Kelihatannya seperti hujan sudah mula turun. (Y/n) yang terlupa membawa payung mula mengeluh benci.
‘Ahh kenapa sekarang perlu hujan pulak, menyusahkan’. Bisik dihatinya sambil memandang ke atas melihat langit.
Hendak menuju ke kubur Shinichiro tiba-tiba pula hujan turun, sudahlah terlupa bawa payung. Malang nasib.
Tiba-tiba sahaja langkah (y/n) terhenti sekejap, lalu dia teringat sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia berasa benci, marah, rindu dan sedih. Iaitu abangnya selalu memegang payung untuknya apabila hujan turun.
(Y/n) mengetap bibir sehingga mengeluarkan sedikit darah.
‘Keisuke sialan..’ bisiknya dihati sambil menggumpal penumbuk tanda amarah. Dia terus berlari ke arah dinding batu yang ada didepannya lalu berkali-kali mengetuk kepalanya sehingga berdarah.
“ARGHHHHHHH !!!”
“SIAL! KENAPA AKU TERINGATKAN KAU BODOH! PERGI DARI FIKIRAN AKU! AKU BENCI!”
Gadis itu menangis, dia tidak mahu memikirkan tentang Baji lagi. Kalau boleh, dia mahu menghilangkan ingatan tentang Baji. Dia benci dengan perasaan yang bercelaru tentang Baji sekarang, sangat mengganggu ketenteraman dirinya. Sekejap mahu menangis, sekejap mahu marah, sekejap mahu menghajar orang lain. Sakit hati.
Setelah beberapa lama kemudian, (y/n) berhenti, dia termenung sekejap memandang ke arah dinding yang dipenuhi dengan darahnya tadi. “ya sudahlah, kenapa aku nak sakitkan diri aku disebabkan orang bodoh tu”
Gadis itu menghela nafas panjang. Malas dan tak mahu fikir tentang Baji lagi. Lalu dia pun menyambung langkahnya di dalam kehujanan menuju ke kubur Shinichiro.
Darah yang bercucuran di muka tidak mahu dibersihkan. Malas.~
Di kubur Shinichiro, (y/n) ternampak kelibat 4 orang di depannya tetapi menghiraukan mereka. Ya. Mereka adalah Takemichi, Chifuyu, Mikey dan juga Draken.
Mereka berempat termasuk Chifuyu juga ternampak kelibat (y/n) langsung terkejut kerana gadis itu berjalan di dalam hujan dan muka berdarah-darah. Tambah lagi dengan mata yang lebam akibat menangis terlalu lama pagi tadi
“Oi Oi Oi, Baru lepas bunuh orang ke?” usik Draken.
Chifuyu terus menuju ke arah teman wanitanya untuk memberikan payung.
“(Y/n).. D-daijobu? Kenapa hidung awak berdarah?” tanya Chifuyu. Takemichi dan Mikey hanya memandang pelik ke arah (y/n).
Gadis itu hanya diam, tidak mahu memandang wajah Chifuyu. Lalu mengelap hidungnya yang berdarah itu. (Y/n) hanya menjeling mereka. Tiada mood mahu bercakap.
“jangan masuk campur”
Lalu dia menepis tangan Chifuyu dan menuju ke arah kubur Shinichiro. Chifuyu hanya diam dan sedikit terkejut. Dia tahu bahawa gadis itu sudah tahu tentang Baji. Lama kelamaan (y/n) akan tahu juga. Dan dia tahu teman wanitanya tidak mahu diganggu sekarang. Jika dia mengganggu juga, habislah dihajarnya dan tidak bertegur sapa lagi dengannya dalam beberapa hari.
YOU ARE READING
𝘢𝘱𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘻𝘦 | 𝘣𝘢𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘴𝘶𝘬𝘦 {𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘦𝘳}
Fanfiction[𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜] 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐭𝐢. 𝐁𝐚𝐣𝐢 (𝐘/𝐧), 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫...