XVIII

53 8 0
                                    

/ira nak kenalkan nama-nama ejen bagi watak-watak ahli kumpulan lelaki

Hariz : Hunter
Naufal : King
Shah : Black
Lutfy : Nitro

Sekian hehe :)/

"Melalui daripada current location yang Ejen Ivory berikan, aku hanya dapat pintas lokasi terakhir Ejen Ivory. Lokasi tu sangat terpencil atau pendek kata tersembunyi, jauh daripada pandangan mata orang awam" terang Ejen Zia melalui daripada apa yang dapat dia usahakan

"What about Ejen Ivory?" Tanya Ejen Moonraker tidak kesah tentang lokasi, tetapi keadaan si penggodam ahli kumpulannya

"Macam yang aku dah cakap, lokasi yang aku dapat pintas cuma lokasi terakhir yang Ejen Ivory dah kongsikan. Tetapi, aku cuba untuk terus memintas alat telekomunikasi milik Ejen Ivory, dan aku tak dapat" terang Ejen Zia sekali lagi

"Maksud kau? Kemungkinan penculik tu tangkap dia mempunyai telefon pada dia?"

"Boleh jadi, mungkin telefon pintar milik Ejen Ivory dihancurkan pada lokasi terakhir itu dan dia dibawa ke tempat lain sebab dapat tahu yang Ejen Ivory ada hantar lokasi semasa tempat itu pada orang luar" Ejen Zia hanya bersangka. Kemungkinan sangkaannya tidak benar, tetapi kemungkinan sangkaannya adalah tepat

"Dekat mana lokasi terakhir tu?"

»»————-  ————-««

Menaiki sebuah van, mereka bersama-sama menuju ke lokasi terakhir yang diberi oleh Ejen Ivory kerana masih lagi tidak dapat dihubungi

Kawasan yang sangat terpinggir daripada laluan orang awam itu dituju. Kiri dan kanan hanya sunyi dengan bunyi dedaun pokok yang ditiup lembut angin

Dari jauh, Ejen King sudah mula nampak sebuah bangunan usang ditengah-tengah kawasan yang meliputi pokok-pokok menghijau yang tumbuh meninggi

Pelik, bagaimana bangunan setinggi 2 tingkat itu boleh dibina ditengah-tengah kawasan terpinggir yang sudah semestinya tiada arah tuju jika ingin melarikan diri keluar daripada kawasan itu

Menuruni van, mereka mula berpecah. Ejen King dan Ejen Black di dalam satu kumpulan, Ejen Moonraker dan Ejen Zed di dalam satu kumpulan dan Ejen Nitro dan Ejen Hunter di dalam satu kumpulan yang lain

Mereka berpisah sebaik saja masuk ke dalam bangunan itu. Pergerakan mereka penuh dengan berhati-hati dan berwaspada. Mereka tidak tahu berapa bilangan musuh yang berada di dalam bangunan tersebut, dan sama ada mereka bersenjata atau tidak

Siapa sangka, bangunan yang kelihatan usang dan hanya 2 tingkat itu sebenarnya di dalamnya seperti tempat mengurung haiwan. Banyak bilik yang kotor, dan tidak dapat dipastikan sama ada, ada berlaku atau tidak pertumpahan darah di dalam bangunan usang itu dek kerana campuran bau alkohol, bau busuk dan habuk yang berterbangan

Ejen King dan Ejen Black telah menaiki tingkat kedua manakala Ejen Moonraker dan Ejen Zed kekal berada di tingkat pertama

"Korang, kami jumpa tingkat menuju ke bawah tanah" maklum Ejen Hunter sebaik dia dan Ejen Nitro menemui sebuah pintu yang dibiarkan terbuka dan apabila dilihat, terdapat sebuah tangga yang menuju ke bawah

"Hati-hati"

Ejen Hunter dan Ejen Nitro kemudian menuruni tangga tersebut. Dengan suluhan daripada lampu suluh, kawasan gelap itu disuluh dengan penuh berjaga-jaga. Gemuruh rasa dihati, takut jika ada musuh yang menyerang disebalik kegelapan tingkat bawah tanah itu

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now