ᵇᵘᵏᵃⁿ ʸᵃⁿᵍ ˢᵉᵐᵖᵘʳⁿᵃ
sudah seminggu berlalu tetapi ilham tak pernah menelefon mahupun hantar pesanan buat aku. pengakuan dari melissa malam itu membuatkan aku tak lena tidur. puas aku menelefon ilham namun tak berangkat. puas juga aku menghantar pesanan namun tak berbalas.
"ira, tadi ilham ada telefon ayah--"
"ilham telefon ayah?" cantasku. berkerut dahi aku dengan seribu satu pertanyaan. ayah mengangguk sebelum melabuhkan punggung disebelahku.
"ilham... kata apa?" soalku lagi sejurus mengalihkan pandangan kearah kaca skrin television. pura-pura bahwa aku tak berminat walhal aku tahu disebaliknya.
"dia tanya khabar umi dan ayah je."
"itu je?" naik seoktaf nadaku.
ayah mengangkat kening sebelah. pelik dengan sikapku.
"hah, itu jelah. tak akan nak tanya ayah dah mandi ke, dah makan ke, dah minum ke." perli ayah.
amboi! ayah sejak aku mengandung ni kuat memperli. kekadang sampai aku hairan siapa yang mengandung sebenarnya. umi, sekaki dengan ayah.
"maksud ira, tanya pasal ira." dah serupa orang desperate pula lagak aku disebelah ayah.
ayah mencebik lagak seperti tengah berfikir. haih! benda tu pun kena fikir juga ke?
"ada tak?" soalku lagi.
"rasa-rasanya..."
"rasa-rasanya?" terjongket kedua keningku menanti bicara ayah.
"rasa-rasanya umi ira panggil ayah tadi." usai kata, ayah terus berlalu dari ruang tamu.
aku pula membuat muka monyok. ayah ni sejak bila pandai mengusik? terasa pula macam aku dipinggirkan. sudahlah ilham tinggalkan aku... eh, tak! aku sendiri yang nak ilham tinggalkan aku. sekarang ni aku juga yang rugi. rugi menanggung rindu.
bila hari dah menjelang malam, aku buat keputusan untuk tak berhenti telefon ilham sehingga terjawab. selesai saja meletak lotion dikedua lengan, aku mencapai telefon diatas katil sebelum aku sandarkan belakang kearah kepala katil.
nama ilham didalam contact number aku tekan lalu aku lekapkan kearah halwa telinga sambil menggigit hujung kuku, menanti jawapan. beberapa minit menanti, masih juga tak berangkat. aku ulang benda yang sama sehingga aku hampir tertidur namun sebaik saja kelopak mataku tertutup, aku terdengar suara ilham.
"i'm miss you." dan suasana pun menjadi gelap-gelita.
"betul ni taknak umi dengan ayah temankan?" soal umi ingin kepastian dari aku.
"tak apa umi. ira boleh pergi klinik sendiri. umi dengan ayah pergilah majlis tu nanti lambat pula diaorang tunggu. ayah dengan umikan vip." selorohku.
"betul ni?" soal umi lagi.
"betul umi. pergi jelah, ayah dah tunggu dekat kereta tu. nanti umi lambat, membebel pula ayah."
"yalah, yalah. hati-hati dan telefon umi atau ayah kalau ada apa-apa."
"baik umi."
usai itu, umi terus berlalu keluar dari rumah sebelum masuk kedalam perut kereta milik ayah. sesaat, aku mengeluh selepas saja kenderaan mula hilang dari pemandanganku.
selang beberapa minit kedengaran bunyi horn kereta dari luar. laju aku mencapai beg dan menuju kearah teksi yang aku tempah tadi setelah memastikan pintu rumah berkunci.
YOU ARE READING
bukan yang sempurna ©
Romance"tiada benda yang bernilai didunia ni selain wife. kekurangan wife, abang tetap akan terima sebab dimata abang, wife adalah wife yang sempurna. jadi abang nak wife selalu ada disisi abang untuk melengkapi kekurangan abang." draft; 28th july 2021. st...