chan's
tik... tik... tik...
bunyi air menitik entah dari mana telah menyedarkan aku dari pengsan. apabila aku sudah separuh sedar, aku dalam keadaan berdiri lemah dengan tangan aku diikat kedua belah dengan rantai besi.
tipulah rasa tak selesa dengan kaki aku yang still lemah lagi sebab kesan cucuk dengan dadah tu. shit, macam mana lah penagih ni boleh makan hari-hari?
" dah sedar? " soal shin yu apabila dia masuk ke dalam gudang lama.
aku tidak membalas dan hanya tersenyum sinis. kenapa aku perlu jawab? dah nampak kan aku bukak mata? tula, lengkali time bm belajar, ni tak. kan dah bebal tahap khinzir terbang.
" bang chan, bang chan, bang chan... dengan keadaan macam ni pun kau still sombong lagi? haih, patutlah takde siapa nak stay dengan kau. orang pun lari dengan perangai kau ni " dia memeluk tubuh dengan wajah penuh belagak.
puih, aku sombong ke tak bukan concern kau pun. last-last kau mati jugak kat tangan aku lol.
" apa kau nak dari aku sebenarnya? tak cukup cukup ke dengan kawasan kau tu? " soal aku lalu memandang dia dengan pandangan mengejek.
shin yu menghampiri aku kemudian menarik rambut aku kasar. " sebab kau lah sial, banyak kerja aku gagal. kau siapa nak halang kerja aku and babitkan pihak polis? tuhan? "
aku ketawa kemudian melepaskan ludah kepadanya.
" kau tu buat kerja tak clear. sedar diri sikit—" tak sempat aku menyambung, shin yu melepaskan satu tumbukan tempat kena pada abdomen aku sehingga aku memuntahkan darah.
jangan tanya rasa sakitnya macam mana. mentang-mentang aku kena ikat, kau suka lah amik kesempatan? shin yu, lembiknya kau.
" itu je kau mampu? " aku mula ketawa mengejek. sengaja nak provok dia. dia memandang aku dengan penuh benci kemudian mengenggam penumbuknya.
kemudian seseorang menghampiri kami kemudian memberikan shin yu sesuatu iaitu alatan sebat. tapi bukan alat sebat biasa, sebab aku rasa pernah nampak benda ni kat net geo yang penternak kerbau selalu guna untuk suruh kerbau gerak.
shit.
memang gila mamat ni—
dia mahu melibas aku namun dia menghentikan lalu memberikan senyuman sinis kepada aku.
" bawa mereka masuk " arah shin yu. beberapa saat kemudian aku mendengar suara minjung dan minjun menangis teresak-esak sambil memanggil nama aku.
" appa!!!! "
" appa!!!!! "
jangan cakap—
" apa ni tak syok lah kalau aku sendiri tengok kau terseksa kan? lebih ramai lebih bagus " katanya lalu ketawa. " oh bawak budak gay tu sekali "
" SHIN YU KAU BOLEH BUNUH AKU TAPI JANGAN DEPAN BUDAK-BUDAK TU SIAL! "
shin yu tiba-tiba bermain dengan kukunya seakan-akan tidak memperdulikan aku yang makin bengang.
" KAU PEKAK KE BODOH?! JANGAN BABITKAN BUDAK-BUDAK TULAH! "
" baik tuan " dia mengikuti arahannya kemudian masuk kedalam satu bilik dan keluarkan minho yang masih tidak menyedarkan diri dan meletakkannya disebelah kembar.
shin yu memandang si kembar. " nak tengok ahjussi buat pertunjukkan tak? "
minjung dan minjun menggeleng laju lalu memandang aku dengan air mata masih mengalir sambil memanggil aku.
" appa.... "
aku menoleh kearah mereka berdua dengan senyuman kecil. " tutup mata okay? janji dengan appa jangan bukak mata. appa gwenchana "
" banyak drama lah! " shin yu terus menyebat aku di belakang badan aku dengan wajah bengang. nasib baik lah si kembar tu tutup mata dorang kuat-kuat.
dan tugas aku jangan sesekali keluarkan suara walaupun sesakit manapun. aku tak tahu aku boleh bertahan tapi apapun jadi aku taknak budak-budak ni trauma.
" JERIT LAH BANG CHAN! "
" KAU BISU KE?! JERITLAH! "
sudah beberapa minit aku sedaya upaya tidak mengeluarkan sebarang suara sambil mengigit bibir aku kuat sehingga berdarah. belakang dan depan aku dah mula berlumuran darah kesan disebat.
" berhenti "
satu arahan tersebut telah menghentikan shin yu untuk menyambung aktiviti menyeksa aku. dia mula berdiri dengan penuh hormat.
aku memandang lelaki tersebut dengan wajah lemah.
" a-appa... "
dia tersenyum sinis.
✨✨
Gimpo International Airport
" kalau jauh alat ni kita still boleh detect ke jeongin? " soal jisung.
" tak tahu lah hyung sebab aku tak pernah try lagi. tapi apa kata kita cuba dulu? " balas jeongin kemudian mengeluarkan komputer dari beg sandangnya.
" oh? alat tu kau letak kat mana? " soal felix pula. jisung memandang felix dengan senyuman.
" poket minho hyung "
" HAH?! " mereka berdua tergamam, terkejut dengan jawapan jisung. maybe dorang expect jisung letak kat members lain bukan minho.
" oh! boleh lah hyung! alat ni still boleh detect jejak minho hyung " jeongin menunjukkan screen komputer kepada mereka berdua dengan senyuman. " tapi tula, suaranya tak dengar pulak. maybe radanya jauh... "
" eo? minho hyung still kat sini? bukan dorang semua dah beredar? " soal felix pelik lalu menunjukkan titik merah yang berada berdekatan dengan mereka. " jeongin, maybe alat tu tak boleh detect suara sebab gelombang radionya lemah. cuba tukar gelombang lagi kuat "
" oh okok " balas jeongin kemudian dia menukar gelombang radio yang lebih jelas.
" tskkk.. tskk.... bawak lee minho tskk.... ke gudang kita tsskkk... aku uruskan ....tskk... bang chan "
mereka bertiga memandang antara satu sama lain dengan mata membulat.
jisung terus bangun.
" tak, kita tak boleh pergi sekarang. kita kena selamatkan dorang semua! "
mereka berdua mengangguk laju.
" aku call changbin hyung dan yang lain. jeongin tolong check lokasi terakhir minho hyung pergi nanti! jom! " kata felix dan dia terus beredar begitu juga jisung.
" HYUNG! " jeongin yang jauh kebelakang menghentikan langkah. jisung dan felix yang dihadapan menoleh kebelakang memandang jeongin.
" kita singgah rumah dulu. aku nak amik sesuatu " kata jeongin.
" kalau macam tu, felix kau suruh diorang semua kumpul kat rumah chan hyung " arah jisung dan felix mengangguk.
jeongin yang berada dibelakang mereka mengenggam penumbuk.
siapa yang sentuh abang aku memang aku tamatkan riwayat kau depan mata aku!
____
time flies fast and i'm officially 18 omg. pibeday to myself i guess??
ft chapter kalini pendek LMAO
YOU ARE READING
Instant Father + bang chan
Fanfiction↳˚ ⚘;; completed | 160921 ✧ ❝ mereka berdua segala-galanya bagi aku ❞ ゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝘀𝘁 𝗿𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 ::041022 ♡ [ #1 3𝗋𝖺𝖼𝗁𝖺 | #2 𝖻𝖺𝗇𝗀𝖼𝗁𝖺𝗇 | #8 𝗌𝗍𝗋𝖺𝗒𝗄𝗂𝖽𝗌 ]