Chapter 6: I'm not okay

192 19 1
                                        

"Hai sumandak, siapa nama?" Tanya seorang lelaki dengan kumis halus di atas bibir, dia bersama dengan tiga lagi kawan dia masing-masing tengok si Kim sama si Kath. Si Kim tengok tu sekumpulan lelaki terus bagi jelingan tajam. Si Kath pula tidak layan, dia cuma tunduk makan Nasi Lemak dia.

"Aiseh, sumbung betul oo ni dua orang sumandak. Terkahwin nanti kamu sama si 'Giant' tu nah tau." Salah seorang lelaki itu berkata sambil menunjuk lelaki gempal di sebelah meja dorang, terus masing-masing dorang ketawa. Lelaki 'Giant' itu cuma menggeleng kepala. Tambah si Kim geram, dia tengok tu lelaki gempal terus dia jeling muak lagi.

"Jahat betul bah dorang ni. Kesian tu lelaki kena kena ejek." Si Kath mula rasa kesian sama tu lelaki gempal.

"Biarlah, bukan saudara kita." Si Kim bilang lagi dengan penuh tidak mau peduli.

"Tidak bagus oo body shame badan orang, kebalikan dorang tu nanti." Si Kath bilang lagi. Si Kim pula sekadar angkat bahu angkat kening.

Tidak lama tu lelaki gempal itu berdiri dan berlalu pergi. "Tengok tengok, nah sumandak, kalau jadi boyfriend kamu confirm kamu kenyang hari-hari." Kata salah seorang dari kumpulan tu lagi, lelaki gempal tu cuma beredar tanpa sebarang reaksi. Tambah buat si Kim meluat.

"Bukan kami berlapar pun sampai mau minta makan bah. Kau tu baru tumbuh misai nipis sudah mau berlagak cakap pasal kahwin. Bagus lagi kau pi cukur tu misai nipis kau, bikin malu kumpulan betul." Si Kim terus berdiri dari tu bangku mau beredar. "Mari Kath, mau makan pun tidak tenang." Si Kath pun berdiri ikut si Kim. Tapi tidak lama lepas tu, lelaki gempal yang sudah berada tidak jauh dari dorang tiba-tiba tergelincir jatuh.

"Ha ha ha ha ha ha! Kesian bah dia, tulah berat badan, hahahahhahaha!" Sekumpulan lelaki itu ketawa. Ramai lagi pelajar di sekeliling yang melihat, ada yang ketawa dan ada yang sibuk pergi tengok. Lelaki gempal itu cuba mahu bangun tapi terduduk balik. Sekumpulan lelaki tadi kemudian ketawa lagi. Si Kath yang tidak jauh dari dia cepat-cepat pergi tolong papah kasih berdiri.

"Cepatlah! Marilah masuk kelas!" Si Kim pula seolah-olah tiada perasaan masa tu tidak dapat tunggu terus kasih tinggal si Kath yang sibuk menolong tu. 'Siapa suruh gemuk tidak pandai jaga badan, padanlah muka jadi begitu.' Kata si Kim dalam hati dengan penuh rasa meluat.

Fikiran si Kim melayang terimbau kembali saat mereka Tingkatan Satu di Sekolah Menengah. 'Apalah perasaan tu lelaki gempal masa tu kan, mesti dia sakit hati dan malu kena ejek begitu.' Fikir si Kim. Sejak itu, dia tidak pernah sudah nampak tu lelaki gempal. Masa tu si Kim masih kurus lagi. Sejak dia mula bersama si Davy, berat badan dia mula melonjat naik. Makan tu merupakan rutin pertama si Kim setiap hari. Bilik penuh junk food, dapur penuh junk food, icebox penuh ice cream.

Si Kim tengok tu cermin besar di depan dia. "Cermin diri tu!" Kata-kata si Davy bermain di fikiran dia, kata-kata yang cukup menusuk hati dia sehingga terlalu sakit.

"Kenapa si Davy tergamak hina saya macam ni? Kenapa dia sanggup buat saya macam ni? Macamana saya mau terus hidup kalau dia tiada dalam hidup saya?" Kim terduduk menangis. Dia tampar-tampar muka dia sebab terasa bodoh sebab masih sayang si Davy biarpun terang-terang si Davy tidak mau dia sudah. "Apa lagi saya dapat buat supaya si Davy dapat balik sama saya?" Si Kim menangis dan terus menangis. Dia mula benci dengan diri sendiri sebab berbadan gemuk. "Bodohlah kau! Badan gemuk tapi terhegeh-hegeh sama lelaki yang reject kau!" Dia marah diri sendiri sambil melihat diri sendiri di cermin.

Ting tong..

Si Kim tersentak bila terdengar loceng pintu rumah berbunyi.

Ting tong..

Sekali lagi loceng pintu berbunyi. Si Kim segera lap air mata dia dan keluar sari pintu bilik. Dia harap-harap supaya si Davy yang datang pujuk dia. Cepat-cepat dia buka pintu. Ternyata si Counter Boy yang di depan pintu.

OBSESTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang