Galaxy

3.1K 271 139
                                    

Di Akademi MATA dimana semua ejen-ejen muda berkumpul selepas dibelasah oleh BoBoiBoy.

"Aku dah kata semua ni membazir masa! Korang tak nak dengar cakap aku!"marah Jet. Sekarang ni dia tengah tuam kaki dia yang terseliuh sebab jatuh akibat disepak remaja topi oren tadi.

"Dia hebat. Seorang boleh hentikan kita semua." kata Roza pula.

"Tapi kan,betul ke budak yang lari tu Ali?Dah pasti betul-betul?" tanya Moon.

"Kalau dia bukan Ali,kenapa dia lari? Lagi satu. Remaja lelaki tadi panggil dia Iris. Tak pelik ke?" kata Bulat membuatkan semua orang berfikir.

"Heh,itu memang Ali. Aku jumpa dia."kata Rudy membuatkan semua perhatian beralih kepada dia.

"Kau jumpa Ali? Jadi memang betul lah itu dia?"tanya Alicia. Rudy mengangguk.

"Aku syak memang dia kema brainwash. Sampai pakcik dia sendiri pujuk pun dia lari. Huh,orang dah datang nak selamatkan bukan reti nak hargai!" sambung Rudy lagi.

"Kita kena pergi sana semula dan selamatkan Ali sendiri."kata Khai.

"Oi,gilak apa? Mentor khabor doh dak yoh nyibuk kan?"balas Criss.

"Biarlah mentor nak cakap apa pun. Lagipun,IRIS tu masih ada pada Ali. Itu yang penting. Lepas dah ambik IRIS tu, lantak dialah nak pergi mana sekalipun." balas Mika.

Haishhhh,sakit jiwa pulak aku yang menulis nih.

Tiba-tiba,Khai yang tengah tengok keadaan R-O tiba² mencelah.

"Weh korang...Tengok ni."

Semua ejen muda berkumpul mengelilingi Khai dan dia membuka sesuatu daripada data R-O.

Apabila dia keluarkan skrin hologramnya,ia membentuk satu rakaman.

Remaja bertopi oren yang belasah mereka tadi.

Assalamualaikum,hai ejen muda MATA. Mesti kau pelik bila masa aku rakam video ni dan masukkan dalam robot kau. Anggaplah yang...aku ada cara aku tersendiri.

Dipendekkan cerita,aku nak korang semua bagitahu agensi korang tu supaya berhenti cari Ali dekat sini. Jangan cari balik apa yang kau dah buang dan sia-siakan.

Dan aku tak culik Ali. Aku kawan dia dari masa dia kecil lagi. Ini gambar kalau kau nak bukti.

Tak payah nak buktikan pada aku yang korang ni kawan Ali. Aku tahu apa yang korang dah buat pada Ali. Dan sejujurnya,korang tak layak dapat kemaafan dia. Walaupun begitu,dia masih lagi maafkan korang semua dan teruskan dengan hidup dia yang sekarang.

Jadi korang pun kenalah move on. Life goes on,right?




Rakaman itu terhenti dan ejen-ejen muda terdiam sambil cuba nak proses balik apa yang si oren tu cakap tadi.

"Dia tak tipu.."kata Iman.

"Cis,bedebah punya orang! Dia ingat dia hebat sangat ke?!"marah Rudy sebelum menendang kerusi yang ada dekat sebelah dia.

Selamat bersemadi wahai kerusi.

"Dah tu? Sekarang macam mana?"tanya Roza.

"Biarkan dulu. Siasat apa yang kita boleh dapatkan mengenai remaja tu. Lepas kita dah tahu kelemahan dia,baru kita serang."kata Alicia.

Yang lain mengangguk.

**********

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now