CHAPTER 1: Hope

212 25 2
                                        

DUA TAHUN KEMUDIAN

"Oi gumuk! Bangun! Jam 10am sudah ni, bangun!!!"

"Ala, hari ni kan cuti.. buat apa mau bangun awal." Si Kim malas buka mata dia. Berat bahu memikul, berat lagi mata dia mau buka.

"Bangun! Oiiiiii gumukkkkk!"

"Yalah yalah yalah!" Teriak si Kim dengan geram. Dia memaksa diri dia untuk bangun. Perlahan-lahan dia membuka mata.

Jantungnya berdegub laju. Matanya tengok sekeliling. Rupanya dia hanya bermimpi.

"Kitai punya mimpi. Cubalah panggil saya gumuk lagi." Geram Kim.

Dia mencapai handphonenya untuk melihat jam. Tepat jam 6.00am.

'Eh, ngantuknya.' Kim meletakkan semula handphonenya dan meneruskan semula tidurnya dengan harapan bermimpikan mimpi-mimpi indah.

°°°°°°
"Kau rasa dia masih sayang sayakah?"

"Entah." Jawab si Kath pendek. Bosan sudah dia soalan sama si Kim yang balik-balik sudah berulang.

"Kau rasa bah..." tinggi betul harapan si Kim supaya si Kath kasih iya saja.

"Tidak!! Kalau dia sayang kau tidaklah dia curang sama kau. Berapa kali saya mau cakap, kenapa kau belum move on lagi ni? Ko tidak sakit hatikah nampak dia sama girlfriend dia?" Bukan satu dua kali si Kath nampak si Kim stalk girlfriend si Davy yang bernama Lisa di Facebook, entah berapa ratus kali sudah si Kim stalk tapi tidak juga dia pandai bosan.

"Saya tau dia masih sayang saya. Kau pun nampak kan dia masih pakai tu kasut Nike yang saya bagi." Muka si Kim sedih betul. Teringat dia gambar si Davy pakai kasut Nike yang si Lisa post di FB.

"Memanglah dia masih pakai, takkanlah dia mau buang? Mahal pula tu kau beli."

"Kenapa dia tidak buang saja? Dia kan ada girlfriend lain?"

"DUA tahun sudah Kim, DUA tahun! Dia pernah call kau? Pernah cari kau? Tidak!"

"Yalah, saya tunggu juga ni." Si Kim kasih habis hirupan terakhir Mee Soup Kuning dia.

"Aik, cepat juga kau habis? Saya baru habis tiga sudu?" Terkejut si Kath nampak Mee Soup si Kim yang sudah habis. Si Kim ni memang dari dulu kuat makan, tulah tidak pandai kurus.

"Hehe, saya lapar. Tapi, kau kasih sejuk dulu hati saya bah, kau rasa si Davy masih sayang saya?"

"Tidak! Cukup. Saya mau makan dulu ni. Geram betul si Kath. Pasal soalan buduh si Kim yang berulang-ulang, hilang terus selera dia makan. Dalam diam, dia kesian juga nampak si Kim yang masih mengharapkan si Davy balik sama dia.

Si Kim tidak pernah berputus asa dengan harapan supaya si Davy balik sama dia. "Kath, apa patut saya buat supaya si Dave balik sama saya?" Soalan tu bermain di kepala si Kath, dia betul-betul berharap supaya si Kim betul-betul sedar dari gila bayang dia. Dia betul-betul kesian sama si Kim yang terlalu gilakan si Davy. Entah apa yang hebat betul si Davy di depan mata si Kim.

°°°°°°°
Lisa Keith.

Entah berapa ratus kali sudah si Kim search tu nama si Facebook. Pasal terlalu desperate mau stalk life si Davy, dia terpaksa buat fake account untuk stalk facebook si Dave dan Lisa.

Dia perhati satu-satu album couple si Lisa sama si Davy. Mesra betul dorang berdua siap celebrate tunjuk gambar bunga Rose yang si Davy bagi sama si Lisa lagi sempena Valentine.

"Kenapalah, dulu pun si Davy selalu bagi saya bunga bah." Terdetik perasaan cemburu yang membuak-buak dari hati si Kim. Dalam hati dia, dia tau dia akan cemburu melihat semua tu, tapi dia tidak dapat melawan daripada tidak melihat perkembangan si Davy sama girlfriend 'kesayangan' dia. Ceh! Apa kurang saya dari si Lisa? Yalah, saya tau saya gemuk, tapi kalau saya kurus pasti ramai lelaki yang mau saya bah! Tapi macam mana saya mau kurus kalau saya suka makan, fikir Kim.

OBSESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang