V

90 14 1
                                    

"Abang Aqil!"

"Hah macam mana? Korang ada jumpa apa-apa?"

"Ikut kami" dengan serentak mereka berlari ke markas kembali. Pintu bilik dibuka kasar lalu terus melulu membuka software dan membuka peta sekolah

"Ivory cuba zoom di bilik pengetua"

Ivory kemudiannya mengezum di bilik pengetua. Ye, betul apa yang dikatakan oleh Ruby dan Zed semasa di sekolah tadi, memang ada lorong bawah tanah rahsia di bawah bilik pengetua

"Kalau kita ikut lorong bawah tanah ni, dia akan bawa kita ke..."

"Belakang sekolah, di kawasan hutan.." Moonraker menyambung

"Tapi setahu daripada maklumat sekolah tu yang aku baca, lorong bawah tanah tu dah ditutup 10 tahun yang lalu. Macam mana dia boleh gunakan laluan tu semula? Sedangkan kalau kita nak cari lorong tu, memang susah sebab lorong bawah tanah tu dah ditutup mampat. Tiada angin pun yang dapat keluar masuk lorong bawah tanah tu" kata Ivory pelik

"Mungkin dalam diam dia mengorek semula laluan bawah tanah secara haram. Untuk buat kerja haram dia tulah" sangka Moonraker

"Alat kod rahsia yang digunakan pun tiada dalam senarai kelas sistem kita. Jenis alat kod rahsia yang digunakan adalah alat yang hanya ada dalam pasaran gelap saja"

"Tapi apa motif dia buat semua tu? Macam tak masuk akal" 

"Mungkin ada motif dia sendiri, dan kita perlu tau apa sebenarnya"

"Abang Aqil, patut ke kita libatkan polis?" Tanya Zed kepada Abang Aqil yang sedang memikirkan sesuatu

"Abang tak rasa kita patut sekarang, sebab kita masih lagi tiada bukti yang kukuh" terang lelaki tersebut

"Jadi kita nak buat apa ni sekarang Abang Aqil?"

"Kita perlu menghedap dulu untuk tengok apa aktiviti dia sebenarnya dalam laluan bawah tanah tu. Kita tak boleh terus bertindak sebab kita tak tau lagi apa yang ada dalam lorong bawah tanah tu"

"Baik Abang Aqil"

»»————-  ————-««

Beg pasir yang tergantung di sebelah gelanggang ditumbuk berkali-kali. Bunyi tumbukkan itu saja yang bergema di dalam ruangan bilik latihan itu

Hanya dua orang gadis sahaja yang berada di dalam bilik latihan itu, sedang melatih stamina mereka. Layla sedang memanaskan diri manakala Shawara lah yang sedang menumbuk beg pasir itu

"Hei Sha, macam dah nak meletup dah beg pasir tu. Lepas marah ke?" Tanya Layla yang sedang melilit pembalut tangan yang membaluti sekeliling pergelangan, buku lima dan kedua belah tapak tangannya

"Aku geram betul dekat budak kelas aku tu. Sombong ya amat! Depan cikgu elok je ayu-ayu bagai. Belakang cikgu, pergh! Macam syaiton! Bukan talam 2 muka dah, dah bertalam-talam dah" sembur Shawara lalu menyambung menumbuk beg pasir. Dibayangkan seolah-olah muka pelajar itu ada pada beg pasir itu

"Alah biasa arh, anak orang kaya kebanyakkan perangai macam diorang lah yang paling berkuasa dalam abad ini"

"Eish geramnya aku! Kalau boleh tumbuk muka dia, silap-silap setahun dia duduk hospital eish!" Tumbukan terakhir diberi. Cukup kuat bunyi tumbukkan itu sehingga Layla membuntangkan matanya

"Dah lah dah lah. Jom one-by-one, aku dah lama tak belasah kau" ajak Layla yang sedang berjalan memasuki gelanggang sambil mengetatkan ikatan rambutnya. Shawara yang tidak menunggu banyak masa sertai Layla naik ke dalam gelanggang

"Jangan nangis pula kalau aku tumbuk muka kau"

"Woi, muka muka jangan main eh. Kang susah aku nak cover pergi sekolah nanti"

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now