Hunt

1.6K 197 115
                                    

Beberapa jam selepas kejadian itu, BoBoiBoy menyorok didalam sebuah lombong terbiar dan cuba untuk tanggalkan kolar tak guna tu.

Dia gunakan gunting dan hentak dekat kolar itu berkali-kali,tak kisah langsung bila leher dia terkena sekali.

Habis calar balar berdarah leher dia sebab gunting tu.

Tapi dia tak kisah.

Tak rasa apa² pun.

Dia hanya duduk,termenung jauh dengan tangannya masih menghentak gunting tu ke kolar tak guna tu.

Aku dah buat masalah.

Habislah...

Orang lain akan kena akibatnya...

Kenapa aku buat macam tu...

Tapi ada sebahagian dalam diri dia rasa ada harapan sebesar zarah.

Kalau kolar ni tak ada,dia boleh lari dan bersembunyi sebelum selamatkan orang Pinggiran.

Lama² menghentak gunting tu,kolar itu akhirnya retak sedikit demi sedikit dan BoBoiBoy terus rentap kolar itu kuat walaupun lehernya sakit. Dia hancurkan terus kolar jahanam tu.

BoBoiBoy:*tergelak* Hehe...Dah tanggal...*pegang leher*

BoBoiBoy tengok balik gunting ditangannya.

Berguna jugak benda ni..

BoBoiBoy menoleh untuk tengok keadaan luar.

Gelap sebab nak hujan.

BoBoiBoy mengurut lehernya perlahan,rasa bebas dari kolar tak guna tu.

BoBoiBoy:*sigh* Apa patut aku buat sekarang..? Kalau aku lari sekalipun,mereka akan dapat jumpa aku dekat Pulau Rintis.

BoBoiBoy tengok balik jam kuasa dia. Dia tak boleh nak hantar apa² mesej untuk kawan² dia. Even Tok Aba sekalipun.

Lagi satu,kalau dia lari,habislah orang² dekat Pinggiran.

Suit ejen BoBoiBoy dia dah tanggalkan awal² dan campak ketempat lain untuk kelirukan mereka. Tak mungkin MATA dapat jejak dia sekarang tanpa kolar dan baju suit tu.

BoBoiBoy menutup matanya dan bersandar. Dia buntu,tak pasti apa patut dia buat sekarang.

Nak lari pergi Pulau Rintis tak boleh.

Nak lari dari Cyberraya pun tak boleh.

Nak contact kawan dia guna jam kuasa pun tak boleh dan dia tak tahu sebab apa.

BoBoiBoy mengeluh perlahan dan melihat parut dilengannya.

Parut bekas terkena cemeti masa dia kena kerja dekat tempat penggalian azurium.

BoBoiBoy menggenggam tangannya kuat.

Tak boleh...Dia kena lari juga.

BoBoiBoy kuatkan diri dia untuk bangun dan berjalan keluar dari lombong itu.

Cuaca diluar masih mendung dan hujan rintik.

BoBoiBoy:*sigh* Mungkin kalau aku ke Pinggiran mereka tak kan jumpa aku..

Dengan itu, BoBoiBoy berjalan keluar dari lombong terbiar tersebut dan berjalan laju untuk ke Pinggiran.

Nak guna kuasa dia dah tak ada tenaga.

ALERT.

BoBoiBoy tersentak apabila bunyi pengumuman kuat kedengaran. Dia yakin satu Cyberraya boleh dengar tu.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now