*Terpisah

37 2 2
                                    

Mereka berlima segera ke restoran yang berdekatan untuk bersarapan. Hari ini,mereka akan pergi ke beberapa tempat bersejarah. Lili Syuhada telah pun mengupah seorang pemandu dan sebuah kenderaan untuk mereka bersiar-siar.

"Syu,kat mana Pak Badul nak ambil kita nanti?" Intan Farhana bertanya. Lili Syuhada menghabiskan kunyahannya. Dia mengambil sehelai tisu lalu mengelap lembut mulutnya." Dekat depan Masjid Ul-Alam. Masjid yang depan hotel kita tuh". "Anis,cepat lah makan. Aku dah tak sabar nak jalan nih. Cepat lah. Cepat lah". Gesa Sarah Zawani. Selepas lima minit,barulah mereka bangkit dan keluar dari restoran itu.

"Eh,eh. Itu macam Pak Badul." Suara Alia Syahirah yang agak lantang membuatkan seorang lelaki berumur 50-an,berambut  separuh beruban menoleh ke arah mereka. Lelaki itu tersenyum. "Alia,itu bukan Pak Badul lah. Kau tengok,pakcik tu dah tersengih-sengih. Seram aku." Terang Lili Syuhada. Rakan-rakannya yang lain hanya menggelengkan kepala. Runsing dengan perangai Alia Syahirah yang terburu-buru. Sepuluh minit menunggu,seorang lelaki menegur  Lili Syuhada. "Ini Non Lili? Saya Pak Badul yang ditugaskan Ketua untuk membawa Non Lili berjalan-jalan di sekitar bandar ini." Terang Pak Badul dengan mesra. "Ya. Saya lah Lili. Ini teman-teman saya." "Wah,cantik-cantik sekali wajahnya." Puji Pak Badul ikhlas. Antara mereka berlima, Intan Farhana lah yang paling lebar senyuman nya. Terlebih perasan mungkin. " Pak Badul, orang Malaysia memang cantik-cantik semuanya." Seloroh Intan Farhana dengan loghat Indonesia nya yang tak menjadi.

-

"Ahhh! Penatnya. Nak sikit air Zawa." Pinta Lili Syuhada. Mereka semua sudah berada di dalam kereta Pak Badul. Empat puluh lima minit berjalan di muzium sangat memenatkan. " Bagaimana muzium nya? Hebat?" Tanya Pak Badul.  Boleh tahan Pak Badul." Ringkas jawapan Anis Sofeah. "Mengapa kamu semua kelihatan begitu capek?Kita baru saja pergi ke satu tempat." Tanya Pak Badul yang prihatin. Kali ini, giliran Lili Syuhada pula yang menjawab. " Tak tahu lah Pak,mungkin kami ini sudah lama tidak naik turun tangga."

Pak Badul yang berasa kasihan melihat mereka mencari idea untuk meredakan keletihan mereka itu.  "Bapak ada satu idea. Bagaimana jikalau Pak Badul belanja kamu semua makan ais kacang yang terlaris di bandar ini? Mahu?" Tanya Pak Badul kepada mereka. " Boleh saja Pak Badul!" Jawab mereka serentak. Lebih kurang sepuluh minit perjalanan yang sunyi dek keletihan mereka,akhirnya sampai juga mereka ke Kedai Ais Kacang Jombol.  "Non, bangun Non. Sudah sampai kedai ais kacang nya nih." Kejut Pak Badul.

" Weh, bangun. Buat malu kaum wanita dan Malaysia saja hangpa semua ni. Tidur tu, cuba-cuba lah tutup mulut. Sopan santun sikit." Bebel Lili Syuhada. Dia memang mudah terjaga berbanding rakan-rakannya yang lain. Selepas selesai membelek tudung, barulah mereka melangkah keluar daripada kereta. Mereka juga bersedia untuk menikmati ais kacang yang dikatakan Pak Badul.

Mereka duduk dengan tertib di satu meja sementara Pak Badul memesan enam mangkuk ais kacang untuk dirinya, Lili Syuhada dan kawan-kawannya.

"Bagaimana ais kacang nya. Apa enak? " Tanya Pak Badul sambil memerhati mereka berlima yang sangat khusyuk menikmati ais kacang tersebut. Dia tersengih. "Pak Badul,ais kacang nya sedap. Nanti boleh lah belanja kami lagi." Kata Sarah Zawani. " InshaAllah. Selepas ini,kita singgah ke surau lalu Pak Badul mahu membawa kamu semua ke satu tempat yang dipanggil High Street oleh penduduk-penduduk di bandar ini. Di sana,kamu bisa membeli ole-ole nya." Terang Pak Badul panjang lebar.

-

Ramai orang berpusu-pusu masuk ke dalam High Street. Pada pandangan Lili Syuhada,High Street sama seperti uptown-uptown di Malaysia. Barang-barang yang dijual murah-murah belaka.

"Bising gila pasar nih. Serabut aku." Adu Alia Syahirah. Dia menggaru-garu kepala nya." Nah! Kau nak tak?" Tanya Anis Sofeah sambil menyuakan sebotol kecil minyak angin kepada Alia Syahirah. "Oh. Thank you dear." "Bukan pasar lah Alia oi kalau tak bising." Celah Sarah Zawani.

"Eh,jom tengok kedai tuh. Macam best saja." Cadang Intan Farhana. Mereka berlima menuju ke kedai itu. Pantas Intan Farhana mencapai sebuah bakul kecil untuk mengisi cenderamata yang bakal dipilihnya. Dia mula meneliti di setiap bakul-bakul cenderamata yang disediakan. Anis Sofeah juga turut menjejak langkah Intan Farhana. Sarah Zawani dan Alia Syahirah pula sibuk memilih poskad-poskad yang paling cantik. Lili Syuhada?

"Eh,lawa nya selendang tuh." Bagai terpukau, dia melangkah ke kedai itu sendiri. Lili Syuhada sangat terpikat dengan selendang itu pada pandangan pertama. Dari jauh dia sudah tahu fabrik selendang itu sangat sesuai dengan dirinya. "Buk,ini berapa harganya?" Hati Lili Syuhada masih menimbangkan sama ada dia ingin membeli selendang itu atau pun tidak. Selendang yang dijual hanya berwarna hijau dan dia memang tidak menggemari warna hijau. "Buk,apa selendang nya tinggal warna hijau saja? Apa ada yang lain?" Tanya Lili Syuhada yang tekad. "Ibu rasa,di kedai lorong kedua sana ada selendang seperti ini. Banyak sekali pilihannya. Cuba non melihat di sana." Bagitahu pekedai itu kepada Lili Syuhada.

Bagai tidak menyedari apa yang dia cuba lakukan, Lili Syuhada terus mencari lorong yang diberitahu pekedai tadi. Dia meredah kesesakan orang ramai sambil matanya melilau mencari lorong dan kedai selendang yang sangat diingininya. Tiba-tiba,hujan turun dengan lebat. Lili Syuhada terus berjalan di bawah bumbung-bumbung kedai yang berderetan. Dia masih gigih mencari kedai selendang itu.Selepas dua puluh minit pencarian, Lili Syuhada menemui juga kedai yang dicari-cari nya. "Wah!" Lili Syuhada terkesima. "Wah! Banyak nya warna. Buk,bisa berikan saya warna indigo ini?" Pinta Lili Syuhada sambil memegang selendang indigo itu di hujung jari.

Selepas menjelaskan bayaran,Lili Syuhada melangkah keluar dari kedai itu dengan perasaan puas. Setapak dia memijak jalan tar di hadapan kedai itu,mata Lili Syuhada terkebil-kebil. Dia menggosok-gosok kasar mata nya. "Aik? Aku kat mana nih?" Lili Syuhada memusingkan badan nya, 'Kedai Patreh'. Hati nya berbisik, "Bila masa aku datang sini? Mana dia orang? Eh,seram nya. Dah lah nak malam. Ahhh!" Lili Syuhada cemas. Dia melihat ke bawah. Tangan nya menjinjit sesuatu. Terdapat satu selendang di dalam plastik. " Lawa juga." Desis hati nya.

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang