unit atasan menyelesaikan tugas mereka
"Apa korang dapat masa kita di bangunan lama tu tadi?" Kerusi yang telah disusun di kaki lima itu di hampiri lalu dilabuhkan punggung. Walaupun tempat itu terbuka, namun mereka masih di dalam bangunan agensi mereka. Jadi tidak jadi masalah jika ejen-ejen lain yang lalu lalang terdengar perbualan mereka
"Di tingkat atas, kitorang jumpa satu board untuk simpanan senjata berpeluru. But that board has already got emptied so we found nothing on it. We also found king sized bed. Ada handcuff, tissues, tali kasar, pita pelekat dan paket-paket sarung getah bersepah berhampirannya" Info itu dikongsi. Ejen King dan Ejen Black sempat mengambil gambar semua yang mereka kongsikan tadi ketika dibangunan itu
Skrin telefon pintar itu dihalakan kepada ahli kumpulan mereka. Benar apa yang mereka katakan, ada banyak alat-alat yang bersepah di sekitar tingkat itu. Sesuatu seperti ini tidak lah asing bagi mereka, kerana dalam tugas-tugas mereka sebelum ini pernah mereka menjumpai seperti ini
"Ada lima hingga sepuluh bilik kurungan di tingkat pertama. Tiada satu pun yang boleh lead kita untuk jumpa Ejen Ivory"
"Aku rasa masa kita dekat bilik bawah tanah tadi, Ejen Ivory ada dekat situ" Ejen Nitro menjelaskan apa yang ada dibenak fikirannya. Dia pasti ada orang yang bersama dengan mereka di bilik bawah tanah itu
YOU ARE READING
𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]
Acción𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 4 𝐠𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮. 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚�...