Aftermath

3.1K 254 93
                                        

Time Skip: 1 Week after the War
.
.
.

Disebabkan kerosakan yang teruk pada bandar Cyberraya akibat dari perperangan tersebut,mereka terpaksa setuju apabila peneraju mereka terangkan pada penduduk Cyberraya yang mereka akan ke Planet Rimbara untuk berteduh sementara pihak TAPOPS menghantar pekerja untuk membaiki kerosakan.

Ya,mereka yang baiki sebab datuk tak guna tu dah lari.

Mereka nampak semuanya yang berlaku semasa perang itu berlangsung dan dapat tahu yang datuk bandar kononnya kesayangan mereka hantar peluru berpandu untuk musnahkan pusat bandar.

Itu menyebabkan mereka kecewa dan bertegas untuk Othman lucut jawatan dari jadi Datuk Bandar.

Atas permintaan ramai dan waktu terdesak,penduduk Cyberraya setuju untuk jadikan Dr.Ghazali sebagai datuk bandar sementara untuk bantu mereka sesuaikan diri di planet asing sementara menunggu Cyberraya siap dibaiki semula.

Pada mulanya,adalah beberapa kelompok orang yang masih percayakan Datuk Othman tapi selepas mereka lihat apa yang dia buat,mereka akhirnya terima hakikat.

Sepanjang Kaizo berada di MATA,dia telah mendapatkan fail rahsia tetang experiment yang telah dijalankan atas BoBoiBoy. Selepas satu video itu ditujukan pada orang ramai dan penerangan dari pihak TAPOPS atas apa yang berlaku,mereka akhirnya faham.

Datuk Othman masih lagi tak dijumpai sampai sekarang. Agaknya manalah dia lari ya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Stesen TAPOPS,dimana geng Kokotiam dan ahli TAPOPS yang lain rehatkan diri,mereka berkumpul ramai² untuk berehat dan berbual.

Gopal: Fuh,nasib baik kita menang kan?

Fang; Heh,mestilah. Mereka tak ada peluang pun.

Yaya: Alhamdullilah,semuanya dah selesai.

Ying: Eh, Ali dengan BoBoiBoy mana? Aku tak tau pulak mana mereka pergi lepas perang tu tamat.

Fang: Ouh, BoBoiBoy masih dirawat di pusat intensif dan General Mechamato yang jaga dia. Ali pulak,dia ada dengan Lady Iris.

Gopal: Lady Iris? Siapa tu?

...: Itu ibu kepada Ali.

Geng Kokotiam tersentak apabila Kaizo memasuki kawasan mereka sambil membawa makanan dan minuman sebelum duduk disebelah Fang.

Kaizo: Lady Iris adalah pembantu Mechamato. Memang tak ada data apa² pasal dia dalam database sebab tu korang tak tau.

Fang; Dah tu macam mana kau tau dia mak Ali?*makan donut lobak merah*

Kaizo: Muka diaorang sama. Bila aku tanya General Mechamato,dia kata ya.

Geng Kokotiam mengangguk faham.

Yaya:*minum koko*  Mesti banyak yang Ali nak cerita dengan mak dia kan? Yelah,dari kecik lagi dia ingat mak dia dah tak ada.

Ying: Hm,tulah tu. Harap semua berjalan lancar.

Kaizo: Tak payah nak risau sangat. Ouh,dan aku ucapkan tahniah atas pemikiran pantas korang untuk terbangkan ejen muda keudara masa peluru berpandu tu hampir letupkan bandar walaupun korang kehabisan masa. Korang memang hebat.

Mereka tersipu-sipu dapat pujian.

Ying: Tapi kan Kapten? Adik Kapten ni hah yang bagi arahan~

Gopal: Ha'ah! Dia suruh kitaorang buat dan boom! Idea dia menjadi! Terbaiklah adik Kapten!*usik Fang*

Yaya: Ha'ah! Dia tetap usahakan kitaorang untuk kuatkan diri untuk selamatkan yang lain. Terbaik~

Muka Fang dah merah macam tomato bila kena puji depan abang sendiri macam tu. Kalau abang dia tak ada mungkin dia kembang hidung sikit tapi ni habis. Jatuh maruah dia.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang