08

185 25 0
                                    

ᵇᵘᵏᵃⁿ ʸᵃⁿᵍ ˢᵉᵐᵖᵘʳⁿᵃ

perasaan ku kini bercampur-baur. bahagia, marah, sedih, semuanya jadi satu. pagi tadi ilham desak untuk bawa aku pergi ke klink. awalnya aku berdegil taknak dengar tapi, bila umi dan ayah sekali masuk campur, kenalah ikut cakap.

pagi itu aku diberitahukan berita yang gembira. ya, aku disahkan hamil. usia kandunganku baru mencecah 3 minggu. banyak juga saran yang diberi oleh doktor padaku tadi.

akhirnya penantian kami selama 5 tahun menjadi. impian yang aku mahukan selama ini tercapai. betullah kata orang, sab'r is bitter but the result is sweet.

sekarang aku tak perlu cemburu lihat pasangan suami isteri keluar berdua sambil memimpin tangan anak mereka. cuma aku tak tahu hala tuju hubungan perkahwinanku bersama ilham.

kalau benar ilham ingin melepaskan aku, aku redha. kalau nak dibandingkan dengan melissa, wanita itu lebih cantik dan sempurna daripada aku. aku banyak kekurangan dan wanita itu melengkapi semua yang wanita inginkan. tak hairanlah kalau ilham juga turut menaruh perasaan kepada wanita itu.

aku tersentak bilamana ada dua lengan kekar memelukku dari belakang. dagunya diletakkan diatas bahu kanan aku. sekarang aku baru faham kenapa aku mudah sensitif dan mudah menangis dengan hal kecil.

"abang happy akhirnya wife mengandung. bukannya abang tak happy sebelum ni. tapi, kali ini abang terlebih happy. kalau wife masih marahkan abang lagi, abang harap wife jaga kesihatan. abang tinggalkan wife dekat sini dengan umi dan ayah. habis je kerja, abang datang sini balik."

baru aku teringat sesuatu. sekejap lagi ilham kena pergi ke selangor, atas urusan kerja. mungkin? aku jadi malas nak mahu tahu. tapi hati aku menjerit ingin tahu semuanya.

"kalau rindu, wife mesej atau call je terus. kalau nak makan buah mempelam, abang dah siap panjat tadi. ada dekat dapur tapi, jangan makan banyak sangat. not goods for our baby." tambahnya sambil mengusap perut aku yang masih kempis.

ilham memalingkan tubuhku menghadapnya. aku menunduk dari bertembung matanya dengannya.

"bila abang balik nanti, abang akan betulkan semuanya. abang akan pastikan hidup kita sama seperti dulu. abang cintakan wife. tak ada perempuan lain selain mama."

ilham melutut dihadapanku dan pinggangku dipeluk erat sambil telinga kirinya dilekapkan kearah perutku.

"baby jaga umi elok-elok. jangan buat umi sakit. walid always love you."

malam mula melabuh tirai namun mataku masih tak mahu terlelap. ini semua sebab ilham. katanya dia akan mesej aku bila dia dah sampai. tapi, sampai sekarang tak ada mesejnya.

aku mengeluh berat sebelum bangkit dari katil dan menyandar dikepala katil. perutku yang kempis itu aku usap lembut. sesekali aku pandang telefon bimbit yang berada diatas meja bersebelahan dengan katil.

memikirkan itu, hati aku jadi hampa. jarang ilham buat perangai macam itu. fikiranku mula memikirkan hal-hal negatif.

bunyi deringan telefon bimbitku menyentak lamunanku. laju aku capai telefon dan terus aku jawab tanpa melihat nama panggilan tersebut.

"hello?"

aku mengerut dahi. segera aku melihat nama panggilan tersebut. tertera nama ilham diatas skrin. aku lekapkan kembali telefon kearah telinga.

"hello? ab... abang?"

masih lagi diam.

"abang... kenapa abang diam ni? abang dekat mana tu? dah sampai selangor ke? kenapa tak hantar mesej? wife tunggu lama tadi. abang--" teresak-esak tangisanku.

bukan yang sempurna ©Where stories live. Discover now