* Detik

69 4 6
                                    

SPM tinggal lagi dua minggu sebelum berlansung. Lili Syuhada sibuk dengan pelajarannya bersama rakan yang lain. Ya,dia juga mula mengorbankan waktu keluar ke bandar untuk menyertai kelas tambahan Matematik Tambahan setiap hari Sabtu.

Iffah Namira dan Sarah Zawani juga setia menemankan Lili Syuhada berjaga sehingga dua ke tiga pagi semata-mata ingin mengulangkaji pelajaran.

"Apa function tulang ha?" Tanya Lili Syuhada seraya memecahkan kesunyian malam mereka bertiga. "Tak silap aku,tulang ni nak support body kita. Nak jaga organ  kita and others. Banyak  lah Syu". Jawab Iffah Namira." Eh Zawa,in your opinion,why the heart is in the rib cage?" Tanya Lili Syuhada yang melihat Sarah Zawani sudah tersengguk-sengguk. "Erm...ha. I think,every cage need something to fill it up and Allah has choose the heart to fill into the rib cage maybe. Maybe!" Iffah Namira tergelak-gelak perlahan. Dia faham raut muka Lili Syuhada yang ingin berteka -teki dengan Sarah Zawani dan memberi jawapan yang  agak kelakar. Namun, Sarah Zawani telah pun menjawab dengan baik. Tidak terlalu serius dan tidak terlalu kelakar. "Ha-ha... Betul tu". Lili Syuhada kembali menghadap buku nya. Dalam hati Sarah Zawani berkata, "Aku tahu lah. Kau mesti nak loyar buruk ni. Kirim salam lah".

-

"Eh,kau group empat kan?" Tanya Wan Zuhdi kepada Siti Amirah. "Ya". Kebetulan,Lili Syuhada juga dicampak dalam kumpulan yang sama dengan mereka. Kadang kala, Lili Syuhada berfikir yang dia dan Wan Zuhdi ada satu persamaan atau ikatan yang kuat. Lili Syuhada perasan, sejak di Tingkatan Tiga lagi dia sering bekerjasama dengan Wan Zuhdi dalam satu kumpulan. Tetapi,mengenangkan kisah Wan Zuhdi dengan Alia Syahirah,Lili Syuhada terus menghentikan fikirannya. Tidak pasti kenapa.

Pintu kelas diketuk oleh seorang kerani sekolah. "Assalamualaikum. Pengetua nak berjumpa dengan Lili Syuhada sekarang. Sila ke pejabat".

Hampir semua orang dalam kelas memandang Lili Syuhada. Kecuali Min Haziq. Itu pun sebab dia sedang tidur.Lili Syuhada bangun dan menanggalkan cermin matanya. Terus bergerak keluar dari kelas setelah meminta izin guru. "Bye!!" Laung Nafis Hamdan dari kelas.

Langkah Lili Syuhada sederhana seperti denyut jantungnya. Tidak ada yang diharapkan selain dibenarkan pulang atas sebab-sebab tertentu.

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang