PANGGGG!
Pintu dihempaskan. Sehingga membuatkan (y/n) terbangun dari tidurnya di sofa kerana menunggu abangnya pulang.Matanya digosok perlahan, dan sempat mengeliat. Baji hanya terus menuju ke bilik. Pandang adiknya sedikit pun tak.
Namun langkahnya terhenti seketika apabila (y/n) cuba bercakap ke arahnya sambil berdiri.
“Keisuke. Aku ada buat salah apa sampai kau nak hindarkan diri kau daripada aku?Kau tak sayang adik kau ni lagi ke? Tch, kalau aku tahu kau macam ni, tak ingin pun aku tunggu kau balik lagi. Hahhhhhhhhh~ Sudah lah. Malas aku. Bye. Bla dulu.” Sambil sengaja melanggar bahu Baji lantas menuju ke biliknya untuk menyambung tidur.
(Y/n) keras kepala dan tidak mahu kalah dalam apa-apa perkara. Dia seribu kali lebih keras kepala daripada Baji Keisuke. Apabila gadis itu mahu buat sesuatu atas keinginannya, ya sudahlah tiada siapa boleh menghentikannya kecuali bebelan daripada abangnya.
Baji menggigit bawah bibir sambil memandang lantai. Tangannya sedang digenggam kuat menahan untuk bercakap apa yang terjadi. Dia tak mahu memberi tahu kepada adiknya alasan dia berbuat begitu. Kalau diberitahu, mungkin Baji yang dibenci dan dipalau oleh adiknya sendiri kaw kaw.Di Atas Jambatan
“Chuyu-kun! Awak tahu tak kenapa Keisuke tiba-tiba berubah? Semalam dia asyik tak menghiraukan saya je. Lepastu pagi tadi dia takde kat rumah. Keisuke kebelakangan ini seperti menghindari daripada saya. Bencilah.”
“A-ah, saya t-tak t-tahu pula. D-dia baik sahaja d-dengan saya semalam~” tipu Chifuyu tergagap-gagap.
Namun malangnya diketahui oleh (y/n). Siapa je tak tahu seseorang menipu kalau bercakap pun tergagap-gagap. Dia segera mencubit pipi Chifuyu berkali-kali dan berkata, “Tak baik tauu menipu.. Lagi-lagi dengan teman wanita awak sendiri.”
Pipi lelaki itu mula kelihatan merah. “Argh itteee (y/n) ! Saya tak akan bagitahu awak. Dan Baji-san pun berasa begitu jugak. Sebabtu dia taknak bercakap dengan awak.”
“Hmmph! Tak perlu risau. Saya ada lagi satu kawan yang tahu semuanya HAHA!” ujar gadis itu sambil memikirkan seseorang. Agaknya siapalah tu. Lalu dia melepaskan tangannya daripada mencubit pipi Chifuyu.
Chifuyu hanya mengangguk sambil memegang pipinya yang merah kesakitan. Dia tahu lama kelamaan (y/n) akan tahu bahawa abangnya undur diri daripada Geng Tokyo Manjirou. Lagi satu, jika gadis itu mahu melakukan sesuatu, tiada siapa boleh menghalanginya. Habis dihajarnya jika mengganggu
“Eh (y/n)! Tangan awak bila nak sembuh? Kesian pula saya tengok awak kayuh basikal guna satu tangan je~” tiba-tiba Chifuyu menukar topik perbualanya.
Gadis itu memegang balutan tangan kanannya, teringat Baji pernah mengusap perlahan-lahan tangannya semasa dia tidur. Mukanya agak muram sedikit, namun ditutup dengan senyuman ke arah teman lelakinya. “Rasanya tangan saya dah elok ni. Kejap lagi saya nak pergi ke klinik buka balutan ni. Chuyu-kun nak ikut?”
“Ahh, gomen (y/n), saya tak dapat teman awak. Ada hal penting.” ujar Chifuyu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
(Y/n) menjeling. Pipi yang gebu mula dikembangkan. Sudah la abangnya tidak menghiraukan dirinya, tambah lagi Chifuyu tidak mahu menemaninya ke Klinik untuk membuka balutan. Pandai juga gadis psikopat ini mengajuk. Ingatkan pandai berlawan dan menyombong sahaja.
Lalu dia pun menuju ke arah basikal meninggalkan Chifuyu dan menuju ke Klinik
“Bye.”. ringkas (y/n).
YOU ARE READING
𝘢𝘱𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘻𝘦 | 𝘣𝘢𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘴𝘶𝘬𝘦 {𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘦𝘳}
Fanfiction[𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜] 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐭𝐢. 𝐁𝐚𝐣𝐢 (𝐘/𝐧), 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫...