Malam

2.5K 226 87
                                        

Pada malam itu,di kawasan pelabuhan Cyberraya, BoBoiBoy duduk pada satu crate tinggi yang pengawal tak mungkin boleh nampak dia.

Dia dah sampai Cyberraya dari siang tadi. Dia dah pergi dah pun rumah Ali. Tapi dia terdengar perbualan Ali dengan Viktor dan nampak mereka sedang berseronok main game bersama,jadi BoBoiBoy tak nak kacau.

Ali mesti rindu kan nak main game dengan kawan dia yang dah lama tak jumpa.

Jadi, BoBoiBoy habiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar Cyberraya dan akhirnya sampai dekat sini sebab dia nak tengok pemandangan laut dari atas crate tinggi ni.

BoBoiBoy: *baring**tengok video dalam tablet*  Hm..Waktu² macam ni mesti Ali dah tidur dah. Tak kan aku nak kacau dia? Tidur hotel lagi lah tampak gayanya.

BoBoiBoy menutup tabletnya dan simpan dalam beg. Alang² tu,dia pandang kelangit. Stargazing.

BoBoiBoy: Hm...

Baru saja nak lelapkan mata,dia terdengar bunyi deruman motor yang kuat melalui laluan bawah dia.

BoBoiBoy: *bangun* Motor apa pulak yang merempit dekat pelabuhan lewat malam macam ni?

BoBoiBoy menggalas beg dia dan melompat turun dari crate itu.

Ada sekumpulan geng bermotor mengiringi sebuah kereta mewah bertembung dengan satu lagi kumpulan.

BoBoiBoy menyembunyikan diri pada crate itu supaya tak kelihatan.

BoBoiBoy: Macam penjualan senjata haram je ni...

Seseorang keluar dari kereta itu. Berbadan gempal dan nampak macam ketua boss² mafia.

Cuma tak nampak hot macam yang dibayangkan dalam novel.

BoBoiBoy boleh nampak lelaki tu keluarkan sesuatu dari beg bimbit dia dan orang dari kereta yang lain pun keluarkan beg bimbit yang sama,tapi kali ni dalam beg tu ada duit.

BoBoiBoy; Hm...Memang betul jangkaan aku.

BoBoiBoy ada rasa serba salah sekarang.

Ada dia rasa dia patut tangkap penjenayah tu semua.

Tapi ada dia rasa tak payah sebab ni bukan kerja dia.

Selepas lama berperang dengan diri sendiri, akhirnya BoBoiBoy mengambil keputusan untuk hentikan mereka.

Dia superhero,dia patutnya membanteras jenayah.

Walaupun ni jenayah dekat Bumi bukannya kena lawan alien.

BoBoiBoy melompat turun dari crate tersebut dan berhenti satu crate tinggi dari mereka.

Salah seorang dari geng motorsikal itu nampak BoBoiBoy.

G.M: Woi! Kau buat apa hah dekat atas tu?!

Jerkahan dia membuatkan semua yang ada disitu memandang BoBoiBoy.

BoBoiBoy; Hehe,maaflah ganggu korang. Tapi aku saje je nak senangkan kerja polis.

Lelaki bersuit itu berdecit sebelum menyuruh kulinya untuk menembak BoBoiBoy.

BoBoiBoy dapat mengelak dari semua tembakan mereka dan terus menyerang mereka semua tanpa menggunakan kuasa.

Keadaan masih belum terdesak untuk dia gunakan kuasa.

BoBoiBoy berjaya menumbuk mereka semua dan alihkan semua tembaoan mereka supaya terkena antara satu sama lain sampai kuli terakhir habis.

Dia sekarang berhadapan dengan ketua itu.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang