* Gigiyomi

72 3 6
                                    

Ramai nya orang di IOI Mall tidak menjadi penghalang bagi Lili Syuhada untuk bertemu dengan kawan-kawan nya. Selepas sebulan SPM berlalu,dia tetap menjadi penganggur sepenuh masa. Lili Syuhada juga rindu untuk bertemu dengan insan-insan seperjuangan nya tika dahulu kala.

Sebelum ke food court, Lili Syuhada singgah di Daiso. Apalah daya seorang penganggur. Dia hanya mampu ke Daiso untuk membeli hadiah. Lagi pun, Lili Syuhada bukan lah seorang yang mementingkan harga. Bagi dia,kenangan tentang hadiah itu lah yang bermakna. Sebenarnya,kenyataan ini juga lah yang sering menjadi hujah Lili Syuhada ketika ada sesiapa yang cuba mempertikaikan harga atau nilai sesuatu barang.

"Nak belikan Intan apa ek?" Kata hati nya. Sambil berjalan mencari hadiah,mata nya sempat menyinggah pada satu susuk yang di kenalinya. "Afif Tajuddin and the AFU? Apa dia orang buat kat sini?" Soalan tak patut terkeluar dari mulut Lili Syuhada. Mujur suaranya perlahan tatkala itu. Ya,orang datang Daiso tak mungkin nak makan cendol pula kan? Lili Syuhada tertanya lagi, "Mana Danish Issara yang pelik tuh?"

-

Lili Syuhada nampak lambaian Intan Farhana. Dia terus menuju ke meja itu. Dia meletakkan plastik Daiso di atas meja tadi setelah duduk bersebelahan Anis Sofeah.

"Arrghhhhh...kangen nya aku sama kamu!" Ungkap Lili Syuhada dengan loghat Indonesia nya yang begitu tak indah. "Oi. Relaxs Syu. Belum sepuluh tahun kita tak jumpa". Kata Anis Sofeah yang dari tadi asyik tersenyum.

"Anis,buka lah plastik tu. Ambil yang mana satu kau nak". Pelawa Lili Syuhada. "Eh,mana Zawa? Kata nak join sekali kan?" Intan Farhana terus menjawab, " Tadi dia ada call. Maybe she'll be late. Ada hal kot" lalu menghirup air Milo ais nya.

Sedang asyik Lili Syuhada makan,mata nya membulat tatkala melihat seekor kucing masuk ke dalam food court. " Bila masa pula kucing boleh ada kat sini? Peliknya". Kata hati nya. Namun,ada satu tubuh genit yang sedaya upaya merangkul kucing tadi.

" Woi kau orang! Sorry lambat". Ucap Sarah Zawani tercungap-cungap. Dia terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Intan Farhana sambil memeluk kucing tadi. "Laa... Gigiyomi ke. Ingat kucing sesat mana lah tadi. Zawa,kenapa kau bawa Gigiyomi sekali? Malu lah kat orang". Kata Lili Syuhada dengan perlahan beserta riak muka pelik nya. "Malas aku nak jawab. Panjang ceghita nya. Weh,kenapa makan kat food court je? Class lah sikit". Tanya Sarah Zawani yang sibuk mententeramkan Gigiyomi.

"Amboi. Anis seorang je yang kerja tahu. Bersyukur lah dia nak belanja. Aku,kau dengan Intan mana rajin nak kerja. Nak Dip N Dip la tuh". Bebel Lili Syuhada. "Lagi satu,aku ada hal nak cakap dengan kau orang nih". Ketiga-tiga kawan Lili Syuhada memberi perhatian terhadapnya. Jadi seram sejuk pula Lili Syuhada ingin menyampaikan berita gembira mereka. "Kau orang ingat tak masa pengetua nak jumpa aku dulu-dulu?" Tanya Lili Syuhada. "Ada lah terdengar juga. Kenapa?" Jawab dan tanya Anis Sofeah.

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang