BAB 20

6.2K 387 38
                                        

  Tiada pengakhiran di antara kita,
Selagi ikhlas kita bersama.

Arbell menggosok gosok matanya. Matanya kabur. Dikelip berkali kali sambil menggeliat sedikit. Barulah matanya dapat melihat sekelilingnya dengan jelas.

Arbell mengalih pandangan di sebelah. Melihat Raydan sudah tiada di sisinya. Arbell turun dari katil mahu mencari Raydan. Tetapi dia duduk semula di tepi katil.

Arbell mencapai kad yang berada di atas meja kecil sebelah katilnya bersama bunga ros yang mekar. Sweet. Mencium bunga ros itu. Senyuman diukir. Wangi sahaja.

Kad itu dibuka.


Arbell,

Happy birthday to my dear, my little baby. I love you so much❤️. You're my number one in my life. Also, you have completed my life with your innumerable love. I want to grow old with you, baby. Love you. May god grant all your wishes and dreams. Always remember me, your husband, full of love.

                            Raydan❤️


Titisan air mata yang jatuh dikesat perlahan. Terharu sungguh, dengan ucapan Raydan. Arbell, jangan emosional okay. Hari ini hari bahagia kau. So be happy girl. Arbell segera membersihkan dirinya.

*
*
*

       "Shuuttt..no! jangan buat bising okay. Nanti mommy bangun, sekejap aje, please behave okay" keluhan kecil terhasil. Haih, tak nak duduk diam betul lah.

Matanya memandang geram ke arah binatang yang asyik menggesel di kakinya. Binatang itu mengeluarkan bunyi minta diusap. Terkejut Raydan, terus dia mengambil dan diusap-usap binatang itu.

'Dah lah gemok, bising pulak eh. Duduk diam sekejap pon tak boleh' gumamnya. 

Raydan melihat sekeliling bilik itu. Dengan penuh bangga. Penat dia hias sungguh-sungguh bilik ini. Dinding penuh dengan belon dan perhiasan di hias juga serta tempat tinggal binatang itu disusun rapi.  Gaya aesthethic. Arbell amat meminati gaya seperti ini. Jadi, dia buatlah.

Fuhh.. Nasib dia bangun awal semata-mata menghias seluruh bilik ini. Tak apa demi isterinya dia sanggup. Janji isterinya happy, full stop.

'Kek'

Baru dia teringat yang dia tertinggal satu benda, haish ni semua salah binatang ini.

Binatang itu diletakkan di bawah semula, pintu bilik ditutup perlahan. Mengelakkan binatang itu mengikuti dirinya.

Raydan terus berlari menuruni tangga. Menuju ke arah dapur. Kek coklat cheese dikeluarkan daripada peti sejuk. Berhati-hati membuka kotak kek itu agar keknya tidak cacat. Lilin dicucuk di atas dan dinyalakan api. Raydan tersenyum.

*
*
*
*
*

Arbell berjalan keluar daripada bilik tidur. Mencari kelibat Raydan tetapi dia terhenti. Telinganya menangkap sesuatu bunyi. Kuat juga.

Ksks.. kskks..

Jantungnya mula berdebar. Bunyi apa tu, lain macam aja. Dahinya berkerut. Kakinya tetap melangkah menuju ke arah bunyi pelik tadi. Otak dan badan tak sama berjalan. Dia tidak mahu mendekat. Takut.

C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang