You all, please rate before reading :(
I really appreciate it ~~
Basikal dikayuh perlahan-lahan untuk menikmati suasana. (Y/n) yang bosan duduk terkurung dirumah segera keluar berbasikal seorang diri untuk makan angin.
Earphone dipasang di telinga sambil mendengar lagu sehinggakan gadis itu tidak mendengar apa-apa bunyi selain daripada lagunya
Sedang (y/n) leka mendengar lagu sambil mengayuh, dia tidak perasan bahawa dia terlanggar sekumpulan lelaki.
Bushhh
Nasib baik terlanggar kaki orang tu saja. Tak adalah masalah besar menimbun
“Ah Gomennasai, aku tak nampak” ujar gadis itu sambil membuka earphone dipasang di telinga memohon maaf.
Rupanya sekumpulan lelaki yang dilanggarnya adalah orang-orang di Toman. Mereka baru keluar daripada pusat mandi air panas untuk bersiap untuk ke perjumpaan Toman sekejap lagi. Tetapi tidak bersama Baji kerana Mikey tidak membenarkannya ada disana.
Smiley, Mucho, Mitsuya, Mikey, Draken dan juga Takemichi.
Mikey terkejut, dia ingatkan hanya orang biasa yang langgar kakinya. “Eh, (y/n)! Aku ingat siapalah tadi”.
“(Y/n) ? Kenapa kau kat sini? Sakit pulak hati aku tengok muka kau. Bla sana” Draken mencelah sambil menjeling (y/n)
“Sashiburidane, (y/n).” Mitsuya tersenyum
‘Eh dia gadis yang masa kat pondok yang menghajar Kiyomasa tu kan. Kenapa dia kenal Mikey dan yang yang lain?’ Takemichi berbisik dihati dan memandang pelik ke arah (y/n).
(Y/n) hanya membuat muka datar kepada mereka. Namun menjeling ke arah Draken menyampah. Tidak sangka dapat bertemu lagi dengan mereka.
Mucho dan Smiley kepelikan. Tak pernah pula dia nampak perempuan ni berkawan dengan mereka. “Siapa perempuan ni, Mikey? Korang kenal dia ke?”. Tanya Smiley tersenyum. Dah namapun Smiley, takkan lah raut wajahnya marah pulaa~
Lalu Mikey menceritakan semuanya kepada Smiley dan Mucho. Mereka berdua pun mengangguk dan sempat berkenalan dengan (y/n) .
“Hello, aku Smiley ✌️”
“Mucho”
Gadis itu pun berkenalan semula dengan mereka dan berborak sebentar. “Baiklah (y/n) , kitorang nak gerak dah ni. Ada perjumpaan Toman. Jaa ne~ Nanti kita jumpa lagi tau.” Mikey melambai tanda perpisahan tetapi dihentikan sekejap oleh (y/n) untuk membuat permintaan.
“Mikey, boleh aku berborak dengan Hanagaki sekejap?”.
Takemichi menunding jari ke arah diri sendiri, “Hah? Aku ? Ehhh..” ujarnya.
Mikey mengangguk “okayyyy”. Lalu mereka semuapun beredar daripada pusat mandi air panas tersebut. Kini hanya tinggal Takemichi dan (y/n) berduaan
(Y/n) terus menaiki basikalnya, lalu membuat isyarat ke arah Takemichi untuk membonceng di belakang basikal (y/n)
“O-okay” tergagap-gagap lelaki itu berasa janggal
_____
Susasana hening tanpa suara daripada mereka berdua di basikal. Malu jugalah Takemichi kerana dibonceng oleh seorang gadis. Tambah lagi (y/n) membawa basikal dengan sebelah tangan saja kerana dibalut patah. Habis merah mukanya dilihat orang ramai.
‘kenapa gadis seram ni nak berjumpa dengan aku pulak ni... kowaiiiii’ bisik dihati Takemichi sambil membuat muka risau. Dia hanya bercakap dengan diri sendiri saja kerana takut untuk berborak dengan (y/n) disebabkan peristiwa Kiyomasa haritu.
YOU ARE READING
𝘢𝘱𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘻𝘦 | 𝘣𝘢𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘴𝘶𝘬𝘦 {𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘦𝘳}
Fanfiction[𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜] 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐭𝐢. 𝐁𝐚𝐣𝐢 (𝐘/𝐧), 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫...