Raydan mencapai kain tuala yang tersangkut di penyangkut. Tuala warna hitam dililit pada pinggang sebelum pakaian kotor dicampak ke dalam bakul dan kakinya melangkah ke arah bilik air.
Pili air dibuka dan air membasahi seluruh tubuhnya. Raydan meraup rambutnya ke belakang kepala. Memori malam tadi menyapa benaknya.
Tiba-tiba terlintas wajah Arbell difikirkannya. Raydan tersenyum sumbing dan melangkah keluar dari bilik mandi. Raydan mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Hello, Mika..jangan lupa send jadual meeting hari ini dan petang nanti bawakan saya fail yang perlu saya tandatangan"
"Baiklah, Tuan Raydan" Jawab P.A Raydan.
Raydan mematikan call dan segera menyiapkan diri untuk ke sekolah.
*
*
*
*
*"Aduhai, terlambat lagi aku...ni dah dua kali ni, kalau kaunseling nampak mati aku nanti.." Bebel Arbell sendiri sambil menyorok di tepi bangunan kantin. Dia masih disitu sambil menggigit kukunya.
Nak jalan ke tak.
Aduh.
"Ehem, buat ape kat sini?" Muncul satu suara yang menegurnya daripada belakang.
Arbell terkejut dengan suara itu lalu badannya dipusingkan kebelakang.
Cup!
Tak pasal-pasal mulutnya tersembam pada dada orang tersebut. Cepat-cepat Arbell mengundur sedikit. Bau perfume lelaki tersebut menusuk hidungnya.
Ah malunya!
"Sorry.." merah mukanya apabila dia melihat orang itu adalah Raydan yang sedang tersenyum lebar padanya.
Erk.
Dia cuba untuk lari, tetapi dihalang.
"Nak pergi mana, baby girl.." Raydan memegang tangan Arbell daripada melarikan diri.
Terkejut Arbell dengan tindakan drastik itu.
"S..sa..saya nak naik ke kelas, Sir Raydan..saya dah lambat ni.." bertambah merah mukanya apabila Raydan memegang tangannya. Arbell cuba untuk menarik tangannya tetapi tidak boleh.
Geli hati Raydan melihat Arbell yang sudah kemerahan. Cantik!
Raydan tergelak.
'Mamat ni dah kenapa pulak..lepaslah tangan aku oi'
"Sir..lepaskan tangan saya, boleh tak?" Dah la dia ni tengah bengang, malu, boleh pulak mamat ni tengok dia lama-lama.
"Fine" Raydan melepaskan tangan Arbell perlahan lahan.
"Ambil ni, bawak naik atas..letak dekat atas meja" Raydan memberi buku teks matematik pada Arbell.
"Ha?" Dia tidak faham.
"You are late right, so kalau kau terserempak dengan kaunseling..cakap je yang aku minta tolong kau tadi, faham?" Jelas Raydan yang masih menghulur buku tersebut.
Arbell tersenyum. Terharu dia dibuatnya. Dia mencapai buku itu.
"Thank you, Sir" wajah Raydan dipandang.
Sempat Raydan mengusap tangan Arbell yang mengambil bukunya. Mukanya didekatkan pada Arbell.
"You're welcome, baby.."
Kejung badan Arbell apabila mendengar ayat itu. Air liur ditelan kelat.
"Disebabkan aku dah tolong kau.." Raydan menyisip rambut Arbell ke belakang telinga.
Auto jantung gadis itu berombak laju. Sentuhan Raydan membuatkan dia seperti terkena renjatan elektrik.
"Aku nak kau jumpa aku waktu rehat, in my room...got it?" Arah Raydan. Matanya memandang tepat pada anak mata Arbell.
"Alang-alang bawak buku tu sekali nanti" Jelas Raydan lagi.
Alasan.
Padahal dia memang hendak berjumpa perempuan itu sahaja.
"O.. okay sir" Terangguk-angguk Arbell. Sungguh dia dah tak tahan lama-lama disitu.
"Good girl...you may go now" Sempat dia menghadiahkan kenyitan mata pada gadis itu.
OMG!
Lantas Arbell memusing badan, segera berjalan meninggalkan lelaki itu.
'sikit je lagi, sabar Ray..sabar' Tak puas Raydan melihat gadis itu. Sehinggalah Arbell hilang daripada pandangannya.
[ Waktu rehat ]
"Wei, Aurene kau nak pergi mana?" Soal Arbell melihat rakannya sudah mahu meninggalkan kelas.
"Ouhhh..aku nak pergi pondok bawah lah..kan aku dah bagitahu kau tadi, Daniel ada ajak lepak situ" Jelas Aurene. Padahal dia dah cakap dah tadi.
"Aaa..ouh ade eh, aku lupa la.." Sepanjang kelas tadi memang dia tidak fokus. Gara-gara mamat sewel tadi membuatkan dia mengelamun sahaja.
"Iya, kawanku..jomlah lepak sekali, lagipun kau dah jarang lepak dengan aku..semenjak-" Belum habis dia cakap Arbell sudah memotong.
"Ha jom jom..cepat la" sambil menarik tangan Aurene. Dia tidak mahu rakannya itu syak apa-apa. Nanti boleh jadi bahan gossip disekolah kang.
Oleh kerana itu, Arbell lupa siapa yang perlu dia jumpa sekarang.
Ha sudah.
'Mana pulak lah dia ni' Raydan tidak senang duduk. Pen yang berada ditangannya dicampak ke atas meja.
Disebabkan lama sangat Raydan menunggu kehadiran gadis itu,
Jadi, Raydan mengambil keputusan untuk mencari Arbell.
Tup tup..
Dia melihat Arbell sedang bergelak sakan dengan sekumpulan lelaki kelasnya..sakit hatinya melihat pemandangan yang tidak indah itu.
"Huh !!"
Panas hatinya.
Tali lehernya direnggangkan sedikit. Raydan menghela nafas yang kuat. Sejujurnya memang dia cemburu, terlalu cemburu apabila Arbell beramah mesra dengan pelajar lelaki di sana.
"Siap kau!" Amarahnya sudah naik mencanak.
Raydan mengatur langkah menuju kebiliknya semula.
Sir Raydan dah naik hantu..habislah Arbell lepas ni.
See you guys at the next chapter 🦋❤️
#ARBELL'S
#Vote
#Comment
YOU ARE READING
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]
Romantizm[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell, seorang gadis tunggal yang masih belum menamatkan pelajarannya tetapi menerima untuk berkahwin awa...