Chapter 8: Love Yourself

274 18 1
                                    

"Mana dorang mommy?" Tanya si Kim sama tu maid rumah, si Zubai.

"Ada di atas." Balas si Zubai.

"Jadi mana kereta satu di depan?" Si Kim buka sandal dia di depan pintu lepas tu si Zubai letak di rak kasut.

"Daddy kau jalan, dia cakap minum kopi mau minum kopi sama uncle Siput." Si Kim kerut dahi dengar nama Uncle Siput, biar betul tu nama.

"Uncle Siput mana satu ni?" Si Kim labuh punggung dia si sofa empuk warna grey.

"Tidak pasti pula, Siput saja saya dengar tadi." Si Zubai tutup tu pintu rumah. "Kau mau minum apa-apakah?" Dia tanya si Kim.

"Saya mau air sejuk saja." Si Kim terus ambil si Empuk di sebelah dia. Si Empuk menggeliat badan dia lepas tu sambung balik tidur.

"Oi bangun! Siang-siang pun kuat tidur." Si Kim ramas perut si Empuk yang lembut, sejenis kucing British Shorthair kesayangan dorang di rumah. Si Empuk buka mata dia lepas tu tidur balik. "Bertuah punya kucing! Nasib kau cute." Si Kim dukung si Empuk lepas tu peluk dia kuat-kuat, lepas tu keluarlah purring sound si Empuk.

Si Zubai letak tu gelas kaca berisi air sejuk di coffee table depan si Kim. Si Kim capai tu gelas terus minum sampai habis. Lepas tu dia naik pergi tingkas atas.

Sampai di depan pintu bilik mommy daddy si Kim, pelan-pelan dia pusing tu tombol pintu. Dia nampak mommy dia duduk di kerusi malas sambil tengok handphone. Entah apa yang kusyuk dia tengok sampai si Kim buka pintu pun dia tidak perasan.

"Mommy!" Mrs. Emily tersentak bila si Kim panggil dia. Salam pun tiada apa dia tidak terkejut.

"Hish kau ni! Bila kau sampai?" Mrs. Emily buka tu spek mata dia, tu spek dia letak di meja tepi.

"Baru juga. Daddy jalan sama siapa?" Si Kim duduk di hujung katil mom dad dia, lepas tu dia baring malas.

"Dia jalan pergi jumpa kawan baru dia, kawan golf."

"Si Uncle Siput?" Terus si Kim tiba-tiba ketawa. Dia rasa lucu pula tu nama.

"Uncle Siput? Dari mana kau dengar Uncle Siput?" Mommy dia lagi senyum dengar tu nama.

"Tu si Zubai."

"Hish, uncle Zibert bah." Mrs. Emily geleng kepala. Teringat dia sama si Zubai yang selalu silap sebut nama orang. Bukan saja nama orang, kadang-kadang nama benda pun dia silap sebut. Sayur kangkung dia panggil kangkuk, belacan dia panggil malacan. Paling baru nama Zibert dia panggil Siput.

"Oh... astaga, punya jauh dia kasih nama Siput." Berabis terus si Kim ketawa.

"Kau tidur sini ni malam?" Mrs. Emily bangun dari tu kerusi malas, lepas tu dia menuju masuk ke bilik air.

"Tengoklah." Jawab si Kim pendek.

"Tidurlah bah. Lama sudah kau tidak tidur sini. Nanti hari ni mommy masak, kau makan sini. Mrs. Emily duduk balik di kerusi malas.

"Bah, tengoklah nanti." Si Kim malas sebenarnya tidur di sana, sebab bilik dia simpan banyak kenangan pemberian si Davy. "Saya pergi bilik dulu kejap." Si Kim bangun dan minta diri keluar dari bilik.

Dia berjalan menuju ke bilik paling hujung yang ada sign ' Do Not Disturb', iaitu bilik dia sendiri.

Dia berjalan menuju ke bilik paling hujung yang ada sign ' Do Not Disturb', iaitu bilik dia sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OBSESWhere stories live. Discover now