BAB 1

11.1K 620 123
                                    

Sekali pandang tak jemu,
Dua kali pandang ahh..

Dengan ini saya membuka tirai bagi ARBELL'S


"ARBELL !!!" Jerit Puan Arendel daripada ruang tamu dibawah memanggil anaknya supaya bangkit daripada tidurnya.

Tidurnya yang nyenyak disergah oleh mummy itu membuatkan dia terjatuh daripada katilnya.

. "Auch,sakitnya.. aww mummy ni kalau tak buat orang sakit jantung tak sah kan." kata Arbell perlahan sambil mungusap badanya yang sakit akibat jatuh tadi.

Dia segera menyiapkan diri untuk ke sekolah setelah melihat jam sudah menunjukkan pukul 6:40 pagi..setelah itu,bergegas turun ke bawah untuk sarapan. Arbell melihat papa nya dimeja makan itu segera disapa.

. "Good morning, papa" Sapa Arbell sambil mengambil roti sekeping dan meletakkan ke dalam mulutnya.

"Morning sayang, slow slow makan tu..haih budak bertuah ni" kata Tuan Eden Haizel. Merupakan seorang pemilik syarikat tersendiri dan bapa kepada Arbell.

"Anak awak memang macam tu.. pening kepala saya dibuatnya lah, nakal sungguh padahal umur dah 17 dah. Lagisatu, dah boleh kahwin dah patutnya." Puan Arendel membebel sambil menuangkan air di cawan suaminya itu.

"Omaigod mummy, jangan la cakap pasal kahwin-kahwin ni, Arbell tak boleh nak dengar la..because its make me interested about that you know." Sambil mengenyit kan mata pada mummy.

"HAHAHAH dah makan cepat sayang, abang Mir dah tunggu kat luar tu" Tuan Eden geli hati melihat telatah isteri dan anaknya itu.

Amir merupakan driver kepada Arbell dan juga pengawal peribadi untuk nya. Umurnya jarak 5 tahun saja dengan Arbell. Berkhidmat pada Tuan Eden hampir 12 tahun. Inilah kehidupan keluarga Tuan Eden yang sangat kaya tetapi sentiasa rendah diri dan peramah orangnya.

"Hehehe..okay pa, ok lah Arbell gerak lu okay nanti lambat kang. Bye mummy and papa enjoy your day. I love you guys." Arbell menyalami kedua ibubapa nya itu dan segera ke luar memakai kasutnya.setelah itu dia menegur abang Amir yang sudah membuka kan pintu untuknya.

*
*
*

Sampai sahaja dipintu sekolah Arbell segera turun dan berjalan laju kerana dia takut terlewat.kang tak memasal kene denda lari padang nanti.

"Huh huh..sikit lagi nak sampai ke kelas, ah kenapa lah sekolah ni banyak tangga erk huhuhuhu, kalau macam ni aku tak payah nak diet pon tak pe dah walaupun dah kurus sebenarnya." Itulah yang sering diulang ayat nya setiap kali menaiki tangga ke kelasnya.

Tiba-tiba......

Buk !!

Habis jatuh buku yang berada di tangan orang yang dilanggarnya itu.
Aduh Arbell tu la jalan tak tengok orang, dah lah menonong je jalannya.

"Ah, alamak sorry, saya tak perasan. Maaf sangat-sangat" Balas Arbell sambil mencapai buku-buku yang jatuh itu dan segera dia mendonggak untuk menghulurkan buku itu. Terpegun dia melihat lelaki yang bermata hazel itu.

'Huish mak ai hensem nya' kata hatinya. Tanpa dia sedar, lama sungguh dia menatap muka lelaki tersebut.

"Puas kau tengok muka aku lama-lama ?!!!" Lelaki itu bersuara juga akhirnya dengan nada sedikit dingin.

Tersentak Arbell dibuatnya. Segera dia mengalihkan badan ke tepi untuk memberi ruang kepada lelaki itu supaya jalan dahulu.

"Huh" Balas lelaki itu sambil tersenyum nipis. Mencapai kembali bukunya itu dan ingin membuka langkah. Tetapi dia berpaling semula ke arah gadis tersebut, mendekatkan dirinya,

Lagi,

Dan lagi

Lelaki itu meletakkan sebelah tangannya pada dinding. Kini, tiada lagi ruang bagi Arbell untuk mengelak. Aish.. Nasib tiada pelajar lain disitu.

Apo yang dibuat tu..

"Err..." Arbell terperanjat.

'Alamak dah kenapa dengan mamat ni..huh takde ruang langsung. Ni kalau terkiss ni saja je kang', Hatinya berkata. Sempat lagi otaknya bekerja.

"Baby, lain kali kalau nak jalan, jangan laju-laju sangat tau and.." Lelaki itu mendekatkan lagi mukanya pada Arbell.

"Pandang depan okay,.." Tambahnya lagi dengan suara yang mendatar, setelah itu dia perasan muka Arbell kemerahan menahan malu. Geli hatinya melihat gadis itu yang cuba melarikan anak mata daripadanya.

Senyuman disembunyikan.

Perlahan lelaki tersebut berdiri tegak semula lalu mengenyitkan mata pada Arbell dan berlalu pergi.

"Huh huh, rilek Arbell rilek.." Bisik Arbell sendirian sambil mengusap dadanya yang berombak laju.

"Siapa pulak mamat tu, tak pernah nampak pun" Segera dia melangkah menuju ke kelas, tanpa disedari Arbell tersenyum senget sehingga keluar satu perkataan daripada mulutnya.

"Interesting".













Siapa pulak tu ?

Kalau nak tahu jom pergi ke next chapter okay 🧐

Btw, Hye awak yang sedang baca tuh ehek ❤️ Reena nak cakap tenkiu sangat ii 💞 pada yang sudi baca first story Reena ni and Reena nak minta maaf kalau story ni bosan or banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa 🥺 Reenaa still cuba untuk buat yang terbaik and doakan Reena supaya boleh ok Tq I luv U guys so much <3

#ARBELL'S
#Vote
#Comment

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]Where stories live. Discover now