hampir setiap hari aku bawakan bekalan tengah hari untuk ilham. itupun sebab ilham sendiri desak aku. nasib baik kereta sudah dibaiki. kalau tak, mahu tiap hari dia hantar aku pulang. apa pula kata pekerja dia nanti?
"wife, sini kejap."
buku yang mempamerkan tentang business aku letakkan balik kedalam rak almari. langkah aku atur mendekati ilham yang kelihatan kusut dimataku.
"kenapa?" soalku sebaik saja berhenti disebelahnya.
ilham mengeluh kecil. satu tangannya sibuk menatal isi dokumen dalam komputer menggunakan mouse. sebelah lagi menompang dagu.
"serabutlah." mouse tadi dilepaskan. kedua tangannya diletakkan dikedua belah penyandar untuk lengan.
"serabut kenapa? nak wife buat apa?"
spontan aku ditarik dan terjatuh diatas ribanya.
"ish! kenapa abang ni?" marahku sambil cuba bangkit namun ditarik kembali oleh ilham. dagunya diletakkan diatas bahu kananku.
"sekejap je. abang tengah serabut ni."
"nanti pekerja abang nampak, macam mana?"
"kalau diaorang nampak, itu diaorang punya pasallah. lagipun, abang dah bagi peraturan ketuk pintu sebelum masuk--"
"ilham, datin seri... oh! i'm so sorry!"
laju aku bangkit dari terus terduduk diatas peha ilham. pipi aku kembungkan menghilangkan rona yang sudah berubah diwajahku.
ilham juga turut bangkit sama dan keluhan dihela kasar. matanya dipejam rapat buat sesaat sebelum dibuka. tajam matanya memandang susuk tubuh melissa yang masih berdiri statik ditengah-tengah bingkai pintu.
"saya dah cakap, ketuk pintu! ketuk pintu sebelum masuk! mana pergi etika awak? sekolah dulu cikgu tak ajar ke? where is your manner?"
terhinjut bahu aku tatkala suara ilham meninggi. ilham ni bukan saja degil tapi panas baran orangnya.
"abang--" aku merangkul lengan ilham cuba menenangkannya.
"saya ni bos awak dan awak pula pekerja saya! tak tahu nak hormat orang ke?"
dapat aku lihat wajah melissa kini menunduk menekur lantai.
"i'm sorry, tuan ilham."
"sorry to yourself! get out!"
laju melissa berlari keluar dari situ sebaik saja pintu ditutup rapat.
"abang." aku seru sekali lagi. tubuhnya aku tolak lembut agar ilham terduduk kembali. bahunya aku pijat lembut.
"mungkin dia tak sengaja--"
"wife... please not now." tanganku tadi ditolak. tak kasar tapi cukup mengores hati aku.
"wife tahu abang tengah marah sekarang ni." kataku sambil melangkah mendekati sofa dimana beg tanganku berada. mangkuk bertingkat juga aku capai sama.
"wife balik dulu. jangan balik lewat nanti." tokokku sebelum berlalu keluar.
"wife." serunya membuatkan aku mati langkah.
"it's okay. wife tak ambil hati pun. abang sambung buat kerja. nanti bila wife dah sampai, wife mesej. assalamualaikum." usai itu, aku terus keluar tanpa menanti jawapan daripadanya.
ilham berdehem buat sekian kalinya. bukannya aku tak tahu ilham cuba nak tarik perhatianku. aku pula buat tak tahu sambil tenung skrin telefon.
ilham berdehem lagi tapi kali ini sengaja dia besarkan bunyi dehemannya.
"hauslah tekak ni. rasa macam nak minum kopi--"
belum lagi ilham habis kata, aku dah bangkit dari sofa. kaki aku atur masuk kedalam dapur. marah aku pun, aku tak tega nak ingkar arahan ilham. tak adalah marah mana pun. saja nak mengedik.
sedang aku asyik membancuh air kopi, terasa dua lengan membaluti dipinggangku dan dagunya pula diletakkan diatas bahu kananku. siapa lagi kalau bukan ilham?
aku hanya biarkan kelakuannya itu. sengaja nak bagi silent treatment. biar dia belajar agar marah dia tu tak boleh ditempias dekat orang lain.
"wife... abang rasa macam nak manjalah malam ni. boleh tak?"
aku mengunci mulut. rasakan!
"wife." serunya lagi. aku masih membisukan diri.
siap saja membasuh, aku rungkaikan lengannya dan berlalu kearah sinki untuk menyuci sudu yang aku guna untuk gaulkan air kopi tadi. sesudah itu, air kopi didalam cawan aku bawa kearah ruang tamu semula. dapat aku rasakan susuk tubuh ilham membontoti langkahku dari belakang.
telefon bimbit yang aku letak diatas sofa aku capai sebelum berlalu masuk kedalam bilik perkongsian kami namun laju saja tangan ilham menangkap lenganku dan sejurus membuatkan aku terduduk diatas sofa bersebelahan dengannya. tangannya mula menjalar masuk kedalam tanganku. digenggam erat tanganku. manakala sebelah lagi mencapai cawan dan dihirup perlahan.
"kalau nak cakap, cakap jelah. tak payah nak pegang tangan." geramku sambil cuba merungkaikan genggamannya.
cawan yang bersisi separuh air kopi diletak kembali diatas meja dan wajahnya dipalingkan menghadap aku.
"ni merajuk betul ke merajuk nak mengedik?"
cis! ketara sangat ke? susah betul kalau ada suami yang kejap tangkap perangai kita ni. silap-silap minyak wangi yang crush dia bagi dulu yang kini aku dah buang, itu pun dia dah tahu awal. tak boleh jadi ni!
"wife, taknak cakap dengan abang ke? penat tadi pun belum habis lagi lepastu balik rumah tengok wife nak tak nak je layan abang. yalah, siapalah kita ni kan?" seraya itu genggamannya dilepaskan.
aik? siapa yang harus merajuk sebenarnya ni? aku nak merajuk pun dia sekali nak ikut juga. gedik!
"sibuklah dia ni! cakap kita yang gedik padahal dia lagi gedik... nak mampus!"
"aip! apa cakap macam tu dekat abang? nak join sekaki ke title isteri derhaka?"
ini yang buat aku malas kalau bertekak dengan ilham. asyik-asyik cakap pasal isteri derhaka. nanti jadi suami derhaka baru tahu! eh, ada ke?
"yalah. maaf." ucapku acuh tak acuh.
"ikhlas ke tak ni?"
aku menjengkil mata kearahnya. nasib baik suami.
"wife minta maaf sebab tak layan abang. tapi, abang pun buat salah dekat wife juga tau!"
ambik kau!
"kan elok cakap terus-terang macam tu. ni tak adalah abang kena fikir macam mana nak tarik balik perhatian wife."
aku memutarkan bebola mataku.
"aip! tadi dah minta maafkan?"
aku mengetap rahang. kelopak mata aku kecilkan. rasa nak cekik je leher ilham tu.
"so?" soalnya lagi. aku mengerut dahi.
"so?" aku soal kembali.
ilham menarik semula tangan aku dan dikucupnya tanganku. naik roma bulu aku tengok ilham ni.
"abang request nak minta manja tadi--" laju aku merungkaikan pegangan tangan kami.
"besok abang ada meetingkan?" usai itu, terus aku pecut masuk kedalam bilik perkongsian kami. kalau lambat seminit tadi, memang entah apa yang jadi. bukan boleh percaya pun ilham tu. dah 5 tahun tinggal sama dan 5 tahun juga aku kena hadap perangai miang dia. alahai!
ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.
YOU ARE READING
bukan yang sempurna ©
Romance"tiada benda yang bernilai didunia ni selain wife. kekurangan wife, abang tetap akan terima sebab dimata abang, wife adalah wife yang sempurna. jadi abang nak wife selalu ada disisi abang untuk melengkapi kekurangan abang." draft; 28th july 2021. st...