Dia merebahkan tubuh di atas katil nya. Penat. Penat berjalan dan penat dengan perasaan. Ya. Ammar Haziq mengakui apa yang dia lakukan terhadap Lili Syuhada itu menyakitkan. Kalau dia di tempat Lili Syuhada pun,pasti dia merasakan yang sama seperti apa Lili Syuhada rasa.
Dia menekup muka dengan bantal. Cuba melupakan insiden di Tesco tadi.
-
"Boleh tak bawa beg tu Lili?" Ammar Haziq bertanya dengan prihatin. Risau melihat Lili Syuhada membawa beg itu bagai membawa dua batu sungai yang besar. Berkerut-kerut muka nya. "Boleh kot". Ringkas balas nya.
Lima langkah Ammar Haziq terhenti. "Bummpp!" Dia menoleh ke belakang. Beg yang dibawa Lili Syuhada sudah jatuh. Pembawa beg itu juga sudah terduduk.
-
"Ammar... Turun bawah cepat. Mari makan". Ibunya melaung dari bawah. Lamunan nya juga terhenti. Dia tersenyum sendiri.
Ammar Haziq duduk di tepi kakak nya, Maisarah. Dia duduk dengan tertib lalu membaca doa makan.
"Ammar,lepas ni nak sambung bidang apa?" Tanya ayah nya Encik Maslan. "Ammar fikir nak ambil course medic lah Papa. Okay tak?". Jawab nya. Encik Maslan pula mengangguk-angguk tanda setuju.
Selepas makan, Ammar Haziq menonton televisyen. Semua siaran tidak menarik minat nya. Pada masa yang sama,Maisarah menghampiri adik nya. "Ammar,tutup saja lah TV tuh. Nak dekat azan Asar ni. Pergi masjid cepat".
Petang itu, dia bermain badminton bersama dua orang adik nya. " Mimi main dengan Afiq baik-baik eh. Abang nak masuk dalam ambil air". Kata Ammar Haziq. Belum sempat dia sampai ke pintu,dia terjatuh akibat melangkah dengan salah. Kakinya termasuk longkang cetek yang ada di halaman rumah nya. Lagi malang apabila seluar nya koyak dan lututnya luka.
Dia segera ke dapur. Mengambil tisu dan ubat lalu dengan kesakitan dia merawat luka nya." Hati Lili sakit macam lutut aku tak agak-agak?". Detik hati nya.
-
"Lili,aku nampak kau tadi. Mesti kau nampak aku juga kan?" Hatinya berkata. Mengingati insiden siang tadi.
Ammar Haziq memejamkan mata. Dia tidur.

KAMU SEDANG MEMBACA
Sampai Di Sini ( till here )
Teen FictionSampai Di Sini menceritakan kisah hidup Danish Issara dan Lili Syuhada. Mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah bandar dan dari kelas yang sama. Mereka tidak saling membenci. Cuma,tiada apa yang perlu mereka tahu antara satu sama lain. "Saya rasa...