Hari ini memang membuatkan dirinya terasa seperti orang asing yang datang daripada planet lain.
Ingatkan kelasnya sahaja yang memandangnya begitu.. tapi, ini satu sekolah pandang dia atas bawah sahaja, sampai cikgu perempuan pun sama..tapi yang bujang lah. Sungguh tak selesa betul.
Dah kenapa masing-masing macam ni, apa salah dia. Kalau asyik difikirkan memang boleh sakit kepala jadinya. Jadi, rilek Arbell biarkan. Cool down.
"Asal lah, ish tampar juga kang pandang-pandang, pastu nak jeling-jeling aku, ehh ehh" Arbell mengumam sendiri.
"Mana pulak, Raydan ni..tak nampak langsung pun hari ini, biasa kalau aku pergi tandas ke pergi jalan-jalan mesti terserempak, ermm"
Kesian Arbell kan..tapi nampaknya hari ini Raydan betul-betul buzy ye, non stop kelasnya hari ini. Agak-agak yang lain pandang tak, Sir Raydan macam mana diorang pandang Arbell..
Em em... No no sebab bagi diaorang, Arbell yang mengatal dengan Sir Raydan, yelah.. sebok nak kawin awal padahal SPM pon belum habis. Eh, tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana eeee..toksik betul lah diorang ni. Lagisatu diaorang kaya lantaklah..ha kau hadoo.. hahaha.
Arbell yang dibuai oleh angin sempoi-sempoi bahasa itu tersentak dengan satu suara kasar padanya.
"Eh, kau pergi hantar buku ni dekat bilik guru sana!" Kata penolong ketua kelas sambil mencampak buku itu di atas meja Arbell dan setelah itu pergi meninggalkannya.
"Wah,wah minah ni, main campak aje lah buku ni, lepuk jugak kang" Arbell mengambil buku itu dan dia ternampak namanya sendiri. Buku dia.
Biadap betul, hantar jelah buku dia tak salah pun. Lalu, Arbell mengambil kasar buku itu dan mengangkat kaki keluar daripada kelas.
Memang spoil mood dia hari ini. Laju saja dia jalan menuju ke bilik guru.
Sampai sahaja di depan pintu, dia masuk dengan senyuman yang terpaksa. Semua mata didalam itu memandang ke arahnya. Dah macam dia buat salah besar sahaja. Dia mendekati meja guru matapelajaran bahasa melayu dan segera meletakkan buku itu dan keluar terus.
Sedang dia jalan untuk balik ke kelas, dia bertembung dengan suaminya.
Arbell melihat sahaja Raydan, dia cepat-cepat menundukkan wajahnya dan berjalan terus tanpa menegur Raydan. Sebab dia perasan ada pelajar yang memandangnya sambil berbisik. Tidak mahu dia mendekati Raydan disekolah, kang dia juga yang kena. Jadi, mulai hari ini dia kena elakkan diri daripada terserempak dengan Raydan.
Senyuman Raydan mati.
Dia memalingkan badan melihat Arbell yang berjalan laju itu, pelik. Raydan menaikkan sedikit bahunya dan berjalan menuju ke bilik pengetua.
'Sorry, biy' hati Arbell mengeluh.
Disebabkan situasi begini, dia segera menelefon abang Amir untuk mengambilnya pulang dari sekolah. Walaupun, Raydan menyuruhnya supaya tunggu dibiliknya tetapi dia tidak mahu kerana takut kalau ada cikgu yang nampak nanti.
Harap-harap Raydan tidak memarahinya. Tapi, mesti Raydan marah punya..macam lah dia tak kenal perangai Raydan itu. Dia memang pantang kalau orang tidak mahu ikut cakapnya. Habis mengamuk nanti.
'Takpelah, Arbell.. pandai-pandai lah kau pujuk dia nanti' Desis hatinya.
Waktu sekolah sudah habis, Arbell berjalan masuk ke dalam kereta honda yang berada di hadapan sekolah. Yes, nasib baik abang Amir ni on time ambil dia kalau tak, habislah dia kena tunggu sorang-sorang.
"Ehem, kenapa hari ini suruh abang yang jemput, suami Arbell mana?" Soal Amir apabila melihat air muka Arbell sedih sahaja.
Bagi Amir, Arbell sudah macam adiknya..dan dia pun bertanggungjawab untuk menjaga Arbell dengan baik sekali atas perintah Tuan Eden. Jadi, jika ada yang mengganggu Arbell memang kena dengannya tidak kira cara apa sekalipun.
"Ada je, tapi dia balik lambat sikit hari ini, itu yang minta abang jemput" Jawab Arbell sambil tangannya bermain-main di tali bengnya.
"Kenapa?" Soal Amir. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu Arbell.
"Hah?" Arbell memandang ke arah Amir.
Amir tersenyum.
"Arbell jangan nak tipu abang lah, abang tahu ada yang tak kena, bagitahu abang sebelum abang bagitahu Tuan Eden"
"No abang, Arbell tak nak papa tahu" Arbell memuncungkan mulutnya.
Amir menjongkitkan keningnya.
"Fine, Arbell cerita"
Arbell menceritakan segalanya tentang hari ini kepada Amir. Setelah Amir mendengar luahan Arbell dia menganggukkan kepalanya dan mengusap rambut Arbell.
"Sabar eh, hurmm lama-lama nanti okay lah tu, janji diorang tak sentuh Arbell dah cukup kalau tak, memang abang turun"
Arbell tersenyum.
*
*
*
*
*Sampai sahaja dirumah, Arbell melabuhkan punggung di atas kerusi meja soleknya. Ikatan rambut dibuka dan dia mencapai telefonnya.
Dia mesej Raydan dengan memberitahu yang dia sudah pulang dengan abang Amir. Kemudian, dia termenung sekejap di hadapan cermin.
'Ting'
Telefon Raydan berbunyi menandakan mesej masuk. Lalu, dia membuka mesej itu membaca chat daripada isterinya itu.
'Dah balik?' Raydan bercakap sendiri.
'Suka hati je, aku suruh tunggu.. dia boleh balik dengan Amir' Tambahnya lagi.
Raydan menyimpan telefonnya di poket seluarnya.
Mukanya diketatkan dan giginya diketap.
Tangannya merenggangkan sedikit tali lehernya itu.
Panas.
Raydan ni, dengan Amir pun nak jealous ke. Mmm.. Kalau dengan pelajar lelaki yang borak dengan Arbell pon dia dh jeles apatah lagi lelaki lain. HAAHHAHAHA.
#ARBELL'S
#Vote
#Comment
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]
Romance[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell, seorang gadis tunggal yang masih belum menamatkan pelajarannya tetapi menerima untuk berkahwin awa...