02

217 35 0
                                    

ᵇᵘᵏᵃⁿ ʸᵃⁿᵍ ˢᵉᵐᵖᵘʳⁿᵃ

"senyap je? selalunya wife banyak benda nak pot pet dekat abang tapi malam ni pendiam pula. ada benda nak share dengan abang, hm?"

aku menjeling ilham. jeling manja je. lebih-lebih nanti, goodbye to heaven and say hi to hell.

"wife ingat nak singgah rumah mama esok. boleh?"

terus ilham menolak komputer ribanya sebelum mengalih perhatiannya kearah aku.

"bagi 10 sebab kenapa wife nak pergi rumah mama?" ada terselit nada tak puas hati kedengaran.

"jenguk mama pun kena ada sebab ke?" aku tertawa.

"mesti and abang ada 10 sebab kenapa abang tak bagi wife jenguk mama."

okey. ini serius.

"specify needed, please."

"satu, iman cuti besok. dua, berkemungkinan wife akan terserempak dengan dia. tiga, abang tak suka bila wife jumpa iman. empat, wife pasti--"

belum lagi ilham habis kata. laptopnya aku tarik dan wajahnya aku tolak agar memandang kearah skrin laptop. nak dengar selebihnya memang kena tadah telinga bila ilham huraikan setiap sebabnya.

"macam penting je document ni. mesti abang kena perah otak--"

"wife." aku mengeluh dalam diam. nadanya lain daripada yang tadi.

"okey, fine! wife tak pergi sana, unless abang ikut sekali. wife ingat semua tu."

ilham menutup komputer ribanya sebelum menarik aku kedalam pelukkannya. masuk kedalam dakapan ilham tak pernah mengecewakan aku. aku seolah merasakan aku berada dalam rumah yang sebenarnya. aku rasa selamat.

"abang taknak wife sedih lagi." ilham mengusap lenganku dengan lembut. aku terbuai seketika dengan usapan itu.

pernah juga aku terfikir untuk mencadang nak ambil anak angkat tapi aku tak pernah luahkan. aku hanya cuma ikut telunjuk ilham saja.

"biarlah apa sekalipun orang nak kata dekat kita. asalkan abang ada wife dan wife ada abang, itu dah memadai. jadi jangan cuba-cuba nak salahkan diri wife sendiri. abang tak minta lebih. abang cuma nak wife selalu ada dikala abang susah dan senang. abang nak ikat wife sampai bila-bila." sejurus itu, satu kucupan mendarat lama diatas dahiku. kalau tadi aku rasa selamat, sekarang aku rasa tenang.

"untuk apa ni?" aku belek jubah berwarna teal yang dijahit dengan manik-manik diatas katil beradu kami. aku tak suka kalau ilham buang duit belikan aku barang yang pastinya aku pakai untuk sekali saja. membazir saja.

"untuk wifelah. siapa lagi?"

"tahulah ni untuk wife. tapi, untuk apa? anniversary kita jauh lagi. birthday wife lagilah jauh."

inilah perangai ilham. dia beli tanpa pengetahuan aku sendiri. kalau dibuatnya benda yang dia beli tu tak muat aku, membazir saja. tu kalau tak muatlah. kalau muat pun, aku hanya pakai sekali saja.

"staff abang ada buat kenduri untuk anak pertama mereka."

aku tersenyum kecil mendengar. ilham yang sedar akan perubahan air wajahku, terus mendekati aku dan memeluk tubuhku dari arah belakang. dagunya diletakkan diatas bahu kananku.

"wife fikir apa?"

aku menggeleng. tak akan aku nak cakap benda yang sama dan akhirnya menjadikan isu perkelahian kami? aku taknak ganggu mood ilham yang nampaknya seperti happy saja.

perlahan ilham menggoyangkan tubuh kami dari kanan ke kiri sambil mengalunkan sesuatu bunyi yang merdu kedengaran. tak nafikan lagi, ilham sememangnya mempunyai suara yang merdu. pakej dengan wajahnya yang kacak itu.

aku menutup kelopak mataku sambil halwa telingaku tenang mendengar zikir yang bermain dimulut ilham.

