Help

4K 272 128
                                        

°**********°

Ali tersedar apabila kereta api tersebut berhenti.Dia melihat papan tanda diluar menandakan yang dia dah sampai Pulau Rintis.

Ali mengambil begnya dan melangkah keluar dari kereta api.Jam menunjukkan sekarang pukul 8.30 pagi.

"Jauh jugak Pulau Rintis ni dari Cyberraya."kata Ali seorang diri.

Setelah membersihkan diri dibilik air dan menukar bajunya kepada hoodie yang lain,dia pergi ke kedai untuk bersarapan.Sementara itu,dia terfikir sesuatu.

Dia tak tahu mana rumah kawan  dia.

Ali mengeluh sebelum mengetuk perlahan kepalanya.

"Macam mana kalau dia tak balik lagi?Aduh...aku pun sengal jugak tak tanya dia dulu.Aduh...Kad SIM aku dah buang..Aku tak ingat nombor telefon dia.Alahai pandainya kau ni Ali..."Ali memarahi dirinya sendiri.

Dia tak boleh buka telefon sebab takut polis akan dapat kesan dia kalau ada yang cari.

IRIS pulak,walaupun dia dah ubahsuai IRIS supaya tak dapat dikesan,MATA masih boleh kesan dia kalau dia tengah memakai IRIS.

"Nampaknya aku kena cari dia sendirilah.."

Setelah membayar sarapannya,dia memakai topi hoodienya dan terus berjalan.

°*********°

"Kau ni dah kenapa BoBoiBoy?Termenung jer?Tak terbanglah telefon kau tu kalau kau tengok banyak kali BoBoiBoy."sindir Ochobot.

Mereka berada di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy tak habis² tengok telefon dia sejak malam semalam sampailah petang ni.

"Aku cuba call dia,tapi dia tak angkat.Mesej pun tak reply.Aku risau je ni."keluh BoBoiBoy.Dia simpan kembali telefonnya.

"Alah,dia sibuklah tu.Nanti² jelah kau buat surprise dekat dia.Meh tolong aku angkat barang ni."kata Ochobot.BoBoiBoy mengangguk sebelum memandang langit.

"Wooo...Macam nak hujan jer."komen BoBoiBoy.

"Ha,tolong atok tutup kedai.Nak hujan lebat ni."kata Tok Aba.BoBoiBoy mengangguk sebelum segera membantu Tok Aba mengemas kedainya sebelum hujan turun.

°*********°

Hari sudah larut malam dan hujan masih turun dengan lebat,tapi Ali masih lagi tak jumpa rumah dia.
Dia dah tanya orang sekeliling tapi dia jadi sesat dan tak tau mana dia sekarang.Dia ingat rupa rumah kawannya itu,tapi dia tak ingat jalan apa dan dimana.

Satu badan Ali basah sebab air hujan.Tak ada tempat nak berlindung so alang² basah,dia teruskan sahaja.Udara malam sejuk menerukkan lagi keadaan dan Ali dapat rasa yang dia dah nak demam.

'Tak aku memang dah demam pun.'

Dia masih lagi gagahkan diri untuk berjalan.Sampailah disampai dipenghujung jalan,dia ternampak rumah kawannya.

"D-Dah sampai!"Ali cuba untuk mempercepatkan langkahnya tapi dengan keadaan sekarang dan badannya semakin sejuk,membuatkan dia lagi lambat.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang