"Darling, I'm hungry, mari kita pergi makan di favourite cafe saya?" Manja betul suara si Kim. Dia sama si Davy berjalan keluar dari rumah si Kim menuju ke tempat parking kereta. Sudah menjadi rutin hujung minggu dorang spend time sama-sama di rumah si Kim.
"Di Luyang sana tu?" Si Davy minta kepastian. Selalunya si Kim yang tapau makanan dari luar, sebab dia lagi suka spend time berdua sama si Davy di rumah. Lagi pula dia tidak mau relationship dia sama si Davy kedapatan oleh si Kath atau family member dia.
"Hm, tidaklah. Bila masa saya suka makan si sana? Silap orang kau ni." Si Kim mula tunjuk merajuk, langkah dia pun terhenti.
"Oh, sorry." Entah kenapa pula tiba-tiba perkataan Luyang yang keluar dari mulut dia, padahal dia sendiri tidak pasti di mana tempat favourite place si Kim.
"Mesti tempat si Lisa punya tempat favourite tu kan?" Tiba-tiba si Kim rasa panas.
"Aik, kenapa pula dia? Bah, marilah kita jalan." Si Davy tarik lembut tangan si Kim, tapi si Kim masih tunjuk tidak puas hati. Dia malas mau kasih besar hal, kebelakangan itu si Kim selalu ungkit pasal si Lisa.
"Kau terus terang sama saya, kau masih sayangkah tu perempuan?" Kembang kempis sudah lubang hidung si Kim. Tiba- tiba ada perasaan yang terlampau jealous betul.
"No. Now let's go atau saya balik." Si Davy bilang. Mau tidak mau si Kim ikut juga dia naik kereta. Dalam hati masih tidak puas hati sebab tidak dapat kasih lepas amarah dia.
°°°°°°
"Ala boss, besok saya cuti. Boss lupa sudah yang besok saya cuti? Boss sudah approved cuti saya dari minggu lepas lagi kan?" Si Kim senyum lebar ke arah boss Fina."Oh yakah? Hm, kalau macam tu tidak apalah. Nanti suruh si Amy assist saya besok." Arah boss Fina. "Oh kejap, yang ni saya mau kamu tolong fax sama Sirap Enterprise." Boss Fina serah lima helai kertas A4 kepada si Kim selepas sain kertas tu.
"Ok boss. Ada apa-apa lagi boss?" Macam biasa sebelum keluar dari bilik boss, si Kim mesti tanya dulu supaya tiada kerja last minit dari boss. Maklumlah dia mau cuti hari besok, nanti tiba-tiba terpaksa jawab call boss kalau ada apa-apa penting.
Lama Boss Fina tenung si Kim sebelum menjawab pertanyaan si Kim. "Kau nampakkah tu nasi di baju kau?"
"Huh?" Cepat-cepat si Kim tengok dada dia. Adalah dalam lima butir nasi bertapak di baju dia. Lepas tu cepat-cepat si Kim ambil tisu dari seluar slack dia terus dia lap tu nasi. "Sorry boss, kelam kabut saya lunch tadi." Malu betul si Kim. Gara-gara mau fikir apa dia mau makan sama si Davy besok, semua hal jadi kelam kabut.
"Emm, makan-makan juga. Penampilan kamu kena jaga, kamu tu selalu jumpa client kan." Boss Fina bercakap selamba sambil melihat tu kertas-kertas yang perlu diperiksa di dalam fail.
"Ok boss..hihi.." Sempat si Kim ketuk dahi dia sebelum keluar dari bilik boss. 'Ee malu betul, sudahlah dulu butang yang tercabut, sekarang nasi lagi', geram betul si Kim.
°°°°°°
Hari ini genap sebulan si Kim sama Davy bersama. Si Kim sengaja ambil cuti hari ini supaya dia dapat spend time sama si Davy. Dia sengaja tidak contact si Davy untuk mau tengok kalau si Davy ingat Monthsary dorang atau tidak. Kalau dulu, Monthsary tu wajib dorang buat. Hari-hari penting seperti Birthday dan Anniversary adalah wajib diingati dan harus celebrate bagi si Kim. Si Davy sudah masak dengan perangai si Kim yang itu, kali ini mustahil si Davy lupa fikir si Kim.Saja si Kim order banyak makanan dari luar. Pizza ada, KFC bucket ada, kek pun ada. Semua favourite si Kim. Selepas siap dia prepare semua makanan, dia pun bersedia pergi mandi.
Tepat jam 12pm, si Davy belum lagi contact dia. Mula ada perasaan merajuk yang timbul sama si Kim. Balik-balik dia tengok skrin handphone dia. Mood dia pun mau hilang sudah.
YOU ARE READING
OBSES
RomanceKim sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula cinta hati dia si Davy biarpun sudah ditinggalkan oleh si Davy. Dia percaya bahawa si Davy cuma terpedaya dengan godaan perempuan lain dan percaya bahawa si Davy masih menyayanginya. Bagaima...