"tenang?" sejurus itu, tarian kecil kami tadi terhenti dan zikirnya tadi pun turut sama berhenti.

aku mengangguk kepala. mata aku buka dan sebingkis senyuman mula terherot dihujung bibir.

ilham melepaskan pelukkan sebelum memusingkan tubuhku menghadapnya. kedua tangannya naik menyentuh wajahku.

"walau apa pun terjadi suatu hari nanti, abang nak wife tetap berdiri disisi abang. abang harap wife sentiasa dekat dengan abang. jangan tinggalkan abang walaupun sebesar mana salah abang pada wife."

hati yang tenang tadi mula jadi gelisah serta-merta. aku mengerut dahi.

"dah, pergi bersiap."

ilham terus meninggalkan aku disitu dengan penuh tanda tanya bermain dikotak fikiranku.

"tahniah helmi and dayang." ilham mengucapkan tahniah itu kearah dua pekerjanya yang sekaligus menjadi sepasang suami isteri itu. aku disebelah ilham turut mengucapkan tahniah buat mereka.

"terima kasih tuan, puan sebab sudi hadir ke majlis kami yang kecil ni." ujar helmi. dayang pula sibuk mendukung anak sulung mereka, hezri. comel saja wajahnya. mata bundarnya lebih mengikut mata dayang.

"small matter." balas ilham ramah. ilham bila dengan staffnya memang penuh sopan-santun tapi bila dalam keadaan dia kusut atau dia tak puas hati dengan kerja yang dibuat oleh pekerjanya, segala singa dan abang-abang singa sekali masuk kedalam badannya.

"sila jemput makan tuan, puan." kata dayang pula sambil tersenyum kearahku.

ilham mula menarik lenganku kearah satu meja yang dihuni oleh dua orang yang sedang leka menikmati jamuan.

"wife tunggu sini. biar abang ambil lauk."

aku mengangguk.

"tunggu sini. kalau abang nampak wife berkeliaran, siap nanti balik rumah!" sempat lagi ilhan mengugut. aku ketawa kecil dengan sikap cemburunya itu.

 aku mengangguk kepala sekali lagi sebelum ilham berlalu kearah dimana makanan dan minuman terhidang. mata aku liarkan melihat tetamu helmi dan dayang. rata-ratanya adalah staff ilham dan beberapa kenalan helmi dan dayang.

"hai." aku disapa dengan nada yang penuh lemah-lembut.

"hai." aku balas kembali. aku tak pernah melihat wanita itu sebelum ini. mungkin kenalan helmi atau dayang. tapi kenapa tegur aku?

"oh! i'm one of ilham staff, melissa."

awkward. aku tak tahu nak mulakan apa. dan aku tak silap dengar, dia panggil ilham dengan nama.

"sorry. you mesti pelikkan kenapa i tegur you tiba-tiba je.

aku tersenyum saja.

"wife--" aku menoleh memandang ilham yang kini tiba bersama satu pinggan dan secawan air. matanya dihalakan kearah melissa sebelum dilarikan anak matanya dan kerusi disebelahku diambil.

"kenapa satu pinggan je ni? pinggan abang mana?"

"kita kongsi. baru sweet."

wajahku terus berubah rona. tak akan ilham tak nampak melissa masih merenung kami berdua? buat malu je ilham ni.

"hai ilham." tegur melissa sambil melambai tangan kearah ilham.

ilham hanya buat tak tahu. aku pandang melissa dan ilham bersilih-ganti.

"sorrylah melissa. suami saya ni memang macam ni--"

"wife, makan. tak baik bercakap banyak depan rezeki." seraya itu, ilham menyuapkan aku sesudu mee.

"err, i pergi dulu. enjoy!" usai itu, melissa berlalu.

pap!

"kenapa pukul abang?" ilham mengusap pehanya.

"melissa kan staff abang. kenapa layan dia macam tu?"

"wife..."

aku menanti apa yang ilham bicarakan.

"makan." satu sudu berisi mee disumbat masuk kedalam mulutku lagi. aku hanya membuat muka tak puas hati.

ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

bukan yang sempurna ©Where stories live. Discover now