Heart to Heart Talk

4.1K 274 114
                                        

Ali membantu BoBoiBoy untuk membawa barang dapur tersebut.Agak banyak barangnya so BoBoiBoy pecah tiga kepada Gempa,Halilintar dan Taufan.Original Trio.

"Gempa...Nak icecream~"minta Taufan sambil membuat muka comel.Halilintar menepuk muka Taufan pakai sayur saderi.

"Jangan kacau Gempa.Kau tak nampak macam nak terbakar ikan² dalam aquarium tu Gempa dok tengok dari tadi?Nak jadi macam tu jugak ke?"Ali dan Taufan memandang kearah Gempa yang masih lagi tekun merenung tangki aquarium yang ada banyak ikan hidup itu.

"Kalau kau nak icecream,aku boleh belikan.Aku pun nak makan icecream jugak ni."pelawa Ali membuatkan Taufan mengangguk.

"Nak²!Nak perisa vanila!Hali nak perisa strawberi!"

"Eh,pepandai je kau ni!"

"Hali,aku kembar Elemental selepas kau,aku taulah apa kau nak."

Halilintar tak membalas tapi menundukkan topinya.Elele,blushing lah tu!Ali mengambil itu sebagai ya.

"Okay,tunggu sini.Aku pergi beli sekejap."

Setelah Ali memberikan barangannya pada Halilintar,dia terus berjalan keluar dari kawasan bahan² basah itu dan terus keruangan manisan.

Dia sempat mengambil beberapa jenis biskut dan cekedis lain.Untuk movie night~

Lepas dah letak semua barang dia dalam bakul,dia pergi kehadapan kedai.Peti sejuk icecream terletak berhampiran dengan pintu masuk.

Masa dia tengah memilih icecream untuk kembar BoBoiBoy,Ali terasa tangannya ditarik dan hoodienya terjatuh.

"Aduh!Kenapa ni-"kata² Ali termati di situ.

Ejen Rizwan.

Orang yang tengah memegang tangannya sekarang adalah Ejen Rizwan.

"Kau ikut aku sekarang Ali."kata Rizwan sebelum menarik Ali kepintu keluar.Ali tersedar dari keadaan terkejutnya dan terus merentap tangannya.

"S-Siapa? Pakcik salah orang rasanya ni." kata Ali cepat sebelum cuba nak larikan diri,tapi tangannya dipegang kuat oleh Rizwan.

"Ali,kau kena ikut aku balik ke Cyberraya,sekarang!"

"Lepaslah!" jerit Ali dengan suara yang agak kuat.Ramai orang yang tengah memandang mereka.

"Ali!Ni satu arahan.Kau kena ikut aku balik sekarang!" Rizwan menarik Ali dengan lebih kuat membuatkan Ali terjatuhkan bakul dia.

"Eiii!Lepaslah!Gempa!Halilintar! Taufan!Tolong!!!!" Ali menjerit.

"Encik,saya rasa baik encik lepaskan budak ni. Dia ni adik pada hero kami-"

"Saya kenal dia.Keluarga dia suruh dia balik."

"WOI!"

Semua pengunjung kedai terkejut apabila melihat superhero bandar mereka tiba² muncul dengan senjata mereka ditangan.

"Baik kau lepaskan dia kalau tak nak kena dengan aku."kata Halilintar sambil menghayunkan Pedang Halilintarnya.

"Aku tak rasa yang kau semua faham apa yang aku cuba nak buat sekarang.Budak ni-"

"Gerakan Kilat!"

"Hembusan Angin!"

Dengan kepantasan Halilintar,dia menarik Ali dan memberikan dia kepadan Gempa dengan masa yang sama Taufan meniup keluar orang yang cuba culik Ali tu.

Halilintar dan Taufan berlari keluar kedai untuk mencari orang tersebut tapi dia dah tak ada.

"Cis!Mana pakcik tu pergi hah!?"dengus Halilintar.Dia menghilangkan pedang Halilintar dan Taufan turun dari hoverboardnya.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang