10

217 11 1
                                    

ᵇᵘᵏᵃⁿ ʸᵃⁿᵍ ˢᵉᵐᵖᵘʳⁿᵃ

"mak long, lama lagi ke pak long nak balik? luna bosanlah tak ada pak long." soal luna. disebabkan iman kena pergi perjanjian checkup untuk lana, terpaksa luna diserahkan pada aku untuk sementara waktu.

aku mencebik mendengar bicara luna. bosan? aku yang terpacak dekat sebalah dia ni, mana dia tengok pun. yang dia tahu pak long dia je.

"kejap lagi baliklah pak long kesayangan luna tu." tekanku sambil mengusap perutku yang kini sudah mencecah 7 bulan.

sepanjang 7 bulan banyak juga perangai kebudak-budakan ilham yang kena aku layan. kekadang pukul 3 pagi ilham bangunkan aku sebab nak minta makan yang dia idamkan. entah siapa yang mengandung sebenarnya ni.

dan sepanjang 7 tahun juga iman cuba berbaik dengan aku. dia buat semua perkara yang menyakitkan hati aku dulu tu atas tak ada alasan apa-apa. walaupun aku tak puas hati tapi aku bersyukur juga. akhirnya iman boleh terima aku sebagai kakak ipar dia. yalah, dah ada suami dan 2 anak kenalah jaga perangai.

beberapa minit kemudian luna mengerang dan membaringkan kepala batunya itu diatas ribaku. pernah juga luna tertidur atas pehaku sehingga kebas, itu menyebabkan aku panggil dia kepala batu.

"bosanlah mak long." adu luna.

"kalau macam tu apa kata kita masak untuk pak long. kejap lagi pak long baliklah tu."

"okey, jom!" terus luna melompat diatas lantai dan laju saja kaki pendeknya itu berlari masuk ke dapur.

aku pula hanya berjalan perlahan. laju-laju nanti takut terberanak awal pula. astaghfiruallah!

"kita nak masak apa mak long?"

"mhm, kita masak... pasta and buat cupcake. nak?"

"nak, nak!"

beberapa jam kemudian, hasil masakkan kami pun selesai dan sudah terhidang diatas meja makan. hanya menanti kedatangan ilham saja. selang beberapa saat, bunyi lonceng kedengaran dan orang pertama yang memecut kearah pintu adalah luna. hyper semacam je luna ni.

"pak long!" jerit luna sejurus melompat-lompat minta ilham mengendongnya.

"luna! bila luna sampai sini? mummy luna tak cakap apa-apa pun."

"tadi tengah hari."

ilham melepaskan luna dan membiarkan luna berdiri diatas lantai sebelum datang mendekati aku. baru saja bibirnya hendak melabuh diatas dahiku namun luna menolak kami berdua.

"aip! mana boleh cium! pak long kan dari luar, kenalah mandi dulu. luar tukan banyak corona. apalah pak long ni."

aku tertawa kecil. kesian aku tengok muka ilham yang memerah menahan malu.

"jomlah pak long. luna lapar ni. tadi mak long ajar luna masak cupcake."

"betul ke?"

aku hanya tersenyum. lagak macam aku dah tak wujud bila mereka berbicara empat mata.

aku mencari kelibat ilham yang kini sedang terduduk diatas sofa dengan santai sambil telefon melekap ketelinga.

"okey, okey. thank you aizad. aku cuma boleh harapkan kau. nak harap iman, melingkuplah company aku. okey... hm, waalaikumsalam."

"abang call siapa?" soalku sejurus melabuhkan punggung disebelah ilham.

"aizad. abang nak dia jaga syarikat abang untuk 5 bulan. nak suruh iman jaga, bukannya dia reti pun. nak suruh papa, lagilah papa taknak urus. papa tu semenjak serahkan semua syarikat diatas jagaan abang, papa taknak terlibat lagi dah. sebab nak spend time dengan mama."

bukan yang sempurna ©Where stories live. Discover now