Sampai sudah mereka dia perkarangan rumah mama dan papa Raydan. Raydan keluar menggeluarkan barang daripada bonet kereta. Penat. Mereka berdua baru sahaja pulang dari percutian mereka. Sedang Raydan sibuk mengeluarkan barang, Arbell keluar daripada perut kereta.
Tiba-tiba...
Dia merasakan dirinya sudah tidak seimbang. Kepalanya yang sakit dipegang kuat. Argh.
"Biy.." Arbell memanggil Raydan dengan suara perlahan. Dia dah tak tahan. Kepalanya sakit sangat.
Pap! Hitam terus penglihatannya.
"Arbell!!!" Tangan kasar itu laju menyambut tubuh ramping itu daripada jatuh.
Matanya terbeliak. Nafasnya sudah tidak keruan. Melihat Arbell yang tidak sedarkan diri.
Arbell pengsan
Panik. Raydan memeluk kuat tubuh itu.
Raydan menampar lembut pada pipi gebu itu.
"Baby"
Tiada reaksi.
"Baby"
Rintih suara Raydan melihat isterinya masih tidak memberi sebarang reaksi. Raydan tidak tahu nak buat apa. Bagai terhenti otaknya daripada berfikir.
"Raydan!!!" Raydan memalingkan wajahnya pada suara itu. Mama.
*
*
*
*
*
"Raydan! Apa yang kamu dah buat dengan menantu mama!" Puan Emila memandang tajam wajah anaknya yang cuak itu.
Kenapa.
Apa salah dia.
Apa yang dia dah buat.
Raydan hanya memeluk tubuhnya. Dia duduk di atas sofa. Diam. Terkaku.
"Mummy percaya kamu, Raydan. Kenapa Raydan buat anak mummy macam ni?" Tambah Puan Arendel dengan nada sedih.
Raydan buntu.
Perlahan-lahan air mata jantanya keluar daripada mata hazelnya.
"Mummy...Ray..Ray..tak buat apa-apa pun pada Arbell, Ray sayangkan isteri Ray..." Rintih suaranya. Dia tak tahu apa yang dia dah buat tetapi dia bukan seperti apa yang mama dan mummy fikirkan. Dia tidak pernah lukakan atau sakitkan hati Arbell. Arbell nyawa dia. Dia sayang sangat.
"Dah dah, lah tuh, jangan buat Raydan macam ni.. Doktor Fir kan tengah check keadaan Arbell, rilex, bawa bertenang.. insyaallah tak ada apa-apa" ujar Tuan Eden sambil menepuk-nepuk bahu Raydan yang sudah terhinjut sedikit.
Raydan menagis. Dia risau akan Arbell. Kedua belah tangan digenggam. Hatinya berdebar-debar.
"Arbell..." Perlahan dia menyeru nama itu.
Puan Arendel memandang ke arah suaminya. Kepalanya diarahkan supaya jangan masuk campur.
'Ish, orang saja je nak kenakan Raydan, dia pulak yang sebok' gumam Puan Arendel perlahan sambil memandang ke arah Puan Emila.
Puan Emila menyuruh Tuan Rayyan, suaminya supaya membawa Tuan Eden keluar ke garden sebentar.
"Oooooo" Tuan Rayyan faham akan situasi yang dimaksudkan oleh isterinya. Haih, ada jelah nak kenakan si Raydan itu.
"Jom, Eden aku ada hal nak cakap dengan kau ni" Tegas Tuan Rayyan berpura-pura juga seperti isterinya.
Raydan memandang papanya. Kenapa? Sebab dia ke? Otaknya sudah bercelaru. Dia nak melihat Arbell sekarang juga.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]
Romance[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell, seorang gadis tunggal yang masih belum menamatkan pelajarannya tetapi menerima untuk berkahwin awa...
![C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]](https://img.wattpad.com/cover/282935340-64-k801694.jpg)