CHAPTER 2: Second Chance

176 15 1
                                        

"Kau okaykah? Kenapa dari tadi kau senyum-senyum? Kau ada boyfriend baru?" Hairan si Kath nampak si Kim, dari tadi asyik senyum ja. Nampak cicak mengawan di siling pun senyum.

"Tiadalah. Mana bulih kasitau." Mau tidak saja dia layan si Kath. Padahal dia yang suruh si Kath datang pergi rumah sewa dia.

Sejak si Kim putus sama si Davy dulu, dia mula tinggal berasingan dari parents dia dan pindah keluar cari rumah sewa sendiri. Dia sebenarnya malu dengan parents dia. Yalah, 50% dari belanja kahwin tu semuanya datang dari parents dia, selebihnya dari si Davy. Masa tu umur si Kim baru 23 tahun. Baru setahun kenal si Davy pun parents si Kim sudah berabis suruh dorang kahwin. Tapi gara-gara si Davy buat hal semuanya hancur. Duit kahwin belanja dapur semua hancur. Bayangkan tetamu yang sepatutnya datang bagi memeriahkan majlis perkahwinan dorang cuma datang untuk makan tanpa melihat pasangan bersanding.

"Oh, pandai sudahlah kau berahsia kan.. tidak apalah, nanti saya balas." Jelingan maut si Kath bagi.

"Ee, malas saya kau. Kalau saya kasitau nanti saya takut kau marah." Selepas putus sama si Davy, si Kath lah orang yang paling benci sama si Davy. Dia nampak macamana si Kim bahagia, dia juga nampak macamana si Kim hampir bunuh diri gara-gara ni lelaki.

"Apa juga yang saya mau marah? Lainlah kalau kau pi kacau laki orang." Automatik mata si Kim tengok si Kath lepas dengar dia cakap macam tu. Kacau laki orang? Eh, jauh!

"Tidaklah. Nantilah saya bagitau kalau saya sudah sedia k.." si Kim sekadar senyum tawar. Pada pandangan si Kath, si Kim tidak pernah pun berahsia sama si Kath, kalau ada apa-apa si Kath lah orang pertama yang si Kim akan cari, biarlah benda happy, benci atau memalukan, semuanya dia kasih cerita sama si Kath.

"Okay." Masing-masing dorang balik tengok handphone sendiri. Si Kath macam biasa sedang melayan K-drama, si Kim pula macam biasa makin sibuk berwhatsapp sama si Davy.

Davy: "Jangan dululah bagitau si Kath yang kita keep in touch. Yalah, I know I made mistake, let me fix all of it first, okay?"

Kim: "Don't worry. I can't wait to see you. I really miss you, darling.."

Davy: "Soon. Tunggu saya balik KK."

"Yay!!!!!" Tiba-tiba si Kim teriak happy sampai si Kath terkejut.

"Aik, lain kau ni tau. Kau ada boyfriend baru ni kan?" Si Kath meneka.

"Ah, tiadalah." Si Kim bangun dari sofa tempat dia duduk lepas tu dia masuk dapur. Baru dia mau buka tu plastik Mi Sedap terus dia cancel. Teringin pula dia makan di luar saja.

Dia masuk dalam bilik terus bungkar balik tu laundry basket dia. Dia pakai balik tu seluar jeans dia yang entah ke berapa kali sudah pakai balik tanpa cuci. Lepas tu ambil T-shirt biru size XXL. 'Hm, tidak payahlah pakai mekap, bukan orang jatuh cinta juga,' fikir si Kim.

"Darling, jum keluar pi makan, saya belanja. I laparlah." Si Kim ambil tu dompet pink dia di meja dengan kunci kereta Vios dia.

"Amboi, berdarling-darling kau ah, tidak pernah pun kau panggil saya darling, silap orang kau ni," si Kath bangun kasih bagus tu hairbun dia.

"Hish kau ni. Panggil darling pun salah, yalah saya panggil kau Kathleen." Full name terus si Kim panggil si Kath.

"Yalah tu, KIMBERLY!"

°°°°°°°
"Kau tengok bah tu lelaki di kaunter, dari tadi tengok kita makan. Janggal betul saya rasa." Si Kath terus ampai tu garfu dia, tidak mood terus dia layan tu Chickenchop dia.

"Hm, biasalah nampak orang cantik." Si Kim makan tu Fries yang tinggal beberapa batang lagi. Tu Lambchop sama extra Chickenchop sudah dia telan habis. Biasalah, dia selalu duluan kasih habis makanan dari si Kath. Si Kath macam biasa baru dua tiga suap tapi si Kim sudah habis makan.

OBSESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang