* Hidupnya

156 5 5
                                    

"Syu,jom pergi kantin". Ajak Alia Syahirah. Lili Syuhada menoleh ke arahnya dan mengangguk. Tanda setuju.

Walaupun jarak kantin dari kelas mereka tidak sampai satu kilometer,Lili Syuhada sering bersama lamunannya yang jauh. Mungkin lebih sejuta kilometer. Mungkin. Ya,dia asyik teringat tentang Ammar Haziq. Lili Syuhada mula mengenalinya ketika menyertai Kem Pengakap. Mereka sering berhubung melalui Facebook. Bagi Lili Syuhada,Ammar Haziq begitu mempersona. Sempurna. Lebih-lebih lagi,cuti yang lepas telah pun membunga-bungakan hatinya apabila Ammar Haziq meluahkan perasaan terhadapnya. Indah kata nya.

"Saya rasa,saya dah jatuh cinta dengan awak".

Hemmm. Ayat tunggal dari Ammar Haziq menjadi sebahagian jalan lamunan Lili Syuhada. Naik gila juga sebab Lili Syuhada sering tersengih sendiri.

"Eh,eh,eh..... Eh!!".
"Pung". Kepala Lili Syuhada ter-ke-belakang. "Syira,kau jaga lah sikit kawan kau ni. Risau aku tengok minah nih langgar tiang sambil senyum". Bebel Izzu Amran. Alia Syahirah menoleh ke bawah. Melihat teman ke kantinnya terduduk di atas lantai tepi longkang dataran perhimpunan. Alia Syahirah agak terpinga-pinga kerana dia juga tidak menyedari Lili Syuhada telah melanggar sebatang tiang yang tidak terlalu kecil untuk tidak di lihat.

"Eh,Syu. Ok tak ni? Boleh jalan sampai kantin tak?". Alia Syahirah cuba menunjukkan keprihatinannya. "Emm,boleh...boleh. Aku dah terbau chicken chop acik kantin. Sedapnya...jom lah". Terus bangkit dan berjalan menuju ke kantin. Apa yang pelik,Alia Syahirah ketinggalan di belakang Lili Syuhada. Mungkin barisan yang panjang menjadi pemangkin Lili Syuhada untuk berjalan lebih laju.

-

"...mana,harus ku hamparkan rindu...tiada kesudahan...sesal,biar sepp...". Tidak sempat Elia Sya menghabiskan nyanyian nya,ada orang lain yang mencelah. "...paruh nyawa tak kan hi-lang...separuh sayap ku di hati....". Sambung Lili Syuhada dengan nada yang tinggi. Dia menyanyi dengan penuh semangat seolah-olah lantai jamban itu pentasnya. Aduh.

"Kak Syu,lagu lain lah pula. Lagu Shahir ke". Minta Elia Sya,junior Lili Syuhada yang tidak dijangka orang nya. Peramah juga. Ya,dalam tandas pun Lili Syuhada seperti DJ radio. Walaupun nampak teruk,dia sudah terbiasa. Tak apa,Lili Syuhada ada ramai kawan yang sentiasa mengingatkan dia untuk tidak lalai di dalam tandas. "Syu...nak ikut pergi makan tak? Cepat sikit mandi". "Ha..ha..ok".

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang