Raydan memegang kepala yang terasa sakit.
Tapi,
Sakit lagi hati dia. Dia tahu yang dia tak sepatutnya berasa seperti ini. Dia bukan bodoh, cuma dia terasa egonya tercabar sangat.
Ke hulu ke hilir Raydan dalam biliknya. Raydan mendegus kuat, sesekali Raydan melihat ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 1.
Waktu sekolah hampir tamat.
Raydan menggeleng kepala lalu dia membuka jam tangannya dan mencampak ke atas meja. Cermin di dinding di tatap lama,
'Arbell' Terbit sahaja nama itu dibibirnya terus dia menumbuk cermin itu sehingga pecah.
Tak sakit ke Raydan, haih.
Sisa cermin yang pecah berjujuran jatuh ke lantai. Begitu juga dengan darahnya yang keluar menitik nitik. Rasa sakit di tanggannya tidak dihiraukan lagi.
*
*
*
*
*Arbell mengemas barang-barang yang ada di atas mejanya. Dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Arbell melangkah keluar dari kelas.
Tetapi,
Pergerakannya terhenti. Arbell mengerutkan dahinya. Seolah olah ada sesuatu yang bermain didalam fikirannya. Dia cuba untuk mengingati sesuatu itu.
"Hurm aku ada tertinggal barang ke?" Arbell mengaru kepalanya.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk masuk semula ke kelasnya. Sehingga dia terhenti di meja guru yang besar itu.
Matanya terbeliak besar.
"Ahhhhh" Arbell terjerit kecil.
"Buku..buku..kenapa la aku lupa, macam mana ni.. bodohnya kau Arbell," Arbell mencapai buku teks matematik yang diberikan oleh Raydan itu. Arbell baru teringat yang dia perlu berjumpa dengan Raydan waktu rehat sepatutnya.
"Why Arbell..Why.." Arbell mengetuk ngetuk buku itu dikepalanya.
'Kau kene pergi jumpa dia Arbell' hatinya mula memberinya signal.
"Agak-agak mamat tu dah balik ke hah.." Rasa bersalah mula timbul dalam diri Arbell.
Arbell berlari sepantas yang boleh menuju ke bilik Raydan. Dia tidak mempedulikan lagi pelajar lain yang memandangnya pelik. Apa yang dia tahu sekarang, dia perlu berjumpa dengan 'dia'. Apa nak jadi lantak lah..sebab memang salah dia, dia yang bodoh sebab lupa lelaki yang sudah membantunya, lelaki yang mula meraih perasannya.
Sampai sahaja di depan pintu bilik Raydan, Arbell termengah-mengah, cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia melihat kasut Raydan masih ada diluar biliknya.
Arbell tersenyum kelat.
Nak masuk ke tak nak.
Takut la pulak.
Arbell menelan air liurnya.
Debaran di dada semakin meningkat.
' Arbell fokus ' Dia cuba pujuk diri sendiri.
Ok you can do it Arbell !
Dengan perlahan-lahan Arbell membuka pintu.
Raydan yang melihat kelibat Arbell..mula berpura-pura menyibukkan diri dengan melihat telefonnya.
Raydan berdeham.
Dia perlu mengawal perasaannya supaya dia tidak melakukan perkara bodoh pada gadisnya itu.
Jelas sekali bagi Arbell riak muka Raydan itu. Macam la dia tak tahu mamat tu marahkan dia. Tetapi dia cuba untuk memberikan senyuman pada Raydan. Buku yang dia pegang disorokkan dibelakang badannya.
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]
Romance[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell, seorang gadis tunggal yang masih belum menamatkan pelajarannya tetapi menerima untuk berkahwin awa...