Raydan memandang Arbell yang masih nyenyak tidur di atas katil. Senyuman disengetkan. Sempat Raydan usha isterinya yang masih lena dibuai mimpi. Raydan melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Comel" padat dan ringkas.
Jarinya bermain pada rambut yang menutupi mata itu. Lalu, diselak lembut. Perbuatan Raydan telah membuatkan Arbell bergerak sedikit.
Matanya jatuh pada leher jinjang yang selalu menjadi perhatiannya. Bibir bawahnya digigit perlahan. Seraya dia membenamkan bibirnya pada leher Arbell.
Lama.
Sehingga meninggalkan kesan love bite. Sungguh dia tidak dapat kawal nafsunya. Segala yang ada pada Arbell amat mengiurkan dirinya. Teramat mengoda.
Berkerut dahi Raydan. Ngantuk betul isterinya sampai tak sedar langsung. Raydan ketawa kecil.
Kemudian...
Telefon dicapai dan mendail nombor Mika, P.A nya. Raydan bangun dan berdiri di tingkap agar tidak mengganggu isterinya tidur.
*
*
*
Tut..tut..
"Hello!"
"Ye, Tuan ada apa?"
"Aku nak kau cancel semua projek dengan Engku Emran, faham!"
"Lagi satu, kau ingatkan dekat dia suruh jaga anak dia elok-elok sekali lagi dia sentuh bini aku, siap! Aku lingkupkan syarikat dia nanti!"
"Baik, Tuan" kecut perut Mika dengar. Huish.
EMIER RAYDAN kalau sudah mengamuk memang bahaya. Dia mampu buat apa sahaja, sampai dia puas hati, memang bukan calang-calang orang. Fuh.
Perbualan dimatikan. Teringat semula video semalam, memang menaikkan darahnya. Matanya memandang suasana di luar tingkap. Cuba untuk menenangkan dirinya.
"Biy.." Raydan merasa ada tangan yang melingkari pinggangnya dari belakang.
"Dah bangun," Raydan melembutkan suaranya. Raydan berpusing menghadap semula pada Arbell. Pelukan dikemaskan lagi. Arbell yang kelihatan baru bangun tidur itu mencuit hatinya.
Argh, cute sangat!
"Hermmm" Kepala dilentokkan. Raydan meletakkan dagu di atas kepala Arbell. Mata dipejam sekejap. Kehangatan tubuh itu cuba diserap.
Senyuman dilebarkan.
"Baby..." Arbell tersengih setelah mendengar suara yang mengoda itu.
"Emm" jantungnya mula tidak stabil. Cair dengan suara maskulin itu.
"Can I get a morning kiss??" Raydan menjatuhkan padangan pada Arbell yang sudah ketawa. Menahan malu.
Pelukan direnggangkan. Arbell berganjak daripada Raydan.
Tetapi Raydan lebih laju, dia menarik semula Arbell dekat pada tubuhnya. Senyuman goda bermain dibibir. Arbell menekup mulutnya menahan gelak.
Malu malu.
Tapi mahu.
Cup!
Raydan tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam setelah mendapat ciuman sekejap dipipi. Puas.
Kali ini Raydan pula mencium dahi Arbell. Lalu, mengenyitkan matanya.
Arbell menahan malunya. Kedua belah tapak tangan menekup muka. Aaaa. Saya suka, saya suka.
Raydan ketawa. Kelakar melihat Arbell yang menahan malunya. Eceh.
Suasana bertukar kepada romantik semula.
Mata bertentang mata.
Lama.
Perlahan-lahan Raydan mencapai tangan Arbell lalu dikucup lembut. Senyuman Arbell tidak lekang di wajah. Dia tahu, cinta Raydan pada dia sangat dalam dan ikhlas begitu juga dirinya. Dia bahagia selama Raydan ada dengannya. Terlalu bahagia.
Raydan mengangkat wajahnya. Dia merenung dalam anak mata itu. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Gituew. Tibeh.
Tangan lembut Arbell diusap perlahan.
"I am glad to have you, in my life"
Sebak Arbell mendengar ayat itu.
Namun, bahagia sehingga tak terkata.
"Me too" Arbell membalas semula pelukan erat itu. Tangannya menggosok gosok belakang Raydan.
Raydan tersenyum.
Dia sayang gila pada Arbell. Obses dengan isterinya itu. Ya, dia mengaku.
Raydan melepaskan pelukan mereka.
"Biy nak keluar sekejap, ada hal. Baby nak apa-apa tak, nanti biy belikan" pipi gebu itu dikucup. Menyempat.
"Nak nak..ermm nanti biy tolong belikan cake cheese and choclate okay, thank you, I love you" Raydan mencuit hidung Arbell. Geram. Eeeeee.
"Anything for you, my lady.." rambut Arbell dikusutkan.
Raydan ketawa besar apabila Arbell sudah memuncungkan mulutnya. Lalu, dia melangkah keluar. Sebelum itu, sempat dia mengenyitkan mata pada Arbell. Nakal.
Ayat yang romantik itu kembali menyapa diri Arbell.
"I am glad to have you, in my life"
Arbell mengibas tangannya disebelah pipinya yang terasa hangat.
Arbell tersenyum lebar. Mukanya ditatap di cermin sekilas. Merah sudah. Dia terjerit sedikit.
Malu.
Ditekup mukanya dan berjalan menuju masuk ke dalam bilik air. HAHAHAHAHA. Sukanya..
Apalah nasib single yek agagagaga.
#ARBELL'S
#Vote
#Comment
ANDA SEDANG MEMBACA
C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]
Romance[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell, seorang gadis tunggal yang masih belum menamatkan pelajarannya tetapi menerima untuk berkahwin awa...
![C | ARBELL'S [ INEFFABLE ]](https://img.wattpad.com/cover/282935340-64-k801694.jpg)