"Kau busy betulkah sekarang? Jarang sudah kita hang out sama-samakan." Si Kath tutup mata dia sambil menikmati jari jemari yang mengurut kepala dia sambil kena shampoo.
"Adalah sikit. Biasalah kalau hujung bulan, sibuk betul saya urus bil bulanan si Boss. Lain lagi membayar anak-anak dia punya school fee. Bayar gaji maid dia semua. Bayar elektrik. Huh.." Si Kim pula request minta blonde tu rambut dia. Dia bosan sudah rebonding saja rambut. Sekali sekala mau juga tukar fashion.
"Rugi kau tidak ikut saya masuk gym, ramai oppa di sana oo.." ketawa geli si Kath. Si Kath ni tidak pernah ada special boyfriend. Pernahlah dulu dia rapat sama satu lelaki, tapi tu lelaki mata duitan betul, sikit-sikit minta reload, itu kes masa umur dorang 17 tahun, belum ada apa-apa sudah minta reload handphone. Tiada lelaki dalam hidup lagi aman dia rasa, apa lagi selepas nampak kes si Kim sama si Davy, lagilah dia tidak harap sama laki.
"I tak minat oppa. Biarlah oppa saya saturang ja." Balas si Kim.
"Amboi, ada orang diam-diam ada boyfriend oo.. share ler.."
"Tidak bah. Manalah ada. Malas mau fikir." Si Kim masih belum bersedia mau share sama si Kath pasal dia sama si Davy.
°°°°°°
"Sorry dear, this week saya kena outstation pergi KL lagi ni, next weeklah kita spend time together k.."
"Kau outstation sama siapa? Lelaki atau perempuan?" Si Kim tidak puas hati. Dia takut betul kalau si Davy mau tipu dia.
"Alone. Macam biasalah selalunya memang saya saturang outstation kan?"
"Saya hantar pergi airport?"
"Tidak payahlah. Lagipun siang flight saya kan, kau kerja masa tu."
"Saya keluar kejaplah, macamlah tidak boleh keluar."
"Okaylah kalau gitu."
Si Kim happy bila dapat hantar si Davy pergi airport nanti. Sejak akhir-akhir ini jarang betul dia dapat jumpa si Davy. Kalau jumpa pun sekejap ja. Semuanya pasal si Davy banyak urusan kerja yang mau kasih settle.
°°°°°°
"Call me when you're arrived. Jangan buat hal sudah." Si Kim peluk si Davy kuat-kuat.
"Okay, will do. Take care yourself, drive carefully. Love you.." si Davy pun masuk ke Boarding Hall sambil melambai tangan sama si Kim. Si Kim entah kenapa rasa berat hati betul mau berpisah sama si Davy. Bagi dia lima hari si Davy outstation tu lama betul. Biarpun banyak betul fikiran negatif si Kim, tapi dia tahan saja supaya tidak kasih lepas sama si Davy, dia takut nanti si Davy tidak layan dia masa dia di KL.
Kim: "Love you. Jangan buat hal." Sempat si Kim whatsapp si Davy.
°°°°°°
"Saya rasa kita patut pindah tempat sudahlah. Jangan sudah kita datang sini." Tidak jadi si Kath kasih habis tu Charbroil Steak dia.
"Haish, kenapa pula? Sinilah makanan western yang paling sedap saya pernah makan." Berselera betul si Kim makan tu pasta.
"Saya malas nampak si 'kaunter'. Cuba kau pura-pura tengok dia nanti, confirm masa tu dia pun sedang tengok kau." Si Kim terus direct tengok si 'Kaunter', memang ngam-ngam dia pun sedang tengok dorang.
"Ui, sabarlah, bukan sekarang kau tengok dia, tengok nanti ketara betul yang kita sedang umpat dia." Geram betul si Kath, tidak betul si Kim pandai membawang.
"Saya pura-pura tengok dia lah tu." Si Kim sambung makan tu pasta.
"Mana kau pura-pura. Menyesal saya kasitau kau." Si Kath cakap berbisik sambil jeling si Kim.
"Kau ni, kenapa bah kau anti betul sama dia? Jangan-jangan bejodoh kamu ni tau." Habis sudah tu Pasta si Kim makan, lepas tu dia kasih habis hirupan akhir Apple Juice dia. Lepas habis dia tengok lagi tu menu.
ANDA SEDANG MEMBACA
OBSES
RomanceKim sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula cinta hati dia si Davy biarpun sudah ditinggalkan oleh si Davy. Dia percaya bahawa si Davy cuma terpedaya dengan godaan perempuan lain dan percaya bahawa si Davy masih menyayanginya. Bagaima...
