**********
Di Kedai Tok Aba,Aunty Wawa sedang merawat tangan Ali yang luka sebab kaca menggunakan med kit yang ada dekat kabinet.
Tok Aba simpan untuk kecemasan.
Aunty Yang pula ceritakan semua yang berlaku dekat Ochobot dan Tok Aba.
"Macam tulah ceritanya Aba! Kesian Iris sampai luka-luka dia dibuatnya!" kata Aunty Yang. Tok Aba mengangguk.
"Saya dah telefon BoBoiBoy dah Tok. Nanti dia datang."kata Ochobot.
"Iris? Kau okay?"tanya Tok Aba. Ali hanya mengangguk.
"Okay je Tok..." jawab Ali perlahan.
The reason why Tok Aba bahasakan Ali sebagai 'Iris' adalah kerana masa diaorang perkenalkan Ali pada Wawa dan Yang,mereka kenalkan sebagai Iris.
So,Aunty Wawa dengan Aunty Yang tak tahu nama sebenar Ali.
"Ha,dah siap."kata Aunty Wawa selepas mengikat balutan pada tangan Ali. Ali melihat semula tangannya yang dibalut kemas.
Aunty Wawa tahu macam mana nak rawat orang.
"Terima kasih aunty...Kalau aunty tak ada tadi...Entah apa lah yang jadi."kata Ali.
"Sama-sama Ali. Nanti jangan jalan sorang lagi. Bahaya!"pesan Aunty Wawa risau. Ali tersenyum kecil.
Dia teringat arwah mama dia.
Tak lama kemudian,mereka semua terasa angin yang kuat melepasi mereka.
Taufan turun perlahan-lahan dan bertukar menjadi biasa semula sebelum berlari kearah Ali.
"Ali!"
Tak sempat nak pusing, BoBoiBoy terus peluk Ali kuat,dimana dibalas semula oleh si kecil itu.
"Ali,kau okay? Diaorang dapat tangkap kau ke tadi?! Mana kawan-kawan kita?!" tanya BoBoiBoy bertalu-talu membuatkan Ali tergelak.
Dengar suara BoBoiBoy buat dia rasa selamat.
"Hehe..Aku okaylah. Aunty Wawa dengan Aunty Yang dah selamatkan aku tadi."terang Ali. BoBoiBoy melepaskan pelukannya dan pandang dekat Ali. Dia perasan tangan Ali yang berbalut.
"Ni,kenapa tangan ni?"tanya BoBoiBoy sambil memegang tangan Ali lembut.
"Oh,aku terjatuh atas kaca masa lari tadi. Tapi Aunty Wawa dah rawatkan dah."
Semua yang ada dekat Kokotiam tu dah rasa perubahan suasana dikeliling mereka.
"Aku akan belasah diaorang-"
BoBoiBoy bangun dan cuba nak pergi cari balik budak-budak MATA tu tapi Ali kuat tarik dia kebelakang.
"BoBoiBoy! Aku okay sajalah! Bawa bertenang!"kata Ali panik sambil cuba menarik BoBoiBoy duduk balik.
"Aku nak ketuk dia-"
"BoBoiBoy,janganlah!"
"Dah,dah lah tu BoBoiBoy,diaorang semua dah pergi dah pun."
ANDA SEDANG MEMBACA
IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)
FanficTW⚠️ Maybe: -Containing dark thought -Self-harm -Self-hate -Bullying -Blood Everything that maybe can trigger someone. Read at your own risk ∆∆∆∆ Ali,seorang pelajar sekolah biasa yang selalu dibuli disekolah. Di Akademi M.A.T.A, dia hanyalah budak...
