Chapter 5: Moment of truth

178 18 0
                                        

"Apa sudah kau buat ni??? Astaga!" Si Kath cepat-cepat ambil tu lebihan pil tidur di tangan si Kim. Yang lain si Kim sudah telan. Tidak tau dari mana si Kim dapat.

"Jangan peduli saya! Saya tidak mau hidup lagi! Kau tau saya tidak sanggup hidup tanpa dia kan.. kau tau saya betul-betul sayang dia kan.." si Kim bercakap dalam tangisan.

"Mari kita pi hospital, jangan kau buat begini, please... ingat parents kau, ingat semua orang yang sayang kau.." si Kath cuba tarik tangan si Kim tapi tidak dapat disebabkan badan si Kim yang berat. Dia bingung apa yang harus dia buat selepas nampak keadaan si Kim. Cepat-cepat dia ambil handphone mau call 911.

"Jangan kau call siapa-siapa!" Belum sempat si Kath dial nombor, cepat betul tangan si Kim rampas tu handphone di tangan si Kath, dia terus baling tu handphone di dinding sampai terbelah dua tu handphone.

"I don't care! Tiada orang sayang saya! Kenapa saya perlu hidup, saya tidak sanggup hidup macam ni.." semakin kuat tangisan si Kim. Tapi si Kath tidak putus asa, dia cepat-cepat kasih masuk tu jari dia di dalam mulut si Kim supaya si Kim termuntah, tapi si Kim cuba mengelak.

"Please Kim! Jangan bodoh pasal tu lelaki! Saya tidak mau kau mati!!!!" Si Kath cuba lagi guna sebanyak-banyak tenaga dia kasih masuk jari dia di mulut si Kim. Kali ni si Kim tidak dapat lawan, si Kath cucuk anak tekak si Kim sampailah si Kim termuntah. Akhirnya terkeluar juga tu biji-biji pil dari mulut si Kim. Si Kath terkejut sebab banyak betul pil yang si Kim sudah telan. Si Kath ambil tu air mineral, kemudian dia bagi si Kim.

"Minum." Si Kim geleng kepala dia tidak mahu. "Minumlah.." akhirnya si Kim minum juga. Siap saja si Kim minum, si Kath cucuk lagi anak tekak si Kim sampailah si Kim termuntah kali kedua. Kali ni muntah si Kim cuma tu sisa-sisa makanan, barulah si Kath lega. Si Kath pun terduduk lega di samping si Kim. Si Kim cuma menangis teresak-esak tanpa bercakap lagi.

"Kim, kita masih muda.. masih jauh lagi perjalanan kita. Kau lupa sudah apa kita pernah plan sama-sama? Kau janji mau travel sama-sama kalau kita masing-masing sudah kahwinkan? Kau ingat kalau kau mati saya ada kawan lainkah? Cuma kau saturang saja kawan saya. Kau untung ada parents lagi, saya tiada parents sudah. Kau cuma satu-satu anak dorang, kau ingat kalau kau mati siapa lagi yang dorang ada?" Si Kim tunduk.

"Saya tau kau sedih. Tapi janganlah kasih tunjuk yang kau lemah. Kasih bukti yang kau masih dapat terus hidup tanpa dia. Kau beruntung sebab masih ramai yang sayang kau.. saya cuma ada aunty saya yang masih sudi jaga saya." Si Kim teringat kisah hidup si Kath yang cuma ada aunty dia yang adopt dia dari kecil. Parents dia sudah lama meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. Tiba-tiba dia rasa bersalah sebab tidak bersyukur dengan apa yang dia ada.

"Kasih lupalah dia tu. Move on.." Akhirnya si Kim angguk dengar nasihat si Kath.

Itulah kejadian dua tahun yang lalu selepas si Kim baru sehari tinggal di rumah sewa dia yang baru. Nasib baiklah si Kath ada di sana masa tu.

°°°°°°
Berat betul kepala si Kim, rasa macam mau demam. Dia perasan yang si Kath masih lagi tidur di sebelah dia. Badan dia pun rasa sakit. Dia lupa sudah macamana dia boleh sampai di rumah yang semalam. Nasiblah hari ni cuti. Dia cuba bangun dari tidur untuk cari handphone dia, tapi dia tidak nampak di mana handbag dia. Dia mau kasih bangun si Kath untuk tanya, tapi dia segan pula mau kasih bangun memandangkan si Kath nyenyak betul tidur. Dia tengok jam di dinding baru pukul 6am. Dia berabis ingat balik kejadian semalam, terus dia teringat balik pasal si Davy, darah dia menyirap lagi. Terpaksa juga dia kasih bangun si Kath untuk tanya di mana handbag dia.

"Kath.. Kath.." Si Kim kasih goyang badan si Kath. Tidak lama tu si Kath terbangun.

"Hm...?" Jawab si Kath dengan suara mengantuk dia.

OBSESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang