05

165 32 0
                                    

ᵇᵘᵏᵃⁿ ʸᵃⁿᵍ ˢᵉᵐᵖᵘʳⁿᵃ

usai saja membasuh mangkuk tiga tingkat, aku mengambil keputusan untuk masuk kedalam bilik. kepala aku tiba-tiba saja pening dan aku juga rasa mual.

telefon aku capai dan mesej ringkas aku hantar kepada ilham hanya sekadar mengatakan aku sudah sampai kerumah. sudah itu, aku baringkan seluruh tubuhku diatas katil.

perbicaraanku tadi bersama melissa mula bermain dikotak fikiranku. aku keliru dan gelisah dalam masa yang sama.

sedang aku asyik membelek beg tangan untuk mengambil kunci kereta, tak semena-mena tubuhku terlanggar satu susuk tubuh.

"maaf, maaf. awak okey?"

"it's okay... alya?"

"eh? melissa... awak buat apa dekat sini?" soalku pelik. memanglah pelik. waktu lunch dah habis dan sepatutnya semua pekerja ilham dah boleh mulakan tugas mereka. tapi, melissa pula ada dibahagian parking.

"oh! this! tertinggal dalam kereta tadi." kata melissa seraya mengangkat sebuah fail berwarna merah.

aku mengangguk faham.

"kalau macam tu, saya balik dulu." tiba-tiba teringat peringatan ilham.

jumpa saja kunci kereta aku terus menekan punat unlocked. baru saja hendak membuka pintu, melissa menghalangku.

"ya? ada apa?"

melissa tersenyum kecil sebelum dia berpeluk tubuh.

"you mesti sayang sangat dengan husband you tu kan?"

aku mengerut dahi.

"pardon? maksud awak?"

"i bukan apa... kita ni perempuan tak boleh seratus peratus percayakan lelaki. no offense, but, boleh jadi husband you tu main kayu tiga dibelakang you."

semakin berkerut dahi aku. sekarang baru aku faham kenapa ilham tak benarkan aku dekat dengan melissa. tapi persoalannya, kenapa dia cakap macam tu?

"awak sedar tak siapa dengan awak cakap sekarang ni?" aku menggengam penumbukku dengan erat.

"yes, i sedar dengan siapa i bercakap sekarang. i cakap benda ni bukan saja-saja. i harap you faham apa yang i cakapkan tadi. i have to go. bye alya."

aku hanya memandang susuk tubuh melissa yang perlahan menghilang dari pandangan mataku.

cubitan dihujung hidungku mengganggu lenaku. sejurus itu, mataku terus aku buka dan terlihat ilham tersenyum lebar memandang aku. entah mengapa aku rasa sakit melihat senyuman itu.

"wife, kenapa ni?" soalnya risau sebaik saja terlihat air mataku mula bertakung ditubir mata.

"kenapa ni? abang ada buat salah ke?"

kepala aku gelengkan sebelum tubuh aku bangkitkan dan menyadar dikepala katil. tiba-tiba pula aku sensitif malam itu. aku terjerat dengan rasa marah dan rasa bersalah.

marah sebab apa yang dibualkan oleh melissa petang tadi. rasa bersalah kerana fikir yang bukan-bukan terhadap ilham. bukankah dosa seorang isteri jika fikirankan yang bukan-bukan terhadap suaminya?

"wife nak minta maaf."

"maaf sebab apa? wife tak ada buat salah pun." ilham menyapu air mataku.

mana mungkin ilham berlaku curang dibelakangku. tapi, entahlah mengapa perasaan itu boleh hadir mendadak.

bukan yang sempurna ©Where stories live. Discover now