* Hotel Secuma

44 2 6
                                    

" Thank you and have a nice holiday ". Ucap penyambut tetamu di hotel itu sambil tersenyum kepada Lili Syuhada. Usai menjelaskan pembayaran, Lili Syuhada mendekati kawan-kawan nya di lobi.

" Eh Syahirah, kau apa cerita sekarang ni dengan Hafiz Amri? Galok ek sekarang". Tanya Intan Farhana dengan berseloroh sambil mengecilkan matanya. " Cerita apa? Tak ada apa- apa lah. Itu semua rumuors je yang kau orang pernah dengar. Aku tak pernah dan tak akan pernah nak ada affair dengan lelaki macam tu. Huhhh". Jelas Alia Syahirah. Lili Syuhada tahu hal yang sebenarnya. Sejak dari tingkatan empat lagi Alia Syahirah meminati Thaqif Amirin setelah dia melupakan Wan Zuhdi yang kadang kala membuat Lili Syuhada sendiri menyampah dengan perilaku nya.

"Eh,eh... Cepat angkat beg. Nak baring atas katil ni. Aku penat. Lepas Asar nanti kita baru gerak ya? " Arah Lili Syuhada yang baru sahaja mendekati sekumpulan kawannya.

-

Kemudahan yang disediakan di Hotel Secuma yang bertaraf empat bintang itu sangat memuaskan. Mereka berlima sangat teruja untuk menginap di situ. Dua buah katil bersaiz besar disediakan dengan kelambu yang menghiasi menampakkan bilik itu seperti bertemakan ala-ala vintage. Sliding door yang berukuran 10 kaki mempersembahkan mereka keindahan Indonesia. Lebih-lebih lagi pada waktu malam.

"Romantik gila bilik ni!" Pekik Anis Sofeah. Dia menutup mulutnya. Membayangkan apa?... Lili Syuhada yang melihat dia,tak tahu jawapannya. Tatkala yang lain masih ralit meneliti setiap sudut bilik itu, Sarah Zawani pula sedang mengisi peti ais yang disediakan dengan pelbagai makanan yang mereka beli tadi di luar. Dia juga sempat menjerang air untuk dibancuh bersama Hazelnut Coffee. Cuaca yang sejuk disebabkan hujan lebat tadi mendorongnya untuk menikmati segelas minuman panas.

Lili Syuhada melihat sesuatu di telefon pintarnya. Beberapa minit kemudian dia mendongak." Weh,lagi dua puluh minit nak azan Asar. Kalau kau orang nak mandi,mandi lah cepat. Lepas solat kita keluar makan and tengok-tengok pasar yang terkenal kat sini".

-

Sehelai blaus jeans dan seluar slack hitam menjadi pilihan. Dia melilit pula shawl merah jambu muda nya. Rakan-rakannya yang lain juga dengan gaya tersendiri mereka.

"Kita nak naik apa pergi pasar tuh?" Soalan bijak Intan Farhana. Lili Syuhada yang memang seorang kaki jalan telah pun membuat sedikit carian maklumat tentang Indonesia sebelum ke sana. "Kita jalan kaki saja. Tak jauh mana aku rasa. Lebih kurang 300 meter". Terang Lili Syuhada.

"...tretttt...tretttt..." telefon Alia Syahirah bergetar. Dia merapatkan telefon nya di telinga sebelah kanan. "Gila!" Itu sahaja yang terucap oleh Alia Syahirah. Dia memutuskan talian. Anis Sofeah yang berjalan di tepi nya menoleh laju. "Dah kenapa kau ni?" Tanya Anis Sofeah sambil mengerutkan dahi. Berita yang baharu sahaja diterima sangat memeranjatkan Alia Syahirah. Iffah Namiera memberitahu nya bahawa Thaqif Amirin ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat dengan dadah. Selama ini, Iffah Namiera lah yang menjadi mata bagi Alia Syahirah untuk melihat perkembangan Thaqif Amirin. Almaklum lah, mereka berjiran. Iffah Namiera juga agak terkejut dengan apa yang berlaku pada Thaqif Amirin kerana di sekolah, Thaqif Amirin digolongkan dalam kalangan jejaka idaman oleh pelajar perempuan. Mungkin Alia Syahirah akan menutup kisah Thaqif Amirin bekas kesayangan nya itu. Nasib baik juga dia hanya meminati Thaqif Amirin secara diam-diam.

-

"Sedapnya bau..." Sarah Zawani tiba-tiba bersuara. Langkahnya laju mencari bau itu. Lili Syuhada juga laju mengikutnya. Intan Farhana dan yang lain masih berada di kedai pakaian tadi. Masih belum habis memilih baju.

Sarah Zawani membeli sebungkus bakso. Tidak pernah dia membeli bakso di Malaysia selama ini. Entah kenapa,sampai ke sini baru lah dia berkehendak memakan bakso. Mungkin ada aura yang lain apabila menikmati bakso di tempat asal bakso itu sendiri. "Nanti share dengan aku sikit Zawa". Pinta Lili Syuhada.

Mereka berlima pulang ke hotel setelah dua jam setengah menghabiskan masa membeli makanan dan dua helai baju sahaja di pasar.

-

Setelah selesai solat. Mereka terus tidur. Mungkin penat berjalan dari Malaysia ke Indonesia dan dari Hotel Secuma ke pasar.

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang