Ending

187 20 4
                                    

'Hah... Hah..' berlumba-lumba oksigen memasuki jantungnya. Penat berlari beberapa kilometer, maklumlah motor rosak. Berharap bahawa sempat dapat berjumpa dengan (y/n) sebelum dia pergi. “Semoga sempat sampai.”

~

“(Y/n)! Dah siap ke belum? Teksi dah sampai depan rumah ni! Cepat!” jerit si ibu kepanikan. Takut ditinggalkan pula, habis tidak jadi pergi ke London.

“Yee dah siap!” suara gadis itu kedengaran dari bilik. Dia sedang mengamati sekeliling bilik Baji sebelum mahu keluar daripada rumah. Perlahan-lahan (y/n) mengusap baju Toman milik abangnya yang tergantung itu.

“Abang, (y/n) pergi dulu ya?” dia melangkah kaki ke luar bilik membawa beberapa bagasi.

Papp!

Tiba-tiba (y/n) terasa seperti bahunya ditepuk daripada belakang , membuatkan dirinya sedikit tersentak dan tidak bergerak.

Mungkin itu Baji

“Jaga diri kat sana Baji.” gadis itu senyum, sambil menahan air mata.

(Y/n) sudah tiada penyesalan, dia sudah memaafkan Kazutora dan semua yang terlibat. Dia tahu, Baji benci orang yang membenci kawannya. Ini semua untuk nya.

Dia agak sudah terbiasa dengan kehilangan abangnya, tetapi tidak dengan kenangan bersamanya. Mustahil untuk dilupakan. Dia sudah menjadi normal. Tapi sahaja mental gadis itu sekarang ini tidak stabil, mahu beratus kalipun dia menyembunyikan kesihatan mentalnya, si ibu selalu tahu yang dia menipu.

Tiada Ibu yang tidak kenal dengan keadaan anaknya.

→ Di depan teksi,

“Anak ibu dah siap?”

“Uhm, dah.”

(Y/n) mencium tangan ibunya, lalu hendak melangkah kaki ke dalam teksi.

Tiba-tiba,

(Y/N) !!!!!!!!!”

Suara seorang lelaki menjerit nama (y/n) didengari dari beberapa meter jauhnya.

(Y/n) yang tadinya mahu memasuki teksi, terhenti sekejap untuk melihat pemilik suara tersebut. “Ehh, C-Chuyu-Kun??”

Si ibu pun terkejut apabila melihat Chifuyu berlari dengan kencang dan badannya masih dibalut. Seperti Chifuyu melarikan dirinya daripada hospital.

“Hahh..Hahh.. Tunggu (y/n)..” Chifuyu terduduk kepenatan apabila sudah sampai didepan (y/n). Mana taknya, 3 kilometer berlari tanpa henti, semata-mata hendak berjumpa dengan (y/n).

(Y/n) menhentikan kakinya untuk memasuki teksi dan terus menuju ke arah Chifuyu. “Awak okay?” dia menghulurkan tangan untuk menolong Chifuyu berdiri

“Umph, saya okay je” Chifuyu memegang tangan (y/n) dan berdiri.

“(Y/n) kenapa awak nak pergi London tak cakap dengan saya?”

“Eh saya nak jenguk awak kat hospital lepastu nak cakap dengan awak kejap, tapi awak pulak yang datang sini.”

“Ehhhhhhhh.....”

Chifuyu memandang tepat ke arah mata (y/n), dia ingin menangis kerana bersalah, tetapi memutuskan untuk menyembunyikannya.

“Maafkan say-

“Takpayah mintak maaf.”

Dua-dua terdiam.

“B-baik.” ujar Chifuyu. Dia berkata dengan nada lembut sambil memandang ke bawah. Gadis itu tersenyum sedikit, melihat celoteh Chifuyu yang asyik meminta maaf sahaja membuatkan dia mahu ketawa kecil. Memang benar Chifuyu tidak menepati janjinya, namun (y/n) sudah memaafkan.

“(Y/n), kita m-masih bersama kan?” Chifuyu tersipu-sipu bertanya, dan dia masih memandang ke bawah.

“Ya kalau awak maafkan saya sebab saya pukul awak haritu” (y/n) menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, sambil memandang ke kanan. Dia pun berasa bersalah juga. Mana taknya, hampir mati Chifuyu dihentak dengan kayu besbol.

Tiba-tiba hidung gadis itu terasa seperti disentuh. Rupanya Chifuyu mencuit hidungnya. “Hehe saya dah lama maafkan awak. Mana boleh saya bencikan orang yang saya suka.” dia tersenyum sehingga menampakkan gigi. Membuatkan pipi putih milik (y/n) mula memerah kerana malu.

“Bila awak datang semula ke Jepun, jom kita berjanji temu?” Chifuyu kemudiannya mencubit kedua belah pipi (y/n). Wajarlah dia mengajak gadis itu berjanji temu, kerana selama ini Chifuyu terlalu sibuk dengan masalah Geng Toman sahaja. Sehingga (y/n) tidak mendapat perhatian sebagai seorang teman wanitanya.

Pipi (Y/n) mula memerah daripada tadi, malu. “B-baik, saya janji.”

“Amboiiiii, ibu yang ada kat depan ni cemburu pulak tengok korang berdua.” Si ibu daripada tadi melihat celoteh mereka berdua hanya tersenyum. Teringat pula waktu dia bersama dengan suaminya dulu.

Chifuyu menundukkan badannya untuk meminta maaf. “Ehh, m-maafkan saya Makcik. Saya tak perasan.”
Si ibu hanya tergelak kecil. "Hahahah tak apa.”

Pinn! Pinn!

Kedengaran bunyi hon teksi pula, penat si pemilik teksi menunggu (y/n) memasuki teksi daripada tadi.

“Ye ye, nak masuk lah ni.” (y/n) bersiap untuk melangkah kakinya ke teksi, namun dia teringat sesuatu. Sesuatu yang sangat penting.

Kakinya berhenti daripada terus melangkah, lalu dia musingkan badannya ke arah Chifuyu. “Chuyu-kun, nah 5 sen. Awak bagi kat Hanagaki tau.” ujarnya sambil menghalakan duit syiling ke arah Chifuyu.

Chifuyu yang tidak tahu apa-apa terus mengambil duit itu, “ergh, ni duit untuk apa?”

“Rahsia ;D” sambil mengenyit mata kanannya.

Setelah itu, (y/n) melanjutkan langkahnya ke dalam teksi. Dia sempat memberikan senyuman terhadap Chifuyu dan Ibunya di luar.

“BYEE (Y/N)!! JANGAN LUPAKAN SAYA TAU! AISHITERU!!” Jerit Chifuyu sambil melambai ke arah teksi yang (y/n) naiki. Ibunya hanya tersenyum dan melambai tangan ke arah anaknya juga.

“BYE!! CHUYU-KUN PUN JANGAN LUPAKAN SAYA TAU!”


the/end

🎉 You've finished reading 𝘢𝘱𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘻𝘦 | 𝘣𝘢𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘴𝘶𝘬𝘦 {𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘦𝘳} 🎉
𝘢𝘱𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘻𝘦 | 𝘣𝘢𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘴𝘶𝘬𝘦 {𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘦𝘳}Where stories live. Discover now